“Papa Sudah Tiada” begitulah berita sedih yang disampaikan anak angkat kepada penyanyi & pelakon veteran Jaafar Onn. Dikhabarkan Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir  pada usia 72 tahun di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada jam 11.30 pagi tadi.

“Papa Sudah Tiada” 

Seperti yang dilaporkan, berita sedih itu disahkan anak angkatnya Mohamad Hanif Hashim menerusi mesej WhatsApp kepada rakan-rakan artis antaranya penyanyi, Haiza.

“Assalamualaikum, untuk pengetahuan semua papa dah tiada. Dah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mana-mana yang terdekat yang nak melawat papa bolehlah datang sekarang,” tulis hanif ringkas.

Arwah Alami Pendarahan Ketika Buang Air Besar

Sebelum ini media melaporkan, Allahyarham telah dimasukkan ke wad kerana mengalami pendarahan ketika membuang air besar semalam.

“Pada mulanya, papa mengadu sakit perut dan nak buang air besar selepas minum air untuk cuci perut tengah hari semalam.

“Saya terus bawa papa ke klinik kerana dapati papa membuang air besar berdarah dan tekanan darah serta paras hemoglobinnya juga rendah.

“Doktor di klinik itu pula meminta saya hantar papa untuk buat pemeriksaan selanjutnya di hospital,” ungkap Hanif seperti mana dipetik Harian Metro.

Sambung Hanif, Allahyarham Jaafar pernah tiga kali mengalami pendarahan ketika membuang air besar sebelum ini.

“Papa Sudah Tiada” Penyanyi & Pelakon Veteran Jaafar Onn Meninggal Dunia,

IKLAN

Baca Disini : Suami Meninggal Dunia, Isteri Nak Tuntut KWSP Sebagai Harta Pencarian, Ini Fakta Peguam Syariah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaafar Onn (@jaafar_onn51)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by حيزا (@haizahanafi)

Sumber : Harian Metro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN

Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI