Pening memikirkan apa lagi hidangan untuk berbuka puasa petang nanti. Hujung Ramadan ni, ramai yang sibuk buat biskut raya dan kemas rumah. Kata orang, walau pun dalam tempoh PKP, raya tetap raya kan? So, jangan pening-pening. Kat rumah pun boleh beraya walau pun hanya dengan keluarga kecil masing-masing. https://www.facebook.com/mingguanwanita/

Pening Pilih Hidangan Yang Ringkas Dan Cepat

Bila dah penat, tentu inginkan hidangan yang ringkas dimasak saja. Menjimatkan masa dan tenaga sebab tak perlu fikirkan lauk pauk lain dah. Selain itu, cukup mengenyangkan. Ha..boleh cuba tiga hidangan bubur ini. Mudah dan pantas!

Pening Fikir Hidangan berbuka Nanti, Bubur Ni Jadi Penyelamat!

Bubur Lambuk Kacang Kuda

Bahan-Bahan:

200 gram beras
125 gram kacang kuda yang diredam selama 8 jam
1 labu bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 batang serai – dititik
1.25 cm halia
1.25 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji cengkih
1 kelopak bunga lawang
1 sudu teh serbuk rempah sup
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
50 gram ikan bilis
1 kiub pati ikan bilis
250 gram santan pekat
2 liter air
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
Garam secukup rasa
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menumis secukupnya

IKLAN

Jangan pening, mudah je buatnya:

  1. Rebus beras dan kacang kuda hingga beras kembang dan kacang kuda empuk. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis hingga wangi. Angkat dan kisar bersama kesemua bahan. Ketepikan.
  3. Menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumis sebentar rempah kayu manis, biji pelaga, bunga lawang, cengkih dan serai. Angkat dan ketepikan.
  4. Masukkan kesemua bahan yang dikisar, rempah yang ditumis, serbuk rempah sup, santan, pati ikan bilis, serbuk lada hitam, halba dan garam ke dalam periuk yang merebus beras dan kacang kuda tadi.
  5. Kacau sebentar masaklah sehingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info tambahan: Hidanglah dengan ditaburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atas bubur lambuk yang telah siap dimasak.

Pening Fikir Hidangan berbuka Nanti, Bubur Ni Jadi Penyelamat!

Bubur Ayam

Bahan-bahan:

200 gram beras
1 ½ liter air
1 keping dada ayam
1labu bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1.25 cm halia – dihiris halus
1 kiub stok ayam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 tangkai daun bawang
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya

IKLAN

Cara Membuat:

  1. Masukkan air dan beras di dalam periuk dan rebus beras hingga kembang.
  2. Separuh dada ayam dipotong kecil-kecil dan separuh lagi digaul dengan garam dan serbuk lada hitam serta digoreng hingga masak dan dicarik-carik.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan isi ayam yang dipotong kecil hingga wangi.
  4. Setelah itu, masukkan kesemua bahan yang ditumis, stok ayam, garam, serbuk lada hitam, minyak bijan ke dalam periuk merebus beras tadi.
  5. Masak selama hingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info tambahan: Taburkan daun bawang yang telah dihiris, hirisan daging ayam yang telah digoreng serta bawang goreng di atas bubur.

Pening Fikir Hidangan berbuka Nanti, Bubur Ni Jadi Penyelamat!

IKLAN

Bubur Sayuran Berkeju

Bahan-bahan:

200 gram beras
1 1/2 liter air
200 ml susu segar
100 gram isi ayam – hiris kecil
200 gram daun bayam – hiris halus
200 gram brokoli – potong kecil
200 gram sawi Cina/Jepun – potong kecil
100 gram Sayur campur – potong kecil
2 keping keju cheddar
1 labu bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 tangkai daun bawang – dihiris
Bawang goreng untuk hiasan
Cili merah untuk hiasan

Cara Membuat:

  1. Masukkan air dan beras di dalam periuk, rebus beras hingga kembang. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Setelah itu, masukkan bahan yang ditumis, isi ayam, brokoli, sayur campur, susu segar, keju cheddar, garam dan serbuk lada hitam ke dalam periuk bubur tadi.
  4. Masak selama 15 minit atau sehingga bubur agak memekat dan akhir sekali masukkan daun bayam dan sawi. Kacau sebentar dan segera tutupkan api.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info Tambahan: Untuk yang vegetarian, bolehlah abaikan isi ayam.

https://www.mingguanwanita.my/bubur-lambuk-rice-cooker-sedapnya-macam-yang-selalu-dapat-di-masjid-1/

https://www.mingguanwanita.my/kerepek-labu-rangup-lemak-manis-kena-jemur-sekejap-baru-goreng/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI