Rupanya letak secubit garam dan sesudu Nescafe merupakan rahsia agar Teh Tarik mempunyai rasa sempurna cukup lemak, manis, kelat dan wangi.Jika sebelum ini, Wan LuQman pernah kongsikan dengan mak-mak semua cara nak buat Air Nescafe warna Sungai Pahang, kali ini beliau sudi kongsikan cara nak buat ‘Teh Tarik Banjir’ yang sedap pula.
Berikut merupakan antara perkongsian oleh lelaki ini;
Salam 1 jemaah kaki tarik teh. Semalam dah flashback air nescafe, alhamdulillah ramai yang share. Semoga bermanfaat. Air ni sedapnya kalau warna dia cantik..tapi tengok teh ais tepi jalan sekarang ada letak perwarna sampai kita pun konpius tu teh ke atau air carrot? Oren bebenau warnanya..
Harini kite tengok pulak air teh. Teh tarik banjir. Air teh ni memang sedap dibuat waktu minum petang dan sesi bergosip. Sebab tu kita panggil “ngeteh” atau sesi “tarik teh”. Selain nescafe, air teh susu juga merupakan satu ketagihan. Haha..Ingat pesan kander, jangan minum selalu. Sehari 1-2kali cukup ya.Macam biasa, kander punya kurang manis tapi cukup rasa.
Kalau orang have-have dia suka tea session dekat harrods, english breakfast, earl grey atau chamomile tea (which is boringgg…haha).
Orang-orang non have, kat warung ke restoran ke mamak ke boleh bantai gelak sambil jerit teh tarik satu! Kena pulak dengan keropok lekor ke, cucur udang tak pun cucur badak…ferghhhh.
Bahan-Bahan (1 gelas):
2 uncang Teh Lipton
1 sudu besar Teh Wangi Cap Masjid
1 sudu kecil Nescafe
300ml Air (untuk dijerang)
2 setengah kecil Susu Pekat Manis
5 sudu kecil Susu Cair
Cara Membuat:
1.Mula-mula masukkan 2 uncang teh dan sesudu besar teh wangi. Rebus dalam 5 minit macam tu lah.Nak pakai electric kettle pun boleh.Air yang direbus ni sebanyak 300ml.Dalam episod kali ini, untuk uncang teh guna lipton
Teh wangi ialah teh cap mesjid.
2.Bila air dah dah menggelegak..haaa ni yang sifu anuar ajar haritu. Letak setengah sudu kecil nescafe. Teh ni sedap bila kelat dan pahit after taste.
Ads
3.Kacau kemudian tutup api. Sambil tu kita prepare bancuhan susu. 2 setengah kecil susu manis dan 5 sudu kecil susu cair. Bancuh dan kacau siap-siap.
4.Teh yang dah siap rebus tu, kita tapis ke dalam jug siap-siap.
Ads
5. Rasanya ni semua orang tahu masukkan secubit garam untuk melemakkan rasa teh.
6.Bila dah tuang, kacau sebati.
Ads
Untuk gambaran jelas warna airnya, saya letak dalam transparent glass. Nampak tak warna dia? Asli, pekat, lemak manis.
Teh macam ni lah kita nak.
Lemak, manis, kelat, wangi.sedappp sangat. Macam air banjir lumpur kan? Hahaha
Macam-macam kaedah rawatan perubatan yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.Salah satunya doktor terpaksa memasukkan 4 belon bersaiz telur ayam pada wajah wanita sebagai satu prosedur sebelum pembedahan boleh dijalankan.
Xiao Yan, 23 tahun, daripada Longjing, China dilahirkan dengan tanda lahir besar di wajah, yang juga dikenali sebagai Congenital Melanocytic Nevus. Ia dialami 1 daripada 100 kelahiran.
Semakin lama tanda lahir pada wanita ini mula menjadi sel kanser dan terpaksa dibuang dengan segera oleh beberapa doktor pakar di Shanghai Ninth People’s Hospital, China.
Walaubagaimana pun, prosedur membuang kanser ini bukanlah perkara yang mudah. Doktor perlu memasukkan 4 belon bersaiz telur ayam pada bawah wajahnya untuk menjadikan kulitnya tegang, serta tisu kulit baru dapat dihasilkan. Ia sebagai sebahagian daripada prosedur pembedahan untuk membuang tanda lahir tersebut.
Xiao Yan mula rasa sakit pada tanda lahir tersebut sejak Mac lepas. Setelah melakukan pemeriksaan , doktor mendapati tanda lahir tersebut menunjukkan wujudnya sel-sel kanser yang merbahaya.
Selain, terpaksa memasukkan 4 belon pada wajah, Xiao Yan juga terpaksa menghadapi 5 proses pembedahan lain yang amat menyakitkan demi meyelamatkan nyawanya.
