Bukan calang-calang penerima Anugerah Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan 2017 bagi kategori Anugerah Majikan Prihatin Sektor Swasta sempena Bulan Kebajikan Negara 2017 yang berlangsung di Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan, Bangi semalam.
Penghargaan yang telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini telah dianugerahkan kepada Puan Arni Najihah Mea Binti Abdullah, 34, yang merupakan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) berjaya yang juga pemilik Berjaya Reflexology Centre, yang terletak di Kuantan, Pahang.
Ibu kepada tiga orang anak ini, ternyata seorang wanita yang cekal dan kuat semangat.Meskipun buta penglihatan namun hatinya celik dalam urusan perniagaan.Minat mendalam dalam bidang perniagaan mendorong beliau untuk menceburkan diri dalam bidang urutan refleksologi ini.
“Ketika memulakan perniagaan saya baru berumur 22 tahun. Hampir RM10,000 modal permulaan digunakan untuk memulakan perniagaan ini dengan bantuan suami yang merupakan seorang guru di Sekolah Pendidikan Khas dan juga sokongan keluarga,” jelas Arni yang mengalami masalah penglihatan sejak lahir, manakala suaminya Hazizul Md Yusof, 40 memiliki masalah rabun yang teruk.
Ketika ditanya perasaan terpilih mendapat anugerah ini, Arni berkata;
“Saya rasa gembira dan bersyukur dengan anugerah yang diberikan.Saya tak sangka dan tak terfikir sebenarnya menerima anugerah ini kerana melihat persaingan dan ramai lagi yang layak menerima penghargaan ini.Namun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Tenaga Kerja Dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada perniagaan saya,” jelasnya terharu.
Ads
Berkongsi pengalaman perjalanan awal perniagaan beliau sehingga mampu bertahan sehingga kini.Menurut Arni, dua tahun pertama perniagaan beliau agak mencabar dan tidak berjaya.Pengalaman pernah ditipu dengan duit palsu,dibayar separuh daripada caj perkhidmatan,mahupun pelanggan melarikan diri antara ‘asam garam’ didalam perniagaannya.
Namun berkat kesabaran dan semangat tidak berputus asa, setelah 5 tahun beroperasi dan perniagaannya semakin stabil, Jabatan Tenaga Kerja turut membantu memberikan suntikan modal RM40,000 untuk membeli kelengkapan dan mengembangkan lagi perniagaan beliau. Lebih istimewa, Puan Arni juga mempunyai 8 orang pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) yang memiliki masalah penglihatan yang teruk. Lima lelaki dan tiga perempuan dikalangan golongan belia berumur 21 sehingga 30 tahun yang mahir dalam urutan kaki dan badan.Setiap pekerjanya merupakan pekerja terlatih, sama ada diberikan latihan sendiri mahupun dihantar mengikuti latihan refleksologi di Malaysian Association for the Blind (MAB) di Brikfields.
Perancangan Masa Depan
Terbaru, setelah 12 tahun terlibat dalam perniagaan refleksologi ini, Berjaya Reflexology Centre, sekali lagi terpilih dan mendapat suntikan modal RM50,000 daripada Jabatan Tenaga Kerja untuk melakukan ubahsuai pada premisnya bagi meluaskan lagi perniagaan.Bukan itu sahaja, Jabatan Kebajikan Masyarakat turut memberikan elaun pekerja kepada pekerja-pekerjanya sebanyak RM350 setiap orang setiap sebulan. Bahkan, Puan Arni juga berhasrat menambah lagi perkhidmatan bagi urutan selepas bersalin pula sebagai perancangan masa akan datang.
Hampir 12 tahun melibatkan diri dalam perniagaan refleksologi iaitu pada 2005 sehingga sekarang, Puan Arni kini mampu tersenyum bangga apabila beliau mampu menggajikan 8 orang pekerja yang juga orang kurang upaya di premisnya malah mampu meraih pendapatan kasar lumayan, lebih RM15,000-RM18,000 sebulan!
Ads
Syabas dan tahniah. Semoga, pengiktirafan anugerah yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini mampu dijadikan inspirasi buat golongan OKU yang lain, bahawa tiada halangan untuk OKU untuk turut berjaya.
Info Ekstra!
1.Bulan Kebajikan Negara 2017 merupakan sambutan yang mengiktiraf dan menghargai sumbangan kumpulan sasar dan sekaligus memberikan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat menerusi pelbagai Agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
2.Sebanyak 23 anugerah telah diberikan kepada kumpulan sasar KPWKM bagi menghargai pencapaian dan sumbangan mereka dalam pelbagai bidang.
3.Pelbagai aktiviti disediakan pada sambutan tersebut antaranya pameran perkhidmatan, pertandingan nasyid dan bakat JKM, perkongsian ilmu serta Dialog TN50 bersama Warga Emas, Orang Kurang Upaya dan Sukarelawan.
Ads
4.Bagi memastikan negara bersedia menghadapi status negara tua menjelang tahun 2030 apabila penduduk yang berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15% daripada jumlah penduduk di Malaysia, portal Beautiful Life For Seniors (BLFS) turut dilancarkan bagi memberi hebahan dan perkongsian maklumat kepada warga emas termasuk penyertaan di dalam pelbagai aktiviti termasuk kesukarelawanan dan kemasyarakatan di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru (NBOS).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ashraf Muslim tunai umrah grup pertama ke tanah suci. Bersyukur ke hadrat Ilahi hari ini pelakon terkenal ini memaklumkan dirinya akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah.
Seperti mana yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya, Ashraf berasa sangat teruja apabila dirinya bersama jemaah lain merupakan grup pertama dari Malaysia ke Mekah dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) baharu.
Ashraf Muslim Tunai Umrah Grup Pertama Ke Tanah Suci
“Assalamulaikum.. first of all, saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga saya, sahabat-sahabat saya, rakan-rakan media sosial dan seluruh mereka yg mengenali saya.
“Alhamdulillah, hari ini saya telah dijemput menjadi dhuyuf al rahman untuk ke tanah suci Allah swt.
“Dimana menjadi team pertama dari Malaysia yg membawa jemaah umrah dengan mengikuti SOP yg baru. Allahuakbar , besar betul kuasa Allah.. tiada kata yg boleh terucap dgn Allah selain TERIMA KASIH ALLAH and I LOVE YOU ALLAH! Banyak nak dibetulkan dalam diri yang hina ini. Semoga Allah ampunkan kita semua dan dengar segala rintihan dan kabulkan segala permintaan kita. InsyaAllah.
Rasa Macam Tak Percaya
“Ya Allah, rasa mcm tak percaya.. ya Allah.. Engkau jagalah, lindungilah keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka yg ku sayang serta harta bendaku ya Allah. Permudahkan urusan keluargaku sewaktu ketiadaanku bersama mereka. InsyaAllah, insyaAllah,” tulis Ashraf.
Tolonglah! Jangan rajin jenguk dapur orang ya mak-mak, kena respek tuan rumah masa beraya.
Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Apatah lagi kali ini ramai yang teruja balik ke kampung selepas dua tahun tidak dapat pulang kerana PKP.
Bukan saja pulang untuk menjenguk keluarga tersayang malah ramai yang teruja untuk berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan taulan.
Selain anak-anak muda mak-mak pun pastinya tidak sabar nak menjenguk ke rumah sahabat handai. Dalam keterujaan tu pastikan mak-mak juga menjaga adab.
Biasalah golongan wanita ni kan rajin dan ringan tulang bab mengemas rumah. Apatah lagi selepas menikmati juadah pasti mahu pastikan pinggan mangkuk dan meja dibersihkan. Mungkin sudah lumrah dan kerja seharian mak-mak kan.
Tolonglah! Jangan Rajin Jenguk Dapur Orang Ya Mak-Mak
Namun, dalam mak-mak sibuk menikmati hidangan pastikan anda tidak menjenguk dapur tuan rumah jika mereka tidak izinkan tau! Ingat ya, di sini disertakan panduan adab yang boleh mak-mk gunakan bila berhari raya.
“Kalau Raya di Rumah Orang, kena dengar cakap tuan rumah bila dia kata ‘Eh tak payah susah-susah, biar je kat situ’”
1-Dapur tempat tersorok. Ada kalanya anak bujang tuan rumah tengah sedap makan ketupat dengan muka belum mandi dan bertuala.
2-Dapur selalu jadi tempat last minute sorok benda-benda dari pandangan tetamu, macam baju kelawar, selur dalam, plastik sampah dan bantal busuk.
3-Tuan rumah ada cara tersendiri basuh pinggan. Kalau awak basuh cukup syarat sebab tak nak baju kotor, takut pinggan masih bau hanyir.
4-Sinki mungkin dah penuh dengan periuk belanga. Kalau awak masuk dapur dan letak pinggan mangkuk kotor dalam sinki, lagi susah kerja basuh pinggan.
5-Tak, sekarang ni siapa tuan rumah? Tuan rumah kata tak payah, tak payahlah. Amboi, kat rumah orang pulak nak tunjuk rajin ya?
Siti Nurhaliza hulur bantuan “Ya Allah, saya tak terkata. Semoga Allah SWT permudahkan dan lindungi mangsa-mangsa banjir ini, Ya Allah” begitulah luahan daripada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza seperti mana yang dikongsi di akaun rasmi Instagramnya.
Hujan yang tak henti henti menyebabkan banjir yang teruk melanda Selangor. Sehinggakan beberapa kawasan lumpuh ekoran banjir yang melanda sekitar ibu negeri itu.
Dek kerana prihatin dengan nasib mangsa banjir, Siti Nurhaliza telah turun padang dan bagi menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir.
“Kemaskini tabung Bantuan Khas Palestin, Covid-19 dan Bencana Alam. Sudah dilancarkan untuk bencana alam hari ini.
“Menerusi platform Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid 19 yang dilancarkan sebelum ini, kami juga mengalu-alukan jika ada yang ingin turut serta memberikan sumbangan bagi mangsa banjir.
“Kita usaha apa yang terbaik dan termampu, saya juga akan meminta pihak Kita Fund untuk membuat tambahan objektif tabung tersebut kepada bantuan bencana alam.
Terima Kasih Yang Menyiapkan Bungkusan
“Terima kasih kepada pihak Mydin USJ kerana telah berusaha bertungkus lumus menyiapkan bungkusan makanan untuk diagihkan seberapa segera.
“Yayasan Nurjiwa berusaha untuk bantuan ini sampai kepada mangsa banjir di kawasan berdekatan seperti Shah Alam.
“Orang ramai boleh menyumbang untuk bantuan banjir ke Tabung Bantuan Khas Palestin dan Covid-19 yang dilancarkan oleh Yayasan Nurjiwa dan CTDK bersama Kita Fund sebelum ini. Untuk menyumbang, sila klik link ini https://kita.fund/YNJCTDKHoldings atau terus ke laman web Kita Fund,” tulis Siti.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...