Perlu diambil perhatian bahawa panggil sayang terhadap lelaki bukan suami, secara tersembunyi atau terang-terangan adalah maksiat dan HARAM. Ia bukanlah perkara yang ‘sweet’ atau manis untuk dijadikan inspirasi apatah lagi jelas bertentangan dengan ajaran agama.
Untuk faham lebih lanjut, hadam betul-betul dan berlapang dada dalam menerima teguran daripada Dr Syahr Musafir ini.
Sudah lebih daripada 1 video artis wanita berniqab itu viral bersiaran langsung berdua dengan lelaki digelar ustaz, dan terbaru viral video wanita itu memanggil lelaki yang bukan suaminya itu dengan gelaran sayang.
Saya tahan tangan daripada menulis. Benda viral depan mata, netizen-netizen dok cakap sweet, comel, bahagia, nak jadi couple macam tu juga, saya rasa salah jika saya tak tulis.
I have nothing against any of the two public figures, or both of them, saya pernah menulis mendoakan kebaikan atas perubahan artis wanita itu daripada tidak bertudung kepada berhijab kemudian kepada berniqab, bahkan saya juga pernah menulis mendoakan kebaikan atas desas-desus pertunangan mereka berdua. Dalam post ini saya tak tulis nama, saya tutup muka, sebab saya bukan nak mengutuk sesiapa. Kena faham kenapa dan apa saya tulis.
Status Tunang Bukan Tiket Halalkan Berdua-Duaan
Berstatus tunang tidak menjadi tiket menghalalkan berdua-duaan. Peminat-peminat memberi ulasan bahawa ada orang lain yang memegang kamera bla bla bla dalam sesi Live itu, ini adalah sangkaan baik yang baik.
Namun perlu diingat, yang tampil dilihat oleh seluruh dunia maya adalah hanya 2 orang itu sahaja yang berada dalam video itu, duduk tak jarak jauh sangat, cakap-cakap pun ada mesra manja dan kantoi panggilan sayang sedangkan belum bernikah, dan sebagainya. Peminat boleh justify apa sahaja untuk back-up artis kesayangan, tetapi hakikat bahawa perbuatan dua artis popular kesayangan itu salah adalah kekal salah.
Tiada Istilah Dating/Couple Islamik
Tiada istilah dating Islamik dan tiada istilah couple Islamik, selagimana belum nikah. Wanita berniqab ke, berjilbab ke, selagi mana ajnabi dan bukan mahram terhadap lelaki walaupun lelaki itu lelaki kiriman Tuhan sekalipun, tetap haram bermesra, apatah lagi dipertontonkan kepada khalayak umum.
Pemakaian itu patut menjadi benteng utama bagi artis wanita berniqab itu pada masa sama gelaran PU dan ustaz yang dipegang oleh artis lelaki itu sewajibnya menjadi dinding utama bagi mereka berdua mencegah fitnah perbuatan maksiat, bukan sekadar tidak berbuat maksiat.
Panggil sayang terhadap lelaki bukan suami sama ada secara tersembunyi atau terang-terangan adalah maksiat dan haram, perlu tahu ni.
Saya menulis di sini kerana saya melihat komen-komen para peminat menghalalkan kejadian dalam video Live itu sebagai tak sengaja dan sedang belajar.
Orang yang belajar agama, wanita itu takkan panggil lelaki bukan suaminya sebagai sayang dan lelaki itu pun takkan benarkan wanita bukan isterinya memanggilnya sayang.
Kejadian tak sengaja terpanggil itu berlaku ketika dalam video Live sahaja, tetapi di luar video itu, dikhuatiri panggilan itu sudah terbiasa dan sengaja inilah yang dirisaukan menjadi ikutan anak-anak muda sekalian setelah video viral ini diviralkan sebagai sweet contoh pasangan cinta Islamik.
Na’uzubillah min zalik.
Dakwah Salah Cara Boleh Jadi Dakyah
Kita perlu bertegas, sebab anak-anak muda dihidangkan dengan pasangan acah-acah Islamik sebegini secara publik, popular dan dijadikan idola serta inspirasi, sedangkan sebenarnya perbuatan itu adalah salah.
Masyarakat kita sudah penat dengan cerita lelaki bergelar Dai atau PU atau apa sahaja berkisarkan menduakan isteri, menceraikan isteri, kemudian terbaru dengan kes rogol dan sebagainya, hari ini popular pula berita PU berduaan bermesra dengan tunang secara Live bla bla bla, cinta Islamik atas nama dakwah. Kisah wanita Kaabah aura ke-19 sebelum ini pun atas nama dakwah, katanya. Menggunakan perkataan dakwah tak semestinya sebenarnya dakwah, salah cara boleh jadi dakyah.
Janganlah jadikan cerita ini sebagai cerita syurga kononnya sweet, bahagia, bla bla bla. It is wrong. Benda salah kena dicakap sebagai salah. Period.
Isteri panggil suami dengan panggilan bobo itu halal berbanding panggil tunang dengan panggilan sayang.
My concern is of our people #KisahMasyarakat #JihadDrSyahr #MenasihatiBukanMembenci
Baca Lagi Di Sini:
Ramai Tak Sedar Punca Retaknya Rumahtangga Juga Bermula Di Tempat Kerja!
MW: Setuju sangat perkongsian ini. Semoga kita berlapang dada menerima teguran ini sebaiknya dan sama-sama memperbaiki diri mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam dan syarak.
Sumber: Dr Syahr Musafir
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI