Wahai ibu, ketahuilah sebenarnya sejak usia anak 6 bulan, ibu dah boleh ajar anak-anak untuk makan sendiri. Nor Robaniyah, Penyelia di Taska Nur Husna – Bondamama Kids Centre berkongsi tip untuk mak ayah latih anak makan sendiri.
Banyak kelebihan pada anak, terutamanya dapat membina keyakinan diri mereka. Dan menjadikan anak lebih berdikari menguruskan diri mereka sendiri. Jika di taska, tentunya lebih mudah. Kata Nor Robaniyah, ada cara macam mana mak ayah nak latih anak makan sendiri di rumah.
Patutlah Di Rumah Dia Tak Mahu Saya Suap..
Seorang ibu yang anaknya berusia lingkungan 2 tahun dijaga di taska saya, pernah bertanya. “Puan, Anak saya di taska makan sendiri atau di suap?”
Apabila saya jelaskan yang anaknya kami latih makan sendiri, “Patutlah di rumah dia tak mahu saya suapkan. Dia nak makan sendiri. Terima kasih Puan ajar anak saya. Saya suka dia pandai berdikari nak makan sendiri.”
Begitulah keterujaan seorang ibu bila melihat ada peningkatan dalam kemahiran anaknya.
Kebiasaannya para ibu kurang berkeyakinan dan kesabaran bila anak makan comot, lambat, makan bersepah atau tumpah. Sedangkan mengajar anak kecil makan sendiri adalah mendidik mereka lebih yakin diri. Dan bersifat berdikari dalam menguruskan hal sendiri.
Ads
Ibu juga boleh melakukan urusan lain sambil memantau anak ketika mereka makan.
Tip Ajar Anak Makan Sendiri Di Rumah
Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk ajar anak makan sendiri di rumah.
Ads
1. Sediakan kerusi dan meja yang bersesuaian untuk kanak-kanak ketika mereka makan. Jangan gunakan meja makan biasa kerana kedudukan meja yang lebih tinggi dari badan menyukarkan mereka menyuapkan makanan. 2. Kita boleh didik anak makan sendiri sedari usia anak 6 bulan lagi. Kanak-kanak pada usia ini lazimnya sering memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. Pada peringkat permulaan, ajar mereka makan biskut atau makanan yang lembut seperti buah-buahan. 3. Apabila anak sudah mencapai usia 1 tahun ke atas, kita sudah boleh didik mereka makan nasi menggunakan sudu. Boleh juga makan menggunakan tangan cuma risiko makanan bersepah lebih tinggi kerana anak kecil akan bermain dengan makanan. 4. Makanan seperti sayur, ayam, ikan, telur atau kentang perlu dipotong atau dicarik menjadi lebih kecil. Ini mengelakkan anak akan tercekik ketika makan.
Guna Mangkuk Kecil
5. Untuk mengurangkan tertumpah makanan, ibu-ibu boleh gunakan mangkuk kecil agar anak mudah menyenduk makanannya. 6. Gunakan mangkuk dan sudu plastik bagi mengelakkan kecederaan ketika menyuap atau pecah jika terjatuh ke lantai. 7. Jika ingin memasukkan kuah, elakkan mengisi kuah yang banyak ke dalam mangkuk anak-anak. Tuangkan sekadar yang perlu sahaja. 8. Pada waktu ini, anak perlu kerap dipantau bagi mempercepatkan tempoh mereka menyuap makanan. Ibu-ibu perlu memberi galakkan kepada anak agar mempercepatkan makan. Cakap dengan lembut dan berhemah dengan cara pujukan. Jangan memarahi mereka.
Jangan Hidang Anak Air
9. Sering betulkan pegangan sudu pada tangan atau kedudukan pinggan agar lebih hampir dengan badan anak bagi mengurangkan makanan lebih banyak tertumpah di luar pinggan. Sering pastikan anak-anak memegang sudu dengan tangan kanan sebab kebiasaannya mereka akan menukar pegangan sudu ke tangan kiri. 10. Waktu anak makan, jangan hidangkan mereka dengan air. Biarkan mereka makan sehingga habis, barulah diberikan air minuman. Ajar mereka memegang cawan sendiri semasa minum air dengan pantauan kita. Boleh juga gunakan cawan yang bertangkai bagi memudahkan mereka memegang cawan. 11. Pastikan anak membasuh tangan sebelum dan sesudah makan. Mulut juga perlu dibersihkan sebaiknya ketika membasuh tangan selepas makan. 12. Bagi beragama islam, didiklah anak sebelum makan dengan membaca Bismillah atau doa makan sebelum mereka makan dan ajar mereka mengucap Alhamdulillah selepas mereka makan.
Sebagaimana sabda Nabi SAW :
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ : بِسْمِ اللَّهِ، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ : بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
Maksudnya : “Sekiranya seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (Bismillah). Sekiranya dia terlupa (menyebut nama Allah) pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).” [HR al-Tirmizi (1858)]
Di dalam hadis yang lain, Nabi SAW ada bersabda :
سَمِّ اللَّهَ، وَكُلْ بيَمِينِكَ، وَكُلْ ممّا يَلِيكَ
Maksudnya : “Bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang paling hampir denganmu.” [HR al-Bukhari (5376) dan Muslim (2022)]
Semoga dengan tip-tip ini dapat membantu ibu-ayah di luar sana yang kurang berkeyakinan ingin mengajar anak makan sendiri. Semoga bermanfaat untuk semua. Insya-Allah…
Pelakon Linda Rafardan Abby Abadi nampak gayanya geram sungguh dengan aksi seorang cikgu yang tanpa alasan kukuh telah memukul salah seorang pelajarnya sampai terpelanting dari kerusi.
Video yang dimuat naik dalam lama instagram kedua artis ini mendapat reaksi yang sama daripada follower mereka. Rata-rata terkejut dengan tindakan di luar batasan sebagaimana seorang guru seharusnya bertindak.
Kata Linda Rafar dalam instagramnya itu, “Perhatian! Tolong viralkan. Sape cikgu giler ni main pukul je anak orang tanpa sebab. Sape tau dan kenal perempuan ni.
“Tolong viralkan muka dia sekarang. Sape tahu tadika or taska mana. Dengar cikgu lain pun pukul jugak.”
Dah Tahu Tak Sabar, Nak Juga Jaga Anak Orang
Emosi yang sama turut dikongsikan oleh Abby Abadi. Abby menyangkal tindakan guru tersebut yang disifatkan tiada kesabaran, tetapi masih mahu menjaga anak orang lain.
“Ini bukan kesilapan, ini memang setan! Dah tahu tak ada kesabaran nak jaga anak orang, kerja dekat tadika untuk apa?”
Tambah Abby lagi, “Hai la akak-akak. Kalau anak saya ni, saya buat benda yang sama kat akak-akak balik. Saya tak boleh benda benda gini.”
“Budak itu tak ada buat salah apa pun! Kalau pun ada salah, siapa kau nak pukul anak orang macam tu? Mak bapa anak-anak ni meh ajak kita sekali cepuk penjaga-penjaga ni. Geram ni!”
Betul Ke Orang Melaka?
Bagaimana pun Abby sekali lagi memaklumkan tidak pasti dengan lokasi kejadian tersebut. Malah Abby merayu agar pihak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan lanjut.
“Tak pasti dimana. Tapi dimaklumkan di Melaka. Betul ke orang Melaka? PDRM mohon bertindak. Dah tangkap nanti, mohon mahkamah janganlah jatuh hukum manja-manja, bagi lebih sikit.. biar diaorang tahu erti penyesalan.”
Betullah seperti apa yang disarankan oleh Linda Rafar dengan Abby Abadi itu. Walau beremosi macam mana sekalipun seorang pendidik, tidak seharusnya melepaskan geram pada anak-anak murid yang masih suci hatinya.
Kerana nanti akhirnya, andalah sebenarnya yang sedang mengajar anak itu untuk menjadi seorang pendendam dan panas baran.
Anak-anak adalah permata keluarga. Bagi memastikan dirinya terus bersinar, pendidikan yang baik harus diberikan. Ini kerana pendidikan atau ilmu adalah hak bagi seorang anak demi mengisi akalnya dengan baik.
Hanya dengan ilmu akal dan hatinya dapat menemukan makna yang terbaik buat diri dan lanjutan daripada itu akan lahirlah sebuah peribadi yang baik dan sejajar dengan nilai-nilai yang ditetapkan dalam Islam. Ia bermula dengan ilmu. Ikuti perkongsian daripada Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhammad, pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia.
Penyerapan Maklumat
Apabila bercakap soal ilmu, ia amat berkait dengan platform pendidikan bagi anak-anak. Tidak kira dalam konteks sekolah mahupun di rumah seharusnya dikotomi pendidikan tidak berlaku. Pembelajaran bukan hanya bertempat di sekolah. Ia harus bermula sejak anak mula mengenal alam kehidupan sehinggalah dia kembali ke liang lahad. Inilah hakikat pendidikan.
Bagi menentukan ilmu yang baik dapat disematkan, kita harus faham dan bijak meletakan keutamaan dalam pendidikan mereka. Sebagaimana yang kita ketahui, anak-anak ini pada awal usianya mudah menyerap apa sahaja maklumat yang terdapat dalam persekitarannya. Malangnya, dia belum mampu menyaring maklumat tersebut. Semua maklumat tersebut akan diserap secara “lump sum”.
Didik Anak tentang Sang Pencipta
Oleh sebab kehebatan mindanya ketika ini mampu menyerap segala jenis maklumat maka maklumat yang diberikan haruslah yang berbentuk asas dan penting dalam kehidupan sebagai seorang manusia iaitu yang memiliki tugas sebagai hamba dan khalifah Allah.
Pendidikan ini adalah pendidikan tentang tauhid dan iman yang memberikan anak pengetahuan dan makna bahawa dirinya adalah hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab yang harus ditunaikan demi untuk mendapat reda dan cinta Allah seperti bersyukur, mengenali Allah sebagai pencipta dan Tuhan Yang Esa.
Di samping itu, tetap berperanan sebagai khalifatullah yang bertanggungjawab mengelola urusan keduniaan sebaik mungkin kerana Allah. Di sini, anak-anak harus dididik tanggungjawab ibadah seperti tatacara bersolat, membaca Al-Quran dan pendedahan terhadap amalan-amalan beragama yang lain.
Saring Maklumat
Dalam pada itu, kekurangan mindanya yang masih belum mampu menyaring maklumat pula harus di pandu dengan menyaring terlebih dahulu maklumat yang ada dalam persekitarannya dan memberikan panduan berkala tentang apa sahaja maklumat yang sampai ke dalam persekitarannya. Di sini, ibu bapa harus berperanan sebagai contoh teladan yang terbaik untuk anak-anak. Kita harus berkorban dan berusaha sedaya mungkin untuk melakukan hijrah kepada yang lebih baik.
Prestasi dan akhlak diri harus dipertingkatkan, sunah-sunah Rasulullah s.a.w harus dijadikan panduan hidup bagi mencapai keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Perubahan ini akan membentuk persekitaran keluarga yang lebih positif dan membantu persekitaran tumbesaran anak-anak yang jauh lebih baik.
Pendidikan Tauhid
Oleh yang demikian, pendidikan yang harus menjadi keutamaan dalam mendidik anak-anak adalah pendidikan tauhid agar kehidupan anak dipasak kuat dengan pengenalan dan penggantungan yang tinggi kepada al-Khaliq yang Maha Besar. Pendidikan tauhid ini adalah hak anak-anak untuk kita penuhi.
Jika kita rasa tidak mampu menyediakan perkara tersebut dengan baik maka kita harus berusaha menambahkan ilmu berkaitan dengannya, melakukan perubahan diri dan persekitaran dalaman keluarga dan melakukan peneguhan dengan menghantarkan anak ke persekitaran sekolah yang memiliki hal tersebut agar anak-anak tidak terlepas daripada memilikinya.
Tetap Penting
Apabila menceritakan soal prioriti atau keutamaan, ia bukanlah menolak terus-menerus pendidikan berbentuk akademik seperti Matematik, Sains dan sebagainya. Malah kesemua ini amat penting untuk diketahui bagi melengkapkan dirinya selaku manusia yang memegang jawatan sebagai khalifatullah dan bertanggungjawab untuk mengelolakan alam.
Oleh yang demikian, pendidikan harus diberikan dengan baik kepada diri anak, dengan mengutamakan pendidikan tauhid, ibadah dan akhlak kemudian ilmu pengurusan diri dan persekitaran menerusi subjek-subjek akademik yang lainnya. Wallahualam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalu kita dengar, lelaki akan mula nampak berubah selepas kahwin. Dulu boleh lepak kedai mamak dengan kawan, sekarang hanya terperap di rumah. Hubungan dengan adik beradik makin renggang dan rajin pula buat kerja rumah.
Mesti ada yang akan cakap sebab takut bini atau selalu ikut kata isteri. Lebih memeritkan bila semua ini datangnya daripada mulut adik beradik pasangan itu sendiri. Sedangkan suami berubah selepas kahwin atas kehendaknya sendiri dan bukan disebabkan isteri.
Sedihnya bila isteri pula di fitnah kerana suami. Namun, tak dinafikan ada sesetengah suami berubah selepas kahwin kerana isteri. Adakah kerana terlalu sayang isteri atau sebab isteri ‘queen control’. Kita tak tahu.
Jadi, janganlah cepat fitnah isteri kalau suami berubah selepas kahwin. Ada sebab munasabahnya. Antara contoh yang selalu isteri difitnah kerana suami adalah seperti yang dikongsikan ini.
Sebab, bila suami buat sesuatu semua orang melulu tunding jari pada isteri beliau.
CONTOH; 1. Suami suka makan maggie, orang fitnah isteri nya malas masak @ tak pandai masak . Walhal memang kegemaran @ kehendak suami sendiri nak makan maggie .
2. Suami malas & tak nak pergi melepak dgan kawan-kawan dan kawan-kawan pun fitnah si isteri suka & kuat PAGAR & CONTROL suami. Walhal mmg kehendak sang suami sendiri memilih tak nak keluar & hanya berada di rumah, tidak mahu pergi ke mana mana.
3. Suami kurang berkunjung dan jarang ziarah ke rumah ibu bapanya . Lalu isteri juga dipersalahkan, fitnah isterinya tak bagi dan tak izinkan. Katanya isteri pula yang tak suka. Sedangkan si suami sendiri yang ingin berehat setelah lelah bekerja seharian, sukar mencuri masa ..
4. Suami beli motor @ kereta baru, mereka terus menuduh isterinya yang suka bermewah dan menyuruh si suami membuat pinjaman loan.. Walhal, memang kehendak & minat suami.
5. Suami renggang dengan adik beradiknya, ipar duai serta saudara mara , dituduh isteri tidak suka & halang untuk bergaul bersama keluarga. Walhal, si suami sendiri yang berperangai moody .
6. Suami hadiahkan barang berharga untuk isteri. Dijaja nya kepada semua orang yang si isteri mata duitan dan pentingkan harta benda ! Eh sedangkan si suami ikhlas untuk menghadiahkan kepada si isteri !
Jangan Adili Dan Siasat
Dalam sedar x sedar ia MEMANG TERJADI ANTARA KALANGAN KITA SEKARANG . Cuma masih yang menafikannya.
SEMOGA YANG MENGALAMI NYA SEKARANG, kekal tabah apa pun jua keadaan, jangan hiraukan apa tanggapan org yang tak betul. Asalkan suami isteri hidup aman bahagia
Bukan menyalahkan si suami, tapi orang luar yang lebih suka mengadili sendiri.
Jangan la bertindak melulu menunding jari terus ke arah isteri. Ingat, kita tak boleh samakan seseorang itu dulu dan sekarang, sedangkan ombak di laut pun boleh berubah, inikan pula perangai manusia .
Lebih baik siasat dan berdiam diri, begitu juga di sebalik nya. Jika sang isteri berkelakuan tidak baik, jangan terus tuduh melulu ke arah suami.. cukup lah kita memberi nasihat, teguran, dan menjaga diri kita sendiri
Mingguan Wanita : Betul sangat, selalu salahkan isteri kalau suami berubah dan tak macam dulu.
Sumber: Coretan ikhlas dari Alisya Honey Vsl Johor
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...