Bunga Kantan antara bahan yang diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya. Jimat banyak kalau ada tanam pokok bunga kantan sendiri ni di rumah. Sebab harga sebatang bunga kantan di kedai mahupun pasar boleh tahan mahal juga harganya.
Perkongsian oleh Saqdam Zaim Arffainini yang merupakan seorang Peladang Pokok Kantan boleh dijadikan panduan bagi yang mencuba tanam pokok kantan ini di rumah.
Pokok Kantan (Torch Ginger)
Pokok kantan atau biasanya lebih dikenali bunga kantan oleh masyarakat Malaysia dan bunga kecombrang dari Indonesia, yang sering digunakan dalam masakan juadah Malaysia seperti Assam laksa, Assam pedas, Kerabu dan sebagainya.
Bunganya yang cantik berwarna kemerah jambuan ini adalah satu satunya kategori bunga yang boleh dimakan selain dari bunga kobis kerana aroma dan rasanya sangat menyelerakan dan melengkapkan lagi resepi masakan. Harganya boleh mencecah sehingga Rm3-Rm8 sekuntum pada musim perayaan, Rm1-Rm2 di waktu biasa.
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di bawah yang diambil dari rumpunan pokok kantan.Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakan kerana tumbesaran pokok tidak memberansangkan.
Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
Ads
Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.Kalau banyak sangat anak pokok, kena buang sikit untuk pengudaraan.
Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh dicelahan batang pokok kantan.
Pucuk muda pokok kantan yang lebih tajam dan gelap.
Ads
Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah.
Ads
Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya. Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Pengiraan Hasil Pokok (Sebulan)
jumlah rumpun pokok(R) x jumlah kuntum (K) x harga semasa (RM) x jumlah tuaian sebulan (T)
contoh.
100R x 3K x 1RM x 7T = Rm2100
500R x 3k x 0.5RM x 7T = Rm5250
800R x 3k x 0.8RM x 7T = Rm13’440
Apapun, kita merancang tapi sebaik baiknya perancangan Allah Lebih baik. Untuk tempoh 4 tahun ini saya mengadaptasikan hidup ini kearah pertanian pokok kantan. Sememangnya satu tempoh yang lama untuk menunggu. Apa yang penting adalah APA YANG KITA MULAKAN. Pasti akan ada hasil untuk orang yang berusaha. Saya Saqdam Zaim Arffain. Peladang pokok kantan.
MW: Memang berbaloi tanam pokok bungan kantan ni di rumah. Selain guna untuk diri sendiri, boleh juga dijual dijadikan pendapatan sampingan. Ikut panduan yang dikongsikan ini.
Sotong celup tepung, meskipun mudah tapi jika salah caranya jadi punca tepungnya tertanggal atau tak melekat, tak rangup dan meletup-letup ketika digoreng.
Buat penggemar sotong celup tepung ada cara untuk hasilkan resipi ini sendiri di rumah sama rasanya macam makan di kedai. Namun kena ikut 4 tips yang dikongsikan oleh Puan Murni Rahmat ini.
1.Sotong Segar
Guna sotong SEGAR, tak payah syarat tak perlu rahsia.. Golek-golek sotong dalam tepung dan goreng.. Inshaa Allah tak meletup.
2.Tos Sotong Sampai Kering
Kalau tak dapat sotong segar, siang dan basuh sotong macam biasa, potong dan tos air sampai kering.Nak lap guna tisu pun boleh,yang penting sotong tu kering.
3. Minyak Banyak & Api Besar
Minyak kena banyak dan api mesti besar.Percaya tak saya goreng sotong ni tak sampai 2 minit pun dia berenang dalam minyak panas tu sedap dan rangup kejadiannya.
4. Guna Tepung Kering & Tepung Basah
Selepas keringkan sotong, golek-golek sotong dalam tepung kering sampai rata.Lepas tu celup dalam tepung basah dan terus goreng.Nak celup dalam tepung basah dulu baru golek dalam tepung kering pun boleh.Mana-mana pun boleh, tak payah pening-pening sangat.
Sekian,itu sahaja yang dapat saya simpulkan pada hari ini.
Dulu akak selalu goreng sotong celup tepung guna bancuhan tepung buat sendiri.Banyak kerja sikit sebab kena campur-campur jenis tepung,kena guna telur lagi.
Sekarang ni akak selalu main tipu..Guna tepung bestari je dah cukup..garam pun tak letak.Rasa dia..sedappp ya amat macam kita berusaha dan bersungguh-sungguh buat kerja kat dapur.
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!
Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ni bila nak buat sotong celup tepung iya. Barulah tepungnya tak tertanggal, rangup dan goreng pun tak meletup-letup.
Selalunya kalau masak nasi guna beras biasa mesti tak cantik berderai. Ada masanya terlebih lembik atau keras sebab sukatan air tak berapa nak betul. Tapi, kalau beras basmathi, elok je kejadiannya.
Jangan risau, mak-mak boleh saja nak pastikan nasi cantik berderai dan sihat dengan guna beras biasa. Rasanya lagi cepat masak kalau ikut perkongsian Kuih Noni Talam ini.
Sekali anda sudah sertai Run For Your Life, pasti rasa berbaloi daripada keluar melepak berbual kosong tanpa arah.
Ada waktunya dah hujung-hujung bulan, duit pun dah kurang baik lepak kat rumah sahaja, tak keluar duit. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang boleh kita buat tanpa mengeluarkan duit yang banyak, malah ia menyeronokkan dan sesekali dapatlah kita mengeluarkan peluh.
Baru-baru ini saya ada sertai fun run yang dianjurkan oleh Petronita. Sebelum itu ada juga sertai fun run yang dianjurkan oleh MILO pada bulan Mei yang lalu. Memanglah nak masuk run ni pun memerlukan duit untuk urusan pendaftaran dan sebagainya. Tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah aktiviti menarik dan percuma yang boleh didapati kalau kita berkunjung ke acara-acara ini.
Bagi yang rasa tak ada bajet untuk join acara-acara yang macam ni, jangan risau sebab tak ada pun yang paksa. Kalau rasa nak join kawan-kawan berlari sama rasanya boleh je kot. Cuma nanti kita lari tanpa bib yang diberi khusus untuk para peserta tu, tapi lagi satu kekurangan tak adalah t-shirt yang macam peserta pakai. Itu pun rasanya tak jadi masalah sebab boleh pakai t-shirt yang sama warna dengan para peserta. So masalah setel.
Masuk fun run ni memang fun, kalau tak mahu lari, jalan pun boleh je, tak jadi masalah asalkan kita selamat sampai. Kalau macam Orchid Run baru-baru ni yang saya join, siap ada team cheer leader yang bersorak untuk para peserta, ada band yang nyanyi untuk naikkan semangat dan macam-macam lagi. Lepas tamat run tu biasanya kita akan diberi medal dan juga goodie bag. Lagi best siap bagi breakfast dan free flow air mineral. Kalau yang Milo dulu lagi syok sebab boleh minum milo sampai bosan. Seronok kan?
Tak semestinya hanya peserta yang boleh datang ke acara-acara run ni. Yang tak jadi peserta juga dialu-alukan. Bukan hanya larian semata-mata, malah penganjur turut menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk pengunjung lain di gerai-gerai yang disediakan, goodie bag pun boleh dapat sementara stok masih ada. Jadi kalau tak ada apa-apa hujung minggu bolehlah hadir ke acara-acara run yang banyak dianjurkan kat Malaysia pada masa kini kan. Owh satu lagi bagi yang berminat dan baru nak berjinak-jinak nak tahu apa lagi run yang bakal diadakan di seluruh malaysia, boleh check it out dekat http://runmalaysia.info/ dan http://www.justrunlah.com/.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.