Buat masa ini, Xiao terpaksa menggunakan topeng untuk berjalan dikhalayak umum dengan wajahnya yang sebegitu.
Congenital Melanocytic Nevus merupakan sejenis tanda lahir yang selalunya berada di kepala mahupun leher. Tanda lahir ini akan semakin membesar dan selalu menjadi lebih tebal seiring peningkatan usia. Ia dipercayai berlaku berpunca daripada mutasi sel pada tubuh ketika diawal proses kehamilan.
Kasihannya.Semoga pembedahan wanita ini berjaya. Semoga cepat sembuh.Macam-macam jenis penyakit ada, tanda lahir pun boleh menjadi sel kanser.
Jika selalu ikan pekasam dibuat menggunakan ikan-ikan dari sungai seperti Lampam, talapia, puyu, sepat dan sebagainya.Jarang sekali jumpa menggunakan ikan dari laut. Namun menurut perkongsian oleh Siti Aminah, ikan pekasam yang beliau buat menggunakan ikan tamban iaitu ikan laut. Menurutnya rasanya juga lebih sedap berbanding ikan sungai.
Jadi buat mak-mak yang penggemar ikan pekasam bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
“Semalam pergi pasar jumpa ikan tamban lagi.Tak tahu la tempat sahabat semua panggil ikan apa…terus teringat anak yang belajar kat Terengganu..pekasam memang dia suka..terus buat stok pekasam untuk dia balik bercuti nanti.”
Ikan Tamban (Boleh juga guna ikan kembung/ selangat)
Garam
Asam Jawa/ Asam Keping
Beras
1.Ikan disiang dan dibasuh bersih. Buang perut dan kepala ikan.
2.Selepas itu perap dengan garam dan air asam jawa atau guna Asam keping pun boleh.Agak-agak je garam dan asamnya.Perap semalaman atau 2 hari.
3.Bila dah perap semalaman ikan tersebut, boleh lah mula menggoreng beras@sangai di dalam kuali.Jangan letak minyak, goreng biasa je hingga bertukar perang coklat.
4.Selepas itu kisar beras agak-agak hancur dan golekkan ikan di dalam beras tersebut.Saya tak basuh dah ikan yang di perap tu sebab ikan dah di basuh dengan bersih.
5.Tadaaa..dah siap. Bole di simpan dalam peti sejuk.Seminggu atau 2 minggu lagi boleh di makan.Kalau yang tak tahan sabar boleh goreng terus tapi memang tak sedap laa..sebab beras tak melekat dan sebati dengan ikan lagi.
Selamat Mencuba!
Goreng panas-panas dengan bawang dan cili padi, perah dengan limau kasturi, memang boleh makan nasi bertambah-tambah.Tak perlu lauk lain dah.
Melihat dari riak wajahnya sudah pasti anda tidak menyangka, remaja perempuan yang bernama Nur Liyana Fazlien Sha’are atau lebih senang dipanggil Lyn Sha’are, 17 merupakan seorang Pelumba Motocross Wanita Negara, Pelumba Berbasikal Lasak BMX dan Downhill Negeri. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, bakat sukan lasak ini mengalir dari ayahnya yang juga merupakan bekas pelumba Motocross Negara.
“Untuk pengetahuan, ayah saya adalah bekas pelumba Motocross Negara jadi sejak saya kecil saya telah mengikuti ayah ke litar perlumbaan dan bertemu ramai pelumba-pelumba dari pelbagai negara. Merekalah yang memberi dorongan kepada saya untuk menceburi bidang ini bagi mewarisi bakat yang ada pada ayah saya. Oleh kerana saya sorang pelumba, sebagai latihan saya perlu berkayuh setiap hari dan pada hujung minggu membuat latihan motocross. Saya minat sukan ini sejak kecil. Setiap hari saya berkayuh dan pada sebelah malam. Tiga kali seminggu saya akan melakukan aktiviti gym, selain daripada bagi memastikan tubuh saya sihat dan bersedia untuk perlumbaan, aktivti gym juga membantu saya mendapatkan tubuh yang diimpikan. Pada hujung minggu pula saya akan menunggang motosikal, sama ada berlatih di litar atau beriadah memasuki hutan menggunakan moto enduro untuk offroad ride dengan jarak jauh sambil menikmati hutan hujan Malaysia dan bertemu rakan-rakan baru yang mempunyai minat yang sama,” terang Lyn Sha’are yang menjadikan bidang ini sebagai sumber rezekinya.Bukan itu sahaja dek kerana bidang penuh mencabar dan dikuasai lelaki, remaja berani ini juga diberi peluang menjadi Distributor brand ROB1 Racing di Malaysia, dimana ia adalah product custom made daripada negara jiran.
Katanya lagi menerusi sukan sebegini wanita di luar sana boleh mendapatkan tubuh yang sihat.
“Wanita diluar sana boleh melakukan aktiviti berbasikal, kerana ianya adalah cara mudah untuk mendapat tubuh yang sihat, dapat menurunkan berat badan. Ramai antara kenalan saya hanya berkayuh untuk mendapatkan badan yang diimpikan dan bukannya untuk mengejar kemenangan semata-mata. Aktiviti berbasikal sesuai kepada semua golongan dan umur ini kerana aktiviti ini boleh dilakukan dimana sahaja. Berkayuh dengan santai juga dapat mengeluarkan peluh yang banyak.
“Amalan ini sangat berbaloi bagi saya kerana dari kecil saya memang minat melakukan aktiviti-aktivit ini. Sekiranya saya tidak ada perlumbaan saya tetap melakukan aktiviti kayuhan setiap hari dan menunggang motosikal endure memasuki offroad setiap hujung minggu bagi memastikan tubuh badan saya sihat. Dek kerana ini juga, sehingga sekarang saya belum pernah mendapat berat badan berlebihan apalagi obesiti sedangkan rakan-rakan sebaya saya ramai yang merungut mengalami masalah berat badan,” ulasnya.
Tentangan Daripada Ibu
Masih terlalu muda dan sukan ekstrem ini sememangnya mempunyai banyak risiko. Lynn ha’are menjelaskan dia mempunyai jadual yang padat, tapi pekara itu tidak mengganggu pelajarannya kerana dia merupakan seorang yang sangat berdisplin. Malah pada peringkat awal penglibatannya turut mendapat tentangan daripada ibu tercinta.
“Sejujurnya pada peringkat awal memang mendapat tentangan daripada ibu kerana katanya sukan ini tidak sesuai untuk seorang wanita. Tapi lama kelamaan ibu akur selepas melihat kesungguhan saya terhadap sukan ini dan melihat kejayaan-kejayaan yang saya kecapi. Pada ulangtahun ketiga (usia tiga tahun), ayah saya telah menghadiahkan sebuah motosikal pocket bike 50cc kepada saya, pertama kali saya menunggang motor itu saya terbabas ke dalam longkang. Tetapi kemalangan itu tidak mematahkan semangat saya, sejak dari itu minat saya terhadap sukan lasak semakin menggila.
“Setiap hari setiap masa saya menonton TV, saya hanya menonton rancangan motorsport atau sukan lasak tidak kira motosikal, kereta atau basikal. Saya mengisi masa lapang setiap hari dengan bermain basikal di tempat lapang tidak seperti kanak-kanak lain yang hanya berkayuh santai. Saya membina sendiri halangan-halangan di tempat-tempat lapang di kawasan rumah saya, hampir setiap minggu handle basikal saya patah akibat aksi-aksi ganas yang saya lakukan. Saya bersyukur ayah tidak pernah memarahi saya, dia yang membaiki basikal saya setiap kali ada masalah,” ungkap Lyn Sha’are.
Lyn Sha’are juga telah berjaya meraih banyak kejayaan dalam bidang ini, “Terlalu banyak kejayaan yang saya dapat sepanjang karier saya walupun baru beberapa tahun di dalam bidang ini. Saya sekarang berada pada ranking nombor satu dalam kategori ‘Women Motocross’ di Malaysia dan berbasikal pula ranking ketiga dalam kategori ‘Women Junior BMX Supercross Malaysia’.
“Pernah mewakili Malaysia ke perlumbaan motocross peringkat Asia, juga ke perlumbaan Indonesia, Filipina, Thailand juga ada kejayaan bagi saya. Saya juga pernah mewakili Malaysia ke perlumbaan berbasikal BMX SUPERCROSS ke Indonesia dan Thailand, walaupun tidak mapu memberikan tempat pertama kepada Malaysia ,saya masih mampu meraih pingat buat Malaysia.”
Bersaing Dengan Pelumba Lelaki
Ditanya tentang persaingan dengan pelumba lelaki, Lyn Sha’are tidak punya sebarang masalah.
“Bagi sukan berbasikal , tidak ada masalah kerana ada kategori untuk perempuan. Untuk motocross pula, bersaing dengan pelumba lelaki tidak menjadi masalah. Saya hanya perlu memastikan tahap kecergasan fizikal dan mental saya pada tahap terbaik. Untuk bersaing dengan tenaga lelaki, saya perlu menjalani lebih latihan berbanding mereka. Tetapi pada tahun ini, telah ada beberapa penganjur Motocross Malaysia yang menambah kategori perempuan, itu adalah satu perkembang positif untuk saya,” tambah Lyn Sha’are.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!