Terlebih berjaga pada waktu malam, selalu membuatkan wanita kerap lapar dan suka makan lewat malam. Kadang nak paksa tidur pun tak selesa bila perut kosong, akhirnya pilihan yang ada anda terpaksa sumbat makanan walau lewat malam. Tapi mungkin juga beberapa faktor ini berkait…
1. Stres
Ketika kepala penuh masalah, alternatif dicari untuk menimbulkan rasa gembira. Makanan akan membuatkan seseorang berasa kenyang dan puas hati. Lama-kelamaan makan menjadi tabiat dan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang banyak.
2. Salah tafsir rasa haus dengan lapar
Otak tak dapat membezakan rasa haus dengan lapar. Jadi sebelum mencari makanan pada waktu malam, minumlah air kosong dahulu. Jika masih juga lapar, barulah mencari makanan yang sesuai pula.
3. Waktu makan tak tetap
Makan tidak tetap atau makanan yang diambil pada waktu siang tidak memuaskan kehendak diri. Ya, inilah jadi dorongan buat anda rasa lapar pada waktu malam. Cara atasi, anda perlu sediakan makanan dari rumah atau beli makanan yang disukai dan bawa sebagai bekalan di pejabat. Aturkan juga untuk makan lima kali sehari dengan jumlah kalori sebanyak 400 kalori sahaja setiap kali makan.
Ads
4. Suka makan gula
Jika anda suka makanan manis pada waktu pagi, tengah hari dan petang, badan anda pasti akan ketagih gula. Akibatnya pada waktu malam, ibu hamil teringin makanan manis atau berkarbohidrat. Gantikan gula dalam makanan dengan buah-buahan dan mengunyah gula-gula getah ataupun mendisiplinkan diri untuk elak makan makanan yang bergula.
5. Amalan ringan elak makan malam
Amalkan makanan berserat tinggi, minum air kosong secukupnya dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari. Percayalah amalan ini boleh melawan rasa lapar pada waktu malam hari.
Ads
Haaa… tetapi kalau anda kerap sangat tidak dapat melawan rasa lapar, anda boleh consult dengan doktor sebab risau pula jika ada masalah lain.
Ads
Nota:
Ramai yang diet dengan cara elak sarapan, sudahnya makan waktu malam berlebihan sebab pagi dah kelaparan. Salah tu, cara terbaik adalah jangan skip sarapan pagi, tengah hari dan elak makan malam!
Sebagai mak ayah adakala kejahilan kita boleh mengakibatkan nyawa anak tergadai sekaligus boleh menjadi punca kematian.Jika anak sakit, mak ayah perlu mempunyai ilmu agar tidak mempertaruhkan nyawa mereka dengan mencuba petua mahupun nasihat yang pelik-pelik. Ini kerana ia mampu memberi kesan yang lebih buruk pada anak.
Menjadi kebiasaan bayi yang baru lahir akan menghidap jaundice atau demam kuning. Namun demikian, jangan mudah panik dan cepat risau bila anak kena demam kuning ni.Elak beri anak ‘penawar’ seperti minum perahan anggur, sengkuang cina dan sebagainya, kerana ia amatlah tidak sesuai dengan usus bayi. Sebaiknya dapatkan rawatan doktor untuk tindakan lanjut.
Semoga kisah yang dikongsikan oleh Puan Rda Aurora ini, memberi pengajaran buat mak ayah lain.
Tak tahu nak share macam mana kisah yang berlaku pada diri sendiri. Tapi harapnya kisah ini akan dibaca & diambil pengajaran.
Tanggal 26/12/16 lahirlah seorang putera sulung yang dinamakan Muhammad Furqan b. Muhammad Luqman. Subhanallah. Bersih sekali wajah anak tanpa dosa.
Hari ke 2 dirumah.Nurse datang cek jaundice baby. Alhamdulilah semua ok. Tapi baby tak berak. Well.. parent rasanya dah boleh risau kot kalau dah 4-5 hari baby tak berak. Yang kulitnya putih bersih dah bertukar kekuningan. Mata pun kuning. Sedaya upaya susukan baby tiap-tiap malam. Tapi tetap tak berak.
Keesokan harinya terus ke Klinik Lily which is klinik tempat furqan dilahirkan. Disebabkan ibu dalam pantang & luka jahitan terasa sakit & ngilunya lagi. Jadi ayah Furqan ditemani tokmi Furqan ke klinik. Diringkaskan cerita dari bagi ubat berak yang masuk kot punggung tu. Terus dalam kereta baby berak penuh satu pampers.
Alhamdulillah. Lega ibu.
But. Kesedihan & kebimbangan ibubapa muda yang baru menimang anak 1st tak habis sini jer. Jaundice Furqan makin tinggi. Bacaan nya dah cecah 180+ kalau tak silap time tu. Menangislah ibu risaukan anaknya kena ambil darah bagai.
Tambah-tambah bila baca keburukan jaundice pada baby boleh bagi kesan pada kerosakan hati. Allahurabbi.
Naaaahh.. sini lah mulanya episode mencari penawar untuk jaundice Furqan. Tiap-tiap 3 hari mesti pergi ke klinik untuk cek bacaan jaundice.
Ramai yang suggest bagi minum perahan anggur, sengkuang cina semua tu. Ni semua cadangan dari orang-orang tua yang katanya penuh ilmu kebidanan. Ade yang suruh campur dengan susu kambing asli. You know what. Nak anak sihat tapi takde ilmu. Ikut telunjuk orang. Orang kata A kita pun A. Orang kata B kite pun B. Last yang jadi mangsa anak kecil yang baru buka mata melihat dunia.
As a mom.. for sure sampai sekarang aku rasa bo*oh & bersalah sebabkan anak sendiri sakit & warded. Tahu apa yang jadi lepas aku bagi semua tu?
Baby berak berdarah. Satu pampers najis bercampur darah. Tahu kenapa? Sebab usus baby yang baru lahir hanya boleh hadam susu ibu sahaja. Tak boleh benda lain. Even formula milk pun kena yang betul-betul untuk new born. Kau tak boleh bagi yang bayi 6m++.
Usus furqan luka disebabkan semua benda yang aku bagi even setitik 2 titik. Lagi bertambah hilang akalnya bila baby berak berdarah. Hari tu juga ayah Furqan bawa pergi klinik & klinik buat surat untuk masukkan ke hospital. HRPZ.
Suami whatsapp bagitau baby kena masukkan ke hospital & mintak aku siap-siap semua baju-baju. Menangislah untuk sekian kalinya. Jahitan masih belum kering sepenuhnya. Sebab aku 3rd tears degree. Memang tak boleh duduk. Just boleh baring & jalan. Demi anak.. gagahkan juga diri.
And as expected, semua yang aku takutkan dihospital berlaku depan mata. Sekelip mata dah berada dalam wad baby. First masuk baby kene x-ray & ambil darah kat kaki. Furqan anak yang tersangat baik. Diantara puluhan baby dalam wad tu, furqan tak nangis pun. Diam jer dia. Ibu tatap anak ibu dengan sebak. Tiba-tiba ternangis pulak. Semua penyesalan ada.
Diantara ibu-ibu dalam tu. Rasanya aku paling aktif. Tak pernah tinggalkan furqan walaupun nurse suruh masuk bilik & tinggalkan baby. No no no. Memang tak lah. Aku tercegat kat situ tunggu baby bangun tidur. Tapi furqan ni sejenis tak boleh dengar bunyi walaupun sikit. Mesti tak boleh tidur.
Waktu terasa lambat berjalan. Suami pulak boleh masuk time-time tertentu jer. Dalam 5 hari di hospital. Macam-macam berlaku kat furqan. Pengalaman pahit yang takkan pernah aku lupa. Haishh.. kalau ingat balik menitis ayaq mata oii..Ibu terasa nak menjerit & mintak maaf sebab kejahilan ibu jadikan anak ibu mangsa keadaan.
Tangan Furqan membengkak disebabkan kecuaian staff kat situ. Mesin tak beroperasi dgn baik. Aku pulak yang kalut cari nurse bertugas. Mesin antibiotik furqan tersangkut & bunyi beep beep kuat sangat. Menganggu baby-baby lain nak tdur.
2 kali tukar mesin tapi tak menjadi. Last-last nurse tu tolak syringe yang besar gedabak tu masukkan terus. Ape lagi menangis tak bersuara Furqan tahan sakit. Aku pun nangis jugak. Keesokan hari membengkak tangan furqan. Aku hanya tidur 2-3 jam sehari. Semalaman jer terlelap & ada doktor datang ambil furqan tanpa bagitau aku sepatah.
Datang bagi balik dengan baju hijau hospital yang penuh darah. Sebelum tu aku dengar je suara furqan menangis kuat. Mungkin doktor tengah ambil darah. Betul la.. kat tangan baby dah lebam-lebam. Aku ambil baju baby dalam almari hospital & tukar. Hari tu aku nekad untuk bawa baby keluar.
