Pegawai polis cetus kekecohan ditahan, lepas hina anggota pangkat rendah kembali buat hal di parking kereta. Selepas tular satu video menghina seorang anggota berpangkat lans kopral di sebuah kedai makan, tular lagi video pegawai yang sama membuat hal di tempat parking kereta.
Pegawai Polis Cetus Kekecohan Ditahan
Dalam video yang tular di media sosial, jelas kelihatan pegawai polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ini dilihat telah memprovoke seorang wanita di tempat parking kereta pula.
Memetik laporan Kosmo Online, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu lagi kertas siasatan membabitkan seorang wanita dipercayai pegawai kanan polis yang didakwa membuat kecoh di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah, di sini pada Jumaat lalu.
Lepas Hina Anggota Pangkat Rendah Kembali Buat Hal Di Parking Kereta
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, ia selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu wanita berusia 27 tahun.
“Siasatan mendapati berlaku perselisih faham apabila suspek ingin meletakkan kenderaan di sebelah kereta mangsa, tetapi pintu kenderaan mangsa di bahagian pemandu dan penumpang belakang terbuka.
“Mangsa menyatakan neneknya sedang menukar lampin anak saudaranya ketika itu. Suspek yang tidak berpuas hati menekan hon dan menjerit serta memarahi mangsa dan ahli keluarganya.
Ads
“Suspek juga memperlekehkan pakaian mangsa yang kelihatan seksi sambil merakam video,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Amihizam berkata, perselisihan faham itu kemudiannya berlanjutan sehingga dileraikan oleh saksi kejadian iaitu sepasang suami isteri.
“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Tindakan tatatertib dan kesihatan mental masih sedang dalam tindakan,” ujarnya.
Terdahulu, PDRM telah membuka dua kertas siasatan berhubung video tular memaparkan seorang wanita dipercayai menghina anggota polis di sebuah kedai makan di Gombak. Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, wanita berusia 35 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis lemaskan anak sendiri dalam mangkuk tandas, banduan akhir menangis dibebaskan.
Setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan. Sama ada ia besar atau kecil kerana tiada siapa yang maksum. Sama ada ia melanggar undang-undang atau tidak. Namun tidak semua kesilapan itu mesti berakhir dengan hukuman kerana aturan Allah itu sudah tertulis buat hamba-Nya yang menyatakan penyesalan.
Satu perkongsian dari aktivis masyarakat Natipah Abu di facebooknya menarik perhatian ramai. Ini kerana sewaktu melawat Penjara Pokok Sena, Kedah, dirinya telah bertemu dengan seorang banduan akhir (dinamakan Zati) yang menghadapi tuduhan membunuh anak sendiri di dalam mangkuk tandas, hasil hubungan tanpa nikah ketika di kolej.
Hanya dirinya dijatuhkan hukuman sementara lelaki yang menghamilinya masih bebas.
Satu perkongsian dari aktivis, Natipah Abu mengenai kisah gadis ini membuatkan ramai ingin tahu perjalanan hidupnya. Sama ada menjalani hukuman mati atau bagaimana.
Dan semalam, semasa perbicaraan kesnya di Mahkamah Rayuan, panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan membebaskan gadis ini serta merta.
Dari hukuman mati kepada dibebaskan serta merta selepas dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi Nur Izzati Adi, 26, yang memohon pertuduhan lebih ringan iaitu daripada membunuh kepada menyebabkan kematian.
Ternyata sebaik kes dibacakan, Nur Izzati menangis kerana dilepaskan serta merta dari pertuduhan membunuh kepada menyebabkan kematian bayinya sendiri.
“Perayu dibebaskan serta-merta hari ini (Selasa) dan saya arahkan warden penjara untuk membuka gari perayu dan perayu boleh berjalan keluar dari mahkamah dengan lapang dada,” kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Mohamed Zaini Mazlan.
Pada 10 April 2017, Nur Izzati didakwa membunuh mangsa di tandas asrama perempuan aras tiga Kolej Pertanian Malaysia Bukit Kayu Hitam, Kedah pada pukul 5.20 petang 30 Mac 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Baca rentetan cerita awalnya sebelum sinar perjuangan itu berhasil..
SURAT CINTA DARI PENJARA
Membaca kisah Allahyarhamah Nur Anisah ( 21 thn ), seorang gadis yatim piatu yang mati dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya sendiri dalam keadaan hamil empat bulan … mengingatkan Kak Pah tentang seorang lagi gadis yang Kak Pah temui ketika majlis berbuka puasa di Penjara Pokok Sena tempohari.
Zati .. dia telah dijatuhi hukuman mati setelah melahirkan anak sendirian di dalam tandas dan anak itu ditemui mati di dalam mangkuk tandas kolejnya. Ketika kejadian .. dia baru berusia 19 tahun.
Bayangkan .. apa perasaan gadis semuda itu saat melihat bayi yg dilahirkan meluncur laju lalu jatuh ke dalam mangkuk tandas.
Dalam keadaan sakit dan ketakutan yang amat sangat, apalah yang mampu dia fikirkan lagi.
Kronologi perjalanan kisah mereka berdua seakan hampir sama. Menjadi korban akibat cinta dalam usia yang masih terlalu muda.
Kedua wanita malang ini, hakikatnya punya jiwa yang penuh dgn kasih sayang dan sangat naif kerana tetap meneruskan kehamilan mereka tanpa ada niat atau usaha untuk menggugurkan kandungan lebih awal.
Namun ternyata, keduanya akhirnya tewas apabila seorang mati dibunuh dengan kejamnya oleh kekasih sendiri dan seorang lagi pula sudah dijatuhi hukuman mati.
Cuma bezanya, teman lelaki Allahyarhamah Nur Anisah sudah diseret ke muka pengadilan manakala teman lelaki Zati yang telah bergelar banduan akhir itu, masih bebas tanpa sebarang pertuduhan.
Wahai ibu ayah di luar sana, jaga dan didiklah anak kita baik-baik. Kehidupan hari ini sangatlah keras.
Bukan hanya anak perempuan saja yang perlu dilindungi tapi anak lelaki juga harus diajar tentang betapa pentingnya melindungi.
Baru-baru ini .. Kak Pah berpeluang menziarahi keluarga Zati di kampung.
Hanya Allah saja yang tahu betapa sebak hati tatkala menyambut salam dan berbalas pelukan dengan seorang ibu yang tak pernah berputus harap agar si anak dapat kembali semula ke pangkuannya.
Menatap wajah si ayah, jiwa lelaki itu sarat dengan rindu dan harapan agar anak tersayang terselamat dari hukuman mati.
Yaaa … mereka akui memang Zati bersalah di atas segalanya. Zati meniti alam remaja di dalam penjara dan kini sudah 7 tahun lamanya Zati di dalam sana.
Entah berapa lama lagi Zati akan terus berada sana, tiada jawapannya.
Harapan Zati kini hanya dengan mengemukakan rayuan ke mahkamah dan proses itu bukanlah mudah.
Selain memakan masa yang panjang, ia juga memerlukan wang yang banyak untuk kos guaman.
Terakhir … ialah mengharapkan kepada pengampunan Di Raja.
Kata ibu Zati, mereka sekeluarga kuat dan tabah untuk menghadapi apa saja cemuhan atau ujian yang datang sejak Zati ditahan kecuali satu …
Yang satu itu cukup untuk menghancur luluhkan perasaan mereka. Satu itu ialah, bila mana melihat Zati dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan dalam keadaan bukan hanya tangan saja yang bergari tapi kaki juga bergari.
Saat itu …air mata mereka tumpah tidak tertahan lagi. Hanya Allah saja yang tahu betapa dalamnya kasih mereka kepada anak itu.
Sedihnya hati bila mengenangkan bagaimana anak yang dididik dgn penuh kasih sayang, seorang yang manja dan sangat menghormati kedua ibu ayah itu, akhirnya terpaksa menempuh jalan hidup yang penuh tragis.
Sungguh sukar utk mereka jelaskan alasannya. Yang mampu mereka katakan .. inilah takdir hidup yang harus mereka jalani dgn tabah.
Mereka tidak pernah putus berdoa agar Allah S.W.T mengampuni segala dosa Zati.
Membaca nukilan hati yang Zati titipkan buat ayah dan ibu tercinta, ternyata dia sudah benar-benar insaf atas apa yang terjadi.
Semoga Allah ampunkan segala dosa dan terimalah taubatnya.
Jun nanti .. kes Zati akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Doakanlah agar Zati dibebaskan dan dpt kembali semula ke pangkuan keluarga.
Sungguh Allah tidak pernah memandang kepada bermulanya hidup seseorang. Yang dipandang dan dinilai kelak ialah bagaimana pengakhirannya.
Justeru itu, untuk suatu apa pun … kita jangan pernah jemu berdoa dan mengejar pengampunan Allah …
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kecoh bau harum bunga, wanita kongsi teori sebab fenomena terjadi. Tiada langsung unsur mistik.
Fenomena bau harum bunga yang berlaku di beberapa negeri khususnya Negeri Sembilan mencetuskan tanda tanya dan kekecohan di media sosial. Manakan tidak rata-rata mengakui bau yang sangat harum seperti melur dan khususnya bau bunga kemboja yang banyak ditanam di tanah perkuburan.
Bila dikaitkan dengan hal perkuburan, mulalah unsur-unsur mistik dikaitkan. Kasihan Cik Ponti, kerana namanya dikaitkan pada hal-hal ini.
Dalam ramai-ramai mengutarakan pertanyaan, ternyata pendapat dikongsi oleh seorang wanita, Zaifie Zainal dilihat sangat logik kerana menurutnya, tiada unsur misteri apa pun. Fenomena ini adalah disebabkan bunga berkembang mekar dan menyebarkan debunganya.
Kenapa bau kuat? Sebab bunga-bunga ni kategori lunar blooming flowers dan nocturnal blooming flowers.
Baca pandangannya. Lepas nie jangan fikir yang mistik sudah.
Ramai mengaitkan dengan unsur mistik dan minta agar negara dijauhi dari sebarang maha bahaya.
Betapa berjauhannya kita dengan alam sampaikan bau bunga pun kita syak makhluk halus
Kawan-kawan, sekarang ni tengah fenomena full moon. Waktu macam ni, banyak bunga yang sedang berada dalam fasa ‘peak blooming’. Terutama sekali pada waktu malam.
Waktu mcm ni lah bunga-bunga ni akan keluarkan haruman yang sangat kuat sampaikan sesetengah kita cakap “ada roh balik rumah la tu”. Tak pun ada kak ponti tengah follow… serammmm ooo…
Fenomena ni juga ada kaitan dengan sistem biologi badan kita terutama sekali sistem reproduction perempuan. Kalau badan kita pun ada tindak balas full moon, macam tu jugak la bunga-bunga. Waktu macam ni la diorang kembang sekembang-kembangnya untuk sebarkan debunga sejauh-jauhnya.
Kenapa bau kuat? Sebab bunga-bunga ni kategori lunar blooming flowers dan nocturnal blooming flowers.
Kelopaknya tertutup siang dan terbuka waktu malam. Dia keluarkan bau yang kuat tengah malam untuk tarik kelawar dan serangga yang bantu pendebungaan.
Wakt-waktu macam ni la yang sesuai untuk ‘perfumer’ atau perfume expert mengkaji bau bunga dan mencari bunga-bunga yang sesuai untuk perfume. Sebab baunya tengah ‘peak’.
Contoh paling senang nampak sekarang ni, bunga durian tengah meriah. Bunga-bunga kemboja kat perkuburan tu tengah mekar. Tapi kenapa bau bila malam je? Dah nama full moon. Ada ke dia sebut full sun?
Dah tu… tak payah nak saspen sangat kalau ada bau harum. Kelam kabut laa baca segala ayat. Ingat kak ponti singgah. Kesian dia orang kena tuduh. Langsuir pun boleh kemurungan asyik kena fitnah.
13 tahun tanggung biawak hidup, isteri luah rasa kecewa suami pilih perempuan baru kenal 3 bulan. Ramai “suami” mengambil kesempatan atas kebaikan budi isteri yang membantu dalam urusan kewangan rumahtangga.
Bila semakin sedap “dibela”, suami umpama biawak hidup dan bersenang lenang mempergunakan kebaikan isteri. Lebih kejam, boleh berpoya-poya dengan perempuan lain dan tak hargai pengorbanan isteri langsung.
Satu perkongsian di fb oleh seorang isteri atas nama Fika-fika memperlihatkan semakin ramai suami yang tidak tahu apa erti tanggungjawab sebagai suami sebaliknya akan keluar berpoya-poya.
Ini perkongsiannya.
Ya Allah hancur hatiku sebagai seorang isteri tengok bergambar bersama dengan perempuan nie!! Suami ku??
Aku 24 jam cari kau tidak tidur dan tidak makan kerana risaukan kau, rupanya kau lari dengan perempuan lain. Ya Allah pergi KL. Kau bawak duit semua. Satu sen pun kau tak tinggalkan isterimu.
Sampai kau jual kereta isterimu. Duit keringat isterimu selama ini semata-mata belikan kau kereta. Kau buat aku begini. Ya Allah, apa lagi kurangnya aku dengan kau. Aib mu aku sorok selama kita kahwin 13 tahun.
Aku berkerja keras cari duit selama ini dan tolong kau cari duit selama ini berniaga dari pagi sampai ke malam, kau tak bekerja. Ini kau buat dengan aku Ya Allah. Selama ini kenangan pahit dan manis kita lalui bersama. Aku tahan bersama kau.
Begini kau buat dengan aku. 4 kali kau curang sama aku, aku masih terima kau sebagai suami ku lagi. Aku tetap bertahan sebagai isterimu selama ini.
Apa lagi kurangnya aku sama kau wahaiii suamiku. Sakit kau letak semua nie dengan aku. Kalau ia pun kau tak mahu dengan aku ke apa ke, kau jumpa aku bagus-bagus. Bincang sama-sama. Lepaskan aku secara elok dan bukan gantung tak bertali begini.
Sakit aku rasakan ya Allah apa kau buat aku selama nie aku tahan ja. Kau tipu aku bulat-bulat selama ini ya Allah. Kau lari bawak semua duit, kau berhutang sama orang tanpa pengetahuanku. Keliling pinggang tidak bagitahu aku. Kau jual nama kau cakap aku yang pinjam duit.
Rupanya kau berpoya-poya dengan perempuan lain. Ini kau buat dengan aku. Sakit sangat aku rasakan ya Allah. Kalau kau mahu lepas aku, kau jumpa aku depan-depan. Kita bincang. Aku pun mahu bebas mcm kau mahu bersama perempuan mana mana kau suka. Suka hati MU la. Janji kau lepaskan aku. Ceraikan aku!! Suamiku, itu ja aku minta. Kau kenal perempuan nie baru 3 bulan. Kau boleh pilih dia daripada isterimu 13 tahun nie. Ya Allah.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.