Sejak dua menjak ni resipi kek Milo viral betul di kalangan suri rumah mahupun Mr. mama. Sebabnya nak membuat bukan susah mana pun. Resipi asalnya cuma guna dua bahan saja iaitu Milo dan telur. Ada yang rajin improvise sampai jadi 3 versi; kukus, bakar mahupun derhaka. Kreatif tak kreatifnya resepi ini boleh jadi menu petang yang enak, mahupun sarapan pagi yang menyelerakan.
Macam tak percayakan? Tapi rasanya boleh tahan mengancam. Kali ini MW kongsikan 3 versi resipi kek Milo dari 3 perkongsian suri dan sura dari grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Bayangkan anda terpandang anak kecil setia memimpin tangan ayah yang buta di tepi jalan di tengah terik mentari. Terkontang-kanting seolah-olah mencari sesuatu dengan pakaian seragam sekolah.
Apa yang anda akan lakukan? Jika anda seorang warga prihatin, anda akan bertindak sama seperti guru sekolah ini. Ikuti kisah yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh yang ketika ini giat menjalankan kerja-kerja Projek Beg Sekolah bagi tahun 2018
“Hari ni tergerak hati nak ke sekolah dengan kereta. Aku bawa terus 60 buah beg sekolah untuk simpan kat sekolah dan agih lepas peperiksaan akhir tahun nanti.”
Ketika melewati depan Pasar Gombak, kelihatan seorang budak perempuan sedang memimpin tangan ayahnya dan menyekat teksi belakang kereta guru itu.
Melalui cermin pandang belakang, guru itu perhatikan teksi berwarna hijau itu tidak berhenti! Bermakna anak kecil dan ayah buta itu terpaksa berdiri lebih lama di bawah terik mentari itu.
“Terus aku memberhentikan kereta.”
Walau dah terlepas jauh, tak sanggup aku nak biarkan anak kecil dan lelaki buta berpanasan di tepi jalan macam ni. Aku undur kereta dan berhenti betul-betul di depan mereka.
“Oh, kereta biasa. Ingatkan teksi,” kata si ayah selepas anaknya berbisik di telinga.
“Abang nak pergi mana? Meh saya hantarkan.”
“Saya nak hantar anak saya ni ke Sekolah Danau Kota. Lepas tu tunggu anak darjah 5 pula pulang dari sekolah,” balas si buta jujur.
Aku buka pintu kereta, dan pelawa mereka masuk. Dalam kereta kami berborak. Tentang kehidupan dia, tentang apa saja. Kadangkala kami gelak bersama bila aku bergurau dengan dia.
Anak dia ada 4. 3 perempuan satu lelaki. Yang sulung tingkatan 1, yang bongsu 2 tahun.
Yang dalam kereta ni, namanya Hadini Fatihah. Tahun 1 Gemilang. Cantik dan petah budak ini. Jalan ke sekolah dia yang tunjuk, tanya apa saja tentang keluarga dengan lancar anak kecil ini jawab.
Sebelum turun kereta, aku sempat beritahu dia tentang Projek Beg Sekolah yang aku lancarkan.
Kejadian aku tiba-tiba tergerak hati nak bawa kereta, nak bawa beg, teksi hijau tak berhenti dan aku memberi tumpang anak kecil dan ayah buta itu bukan kebetulan. Ini perancangan Allah taala. Cantik dan sempurna kan?
Sebaik turun kereta, aku serahkan 3 buah beg untuk anak-anak dia yang bersekolah serta sedikit sumbangan wang untuk perbelanjaan harian. Lepas tu aku minta izin untuk ambil gambar dia dan Hadini Fatihah.
Alhamdulillah, keluarga ini tidak pernah aku kenali. Tapi Allah aturkan agar keluarga mereka merupakan penerima pertama Projek Beg Sekolah untuk kegunaan 2018.
Senyumlah pengirim sumbangan sekalian, ada doa yang baik-baik dititipkan buat kalian dari si buta dan anak-anaknya ini. Dan pahala yang berterusan mula mengalir ke akaun simpanan pahala kalian.
Tenang dan yakinlah dengan janji Allah.
Kita mungkin tidak ditakdirkan untuk bersua di dunia, namun aku mohon pada Allah taala agar kita berjumpa di taman-taman syurga kelak. InsyaAllah, amin.
Menurut cikgu Fadli lagi, projek agihan beg sekolah untuk tahun depan sudahpun bermula.
Jadi orang-orang sekitar Gombak yang rasa dirinya layak, atau nak ambil untuk jiran/saudara yang betul-betul layak sila berhubung dengan beliau.
“Oh ya. Sesiapa sahaja yang layak, boleh mohon dan hubungi saya. Tak kira kaum, agama, mahupun warna kulit. Hubungilah, InsyaAllah ada bahagian untuk anak yatim dan murid miskin.” Tambah cikgu Fadli yang giat menjalankan projek beg sekolah 2018 dalam statusnya itu.
Aku nampak gambar ini yang di post oleh salah seorang sahabat beberapa hari lepas. Dia cerita tentang anak dia, tapi aku teruja melihat gambar beg ini.
Ini beg jenama Swan. Salah sebuah beg dari 918 beg yang aku agih pada mereka yang layak tahun lepas. Alhamdulillah, beg ini kukuh dan elok kualitinya. Tahan sampai akhir tahun.
“Seronok kan dapat lihat pemberian kita dapat digunakan dan kukuh. Tahun ini pun beg Swan juga. Dah tahun ke empat kami berurusan. Deal harga terbaik untuk dapatkan beg berkualiti agar dapat digunakan sepanjang tahun.”
Alhamdulillah, untuk tahun ni, cikgu Fadli dah tempah 1420 buah beg Swan yang berkualiti untuk diagihkan pada mereka yang layak dan memerlukan.
“Memberi, biarlah yang tahan lama dan berkualiti. Sepertimana yang anak-anak kita pakai, seperti itu juga kita beri kat orang. Ye tak? “
Semoga usaha yang cikgu Fadli lakukan ini dapat memudahkan urusan mak ayah yang kurang berkemampuan dalam memenuhi keperluan beg sekolah anak-anak mereka.
Seperti anak kecil dengan ayah buta yang telah dibantu itu, anda tentu mahu menggembirakan mereka yang lain juga.
Nota: Silalah share kisah ini andai anda merasakan ianya memberi manfaat yang besar kepada ramai orang di luar sana.
Sumber/Foto : Facebook Mohd Fadli Salleh
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pendaki ayu wanita ini nampak lemah lembut gayanya. Tapi jangan tak tahu, aktiviti lasak terutama masuk hutan tu dah jadi ‘makanannya’. Tengok gambar-gambar yang dikongsikan ini. Jadi bila pendaki ayu, Myzatulhazra Yahaya (DavinaCo) kongsi 3 doa masuk hutan ini simpan kemas-kemas.
Moga berguna untuk mak-mak yang memang jenis aktif mendaki, keluar masuk hutan ni. Katanya Myzatulhazra lagi doa ini bagus diamalkan untuk mereka yang beragama Islam.
“Di dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir.
“Jangan sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini: ‘Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau’.
Jangan! Syirik hukumnya.
Ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali. Setiap langkah di baca doa ini :
“Salamun a’la sulaiman fil a’lamin”
Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman
Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.
Amalan doa yang ini juga sangat sangatlah digalakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan:
bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Marilah sama sama kita mengamalkannya. Sentiasa mulakan dengan bacaaan doa bukan hilai ketawa sebelum masuk hutan.
Untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa
“Salamun a’la nuhin fil a’lamin”
Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh
Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT tak kira di mana kita berada.
Amin..
Sumber/Foto : Facebook Myzatulhazra Yahaya via Hiking & Camping Around Malaysia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Haa.. first time kan dengar resepi Cracker Telur Dadar Sedap ni. Samalah dengan hakak. Cara nak membuatnya pun senang saja. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah didapati dan ringkas ya amat, asalkan wajib ada 3 bahan asas; biskut cracker, telur dan bawang. Yang penting, resepi ni memang ‘rare’.
Lain-lain tu optional. Bila agak-agak poket kering, terutama tengah ke hujung bulan.. nilah makanan paling syok nak dibedal. Resepi ini daripada perkongsian Cik Puan Fai Zah Sabi atau senang membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Faie.
Resepi cracker telur dadar sedap ini asalnya dikongsikan temannya dalam grup MAHN. Memandangkan cara membuatnya yang tak terlalu renyah, amat sesuailah untuk mak-mak yang dikejar waktu tapi dalam masa yang sama nak kena sediakan makanan yang mengenyangkan untuk anak-anak.
“Hidangan ini untuk sarapan pagi dan minum petang. Resepi ini daripada Mak Kak Faie. Lama dah resepi ni mak kak Faie buat untuk kami adik beradik makan. Kali ni kak Faie buat untuk famili kak faie pula. Selamat mencuba.”
15 – 20 keping biskut 4 segi (cracker)
2 biji telur
1 ulas bawang merah
2 biji cili padi (optional)
Sedikit garam dan serbuk kunyit
1. Patahkan biskut dan basahkan dengan air biasa.
2. Kacau telur dengan bawang, garam dan serbuk kunyit macam nak buat telur dadar.
3. Goreng biskut sehingga kering/garing.
4. Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam biskut dan goreng hingga masak/ garing.
5. Siap. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Yummy..
Selamat mencuba!
Sumber/Foto/Video : Facebook Fai Zah Sabi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!