Actually. Masuk hari ke2. Furqan dah tak berak berdarah. Doktor pakar datang follow up hari-hari dah takde ape-apa masalah. Cuma diorg still nak ambil darah & pantau. Aku pun selama berada disitu selalu tenangkan hati. Pergi ronda-ronda tengok baby yang jauh lagi sakit dari Furqan. Ada makcik yang sebilik dengan aku dah 3 bulan dalam hospital. Well.. dia lagi tabah kot. Huhu.
To all parents out there. Beware!!!! Jangan biarkan kejahilan kita membunuh anak sendiri. Refer to hospital. Jaundice majoriti bayi ada. Jangan panik & cepat risau. Ikut cakap doktor. By the way furqan prolong jaundice. 2 bulan still kuning tak hilang.
Same goes dengan resdung ada ulat. No! Resdung takde ulat. Jangan mudah tertipu pergi sedut asap merata-rata.
And I? I am ready for the 2nd inshaAllah. Selalu tambahkan ilmu parenting.
Jika bermanfaat. Tekan share supaya ibubapa tidak terikut-ikut dengan cara yang boleh membahayakan baby kita.
Resepi sosej ayam ini mudah saja nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak menggunakan bahan pengawet. Cuma 30 minit saja diperlukan untuk mengukus.
“Alhamdulillah, cubaan pertama buat sosej sendiri menjadi. Tak ada bahan pengawet lagi. Anak-anak pun suka makan.” Inilah resepi sosej ayam yang dikongsikan oleh Puan Liza Sabran.
Ayam
Lobak
2 biji telur
2 sudu tepung gandum
Garam dan separuh kiub ayam
1. Blendkan daging ayam, sayur (saya guna lobak merah je), telur 2 biji, garam dan separuh kiub ayam. Tambahkan sikit air kalau terlalu pekat.
2. Gaulkan dengan 2 sudu tepung gandum.
3. Kukus lebih kurang 30 minit atau hingga masak.
4. Potong-potong ikut suka
5. Celupkan telur dan goreng.
Mudah sajakan. Nanti lebihan sosej ayam itu kena masukkan dalam peti beku. Tapi, memandangkan tak gunakan bahan pengawet ia taklah bertahan sampai berbulan lamanya.
Akibat gurauan ‘terlampau’ pada bayi yang baru lahir, 3 orang jururawat hospital di Arab Saudi dipecat dan ditamatkan perkhidmatan mereka. Memetik laporan Daily Mail, sekumpulan jururawat Arab Saudi dipecat selepas merakam video menunjukkan mereka ketawa sambil ‘memenyekkan’ muka seorang bayi baru dilahirkan yang dirawat kerana jangkitan kuman.
Ibu bapa bayi berkenaan menyedari perbuatan tidak senonoh mereka selepas rakaman itu tersebar dalam talian dan dikongsikan di media sosial.Dalam video itu, seorang jururawat dilihat memegang bayi itu pada tengkuk dan lehernya sebelum memicit muka bayi berkenaan manakala rakannya didengar ketawa.
Tiga jururawat di hospital bersalin di Taif, Arab Saudi itu, kemudian dikenal pasti dan diambil tindakan.
Jurucakap Hal Ehwal Kesihatan Taif, Abdulhadi Al-Rabie berkata, pihaknya menyiasat sumber video dan mengenal pasti jururawat serta hospital tempat ia berlaku. Jururawat tersebut ditamatkan lesen kejururawatan dan dihalang daripada meneruskan kerjaya dalam bidang ini.
Bapa bayi berkenaan memberitahu media tempatan, anaknya dimasukkan ke hospital selama 10 hari untuk rawatan jangkitan kuman pada saluran kencing. Katanya, dia terkejut melihat video itu dikongsikan meluas di media sosial.
Pengguna media sosial turut menyelar perbuatan itu.
“Beraninya mereka berbuat begini. Tiga jururawat itu patutnya bersyukur saya bukan ibu bayi itu. Pasti saya penyekkan muka mereka dengan lebih kuat lagi!” kata seorang pengguna.
Issk, macam-macam hal, yang pastinya memang gurauan ni melampau dan melanggar etika, jururawat tersebut juga telah menerima hukuman yang setimpal.
Seramai 5.5 juta ahli mengeluarkan RM19.87 bilion daripada Akaun Fleksibel KWSP setakat 31 Mei lalu. Pengeluaran digunakan untuk keperluan harian manakala sebahagian ahli tidak dapat membuat pengeluaran kerana baki simpanan terlalu rendah.