mainan

Tanggunjawab mak ayah bukan hanya sekadar membelikan mainan untuk anak bermain.Paling penting harus pastikan mainan tersebut selamat malah mampu menggalakkan perkembangan dan merangsang otak anak-anak untuk berfikir dengan kreatif.

Tular di laman sosial baru-baru ini, kanak-kanak tersepit jari pada mainan dan mengakibatkan kuku dan isi jarinya terpaksa dipotong.Aduh seram, bila memikirkan kesakitan yang anak kecil tersebut kena lalui.Mak ayah memang perlu menjadi lebih ‘pemilih’ dalam membeli mainan untuk anak-anak ni.

Menerusi perkongsian oleh seorang ibu muda Puan Izyan Izdihar Shaarani , beliau kongsikan 4 jenis permainan yang mak ayah boleh belikan untuk anak-anak bagi menggalakan dan meningkatkan kemahiran mereka berfikir.Namun, ini hanyalah perkongsian peribadi beliau, permainan yang beliau berikan untuk anaknya, Iman yang berumur 6 tahun. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mak ayah yang masih mencari permainan sesuai untuk anak-anak juga.

Berikut antara perkongsian beliau;

“Apa yang saya buat selama enam tahun ini yang menyebabkan Iman dilihat sebahagian orang seperti kuat berfikir.Ada yang minta saya kongsikan gambar koleksi mainan iman sebab dia nak tahu bagaimana saya inculcate kemahiran berfikir itu.Ia suatu proses yang bukanlah complicated dan sebenarnya dilakukan tanpa sedar”.

1. Puzzle

Ibu Muda Ini Kongsi 4 Jenis Mainan Yang Bukan Sahaja Selamat, Malah Galakkan Anak Untuk Berfikir!

Bila saya jumpa puzzle, saya akan beli.Kadang harga puzzle ni mahal. Tapi saya gigihkan hati beli jugak. Bukan sebab mampu, tapi sebab percaya kepada manfaatnya.

Puzzle ni akan buat dia berfikir.Dia akan cuba selesaikan apa apa cabaran dalam puzzle dan itu membuatkan dia paksa sel otak dia berhubung.

Bila otaknya kerap diasah, dia akan cepat berfikir jika ada sesuatu masalah berlaku. (Sebab tu dia tak boleh main accept je apa yang ibu cakap, dia akan minta ibu justify).

Bila ada masalah, dia akan tanya kenapa, bagaimana, bila, apa.

2. Building Blocks

Ibu Muda Ini Kongsi 4 Jenis Mainan Yang Bukan Sahaja Selamat, Malah Galakkan Anak Untuk Berfikir!

Saya belikan dia blocks sejak dia baby lagi. Setiap tahap umur berbeza, dia perlukan saiz blocks yang berbeza.Bila saiz tu makin kecil, makin tinggi skill yang diperlukan untuk membina.

Ni memang latihan minda. Dia akan cipta macam macam benda dan cuba terjemah apa image yang bayangkan dalam kepala dia menjadi objek fizikal.

Bila umur dia 4 tahun dia dah boleh membina model lego seperti yang ditunjukkan dalam buku panduan Lego tu. It takes a huge brain process bagi kanak kanak usia 4 tahun untuk sort pieces of lego tu dan combine accordingly to build a model.

Bukan sebab dia bijak, tapi sebab brain dia dah biasa dipaksa untuk berfikir.

3. Brain-Based Board Games

Ibu Muda Ini Kongsi 4 Jenis Mainan Yang Bukan Sahaja Selamat, Malah Galakkan Anak Untuk Berfikir!

Bila umur dia 4 tahun ++, saya ajar dia main Chess, sahibba, word building blocks dan seangkatan dengannya.Games jenis ini buat dia berfikir secara logik, kritikal dan belajar taktikal.

Dia memang akan kalah bila main dengan kita. Tapi kita kena pandai bina intrinsic motivation dia supaya dia cerna yang practice makes perfect.

Kalau nak menang, kena fikir!

4. Writing Board

Ibu Muda Ini Kongsi 4 Jenis Mainan Yang Bukan Sahaja Selamat, Malah Galakkan Anak Untuk Berfikir!

Sejak kecik saya beri banyak buku kosong pada dia. Dah besar sikit saya belikan white board kecik. Umur 5 tahun saya belikan white board besar.Semua ni untuk dia brainstorm idea dia. Dia akan lukis tulis apa apa je lah yang terlintas kat kepala dia.

Perlu untuk kanak kanak keluarkan apa yang dia fikirkan dalam kepala dia. Setengah orang dewasa pun kadang idea dalam kepala ada, tapi nak keluarkan tu tak tahu macam mana. Jadi board itu jadi outlet untuk dia terjemahkan semua idea yang terkepung dalam kepala dia.

Ha cukuplah saya kongsi 4 kategori mainan dia tu dulu.

It is a long journey.

Disamping memilih permainan,Communication kita dan dia play important role in promote thinking. (Post lain)

Parents role in spending quality time dengan anak anak juga matters. (Post lain)

Wujudkan persekitaran ilmiah yang induce dia untuk turut juga rasa learning is fun juga significant. (Post lain)

Uih penat.
Panjang betul dah menaip.

Haha!

Akhirul kalam, moga perkongsian ini tidak disalah erti, tidak di hakimi, tidak di putar belitkan maksudnya.

Bukan nak sarankan semua ikut langkah saya, tapi ia perkongsian buat mereka yang bertanya dan yang ingin ambil manfaat daripada nya.

Moga moga ia bermanfaat dan membawa erti.

Sumber: Izyan Izdihar Shaarani

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI