Memang ada benarnya kuih-kuih lama orang dulu-dulu, kini payah nak jumpa orang jual. Bila tekak teringin rasa nak makan, kenalah buat sendiri, macam kuih Tepung Pasung atau juga dikenali Kuih Serunai ini. Namun sebenarnya bila buat sendiri kuih macam ni, lebih puas hati makan malah lebih jimat.

Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Pn Habsah Ngah ini sebagai panduan;

Alhamdulillah…Siap juga Kuih Tepung Pasung Kak Min panggil. Sepetang duk mengerjakan bahan-bahan untuk buat kuih nih.Bila rindu nak makan kuih-kuih dari kampung halaman.Duk merantau macam kak min terpaksa lah try buat sendiri kalau terasa nak makan. Kuih lama-lama nih payah nak jumpa orang buat jual kalau luar dari Pantai Timur.

Resepi kak min sertakan sekali.Mana yang teringin tu meh try buat.

Tepung pasung / kuih Serunai

Bahan-Bahan:

(Bahagian bawah)
2 sudu gula pasir
1 keping setengah gula melaka
1 setengah cawan air
1 helai daun pandan wangi
40 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 sudu teh air kapur

(Bahagian atas)
3 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 setengah cawan santan sederhana pekat
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula

Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong

IKLAN

Cara Membuat:

1. Masak gula, gula pasir & daun pandan hingga gula hancur dan sejukkan.
2. Tapis dan satukan dengan bahan-bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.

3. Sudukan/ paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang-lubang pengukus.Kukus dalam 5 minit.

4. Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.

5. Sudukan/paipkan ke dalam kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah dikukus 5 minit tadi dan teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Kalau api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih tu tumbang.

IKLAN


6. Biar sejuk baru dihidangkan.

Siap! Selamat Mencuba.

IKLAN

Boleh guna pengukus comel dari La Gourmet Vintage Collection ini. Khas buat pembaca Mingguan Wanita boleh dapatkan diskaun RM5 apabila masukkan kod berikut. MWGSP5

Mesti Baca:Resipi Kuih LEPAT UBI Kenyal-Kenyal, Kukus Selama 25 Minit Dah Boleh Makan!
Baca Lagi Di Sini:Ini Caranya KUIH GUNTING SIRA PEDAS, Rangup Tak Lemau Tahan Lama!
Artikel Menarik:Hanya Perlukan 5 Bahan Buat Kuih Peneram, Tips Nak Lagi Sedap Kena Perap Adunan Doh Semalaman

Mingguan Wanita: Sedapnya, kuih tepung pasung ni. Kuih lama yang payah nak jumpa dah. Boleh cuba buat sendiri di rumah bila teringin nak makan.

Sumber:Pn Habsah Ngah
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita