Saban hari kes positif semakin meningkat dan kini telah mencecah bilangan 4 angka. Ia memang menimbulkan rasa bimbang, takut malah panik pada ramai orang apatah lagi jika kes positif tersebut dilaporkan berlaku di dalam kawasan perumahan mahupun kejiranan kita sendiri.
Sebenarnya tak perlu rasa panik yang keterlaluan, cuba fahamkan apa yang perlu dilakukan, perkongsian daripada Encik Zulfadli Hafiz Ismail ini yang pernah berada dalam situasi sebegini.
COVID-19 DI TAMAN PERUMAHAN ANDA-APA PERLU KITA BUAT?
Di taman perumahan saya, kami mula mendapat kes positif covid-19 yang pertama pada 6/11/2020, dan sehingga 29/11/2020, terdapat 15 kes positif covid-19 membabitkan 11 buah rumah yang berbeza. Bila mula-mula dapat kes pertama, memang timbul suasana panik dari ahli penduduk, termasuklah dalam ahli jawatankuasa itu sendiri. Namun, kami mula belajar cara menangani kehadiran kes covid dalam taman ini, dan Alhamdulillah boleh dikatakan kami melakukannya dengan baik dari hari ke hari.
Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa persatuan penduduk perumahan, di sini ingin saya kongsikan pengalaman kami dalam persatuan penduduk menangani isu ini di kalangan taman perumahan, dan pentingnya untuk empower the society agar segala pihak baik daripada penduduk, ahli persatuan penduduk, dan juga mereka yang dikuarantin mendapat maklumat tepat dan sokongan yang sewajarnya.
Langkah-langkah yang kami ambil;
1. Surveillance
Kami mungkin sedikit bertuah kerana kawasan perumahan kami hanya ada satu entry/exit point, maka pergerakan akan mudah dikenalpasti. Surveillance kami adalah mainly berbentuk rumour surveillance, melalui pengawal keselamatan, jiran tetangga dan juga wakil syarikat di mana kes-kes ini bekerja. Mereka akan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat suspect covid kes, sebagai contoh apabila melihat kelibat ambulans masuk dsb. Kami seterusnya akan meminta maklumat nombor unit rumah yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.
2. Verification
Setelah mengenalpasti unit rumah terbabit kami akan berhubung terus dengan penghuni rumah. Tujuan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengesahkan kes dengan mereka. Once kami mendapat pengesahan daripada direct source itu sendiri, ia sekaligus memudahkan kami untuk mengambil langkah seterusnya dalam membantu pihak yang terlibat dan juga untuk memberitahu penduduk tentang keadaan sebenar.
3. Monitoring And Support
Ini adalah step paling crucial dalam menangani covid-19 di perumahan kami. Setelah mengesahkan kes dengan ahli penghuni, langkah seterusnya adalah dengan memberi mesej jelas kepada mereka dikuarantin bahawa penduduk ingin MEMBANTU dan MEMBERI SOKONGAN kepada ahli penghuni dalam apa jua cara sepanjang kuarantin mereka.
Kami faham mereka mungkin terkesan kerana tidak dapat keluar bekerja, takut stigma dari orang lain, dan tiada bekalan makanan di rumah. Di dalam jawatankuasa penduduk sendiri, kami adakan mini-covid team, yang bertanggungjawab untuk monitor sign and symptoms, monitor pergerakan (untuk swab, ambil surat kuarantin dan tempoh kuarantin), menjawab sebarang kemusykilan dan juga memberi bantuan dari segi makan minum dan bekalan harian.
So, kami akan mendapatkan maklumat berikut daripada ahli penghuni;
a. Bilangan orang dalam rumah
b. Tempoh kuarantin
c. Tarikh swab
d. kenderaan dan no.plate
Sebagai rutin, kami akan menghantar mesej melalui whatsapp kepada wakil penghuni yang terlibat untuk bertanya khabar. Kami akan updatekan kepada penduduk yang terlibat tentang pergerakan mereka, terutamanya jiran terdekat dan ahli persatuan lain, dan juga kepada pengawal keselamatan untuk membenarkan mereka bergerak keluar sekiranya perlu untuk swab dan mengambil surat kuarantin.
4. Risk Communication
Kami akan update kepada penduduk terlibat, seperti jiran terdekat melalui ‘street representative’ tentang situasi terkini, dan sentiasa menekankan bahawa mereka yang terlibat memerlukan SOKONGAN daripada penduduk. Dan kami bagi mesej bahawa mereka yang terlibat dalam covid-19 ini TIDAK BERSALAH dan tidak perlu dipandang serong.
Kami juga tekankan bahawa tidak perlu bimbang dan risau tentang kewujudan kes covid di taman perumahan kami, apa yang penting mereka perlu patuhi SOP iaitu penjarakan fizikal, pakai mask dsb. Malah, kami melarang sebarang video/gambar diedarkan dalam group komuniti besar kami. Kami juga berkongsi maklumat kepada jiran terdekat (dengan izin penghuni terlibat) untuk membantu penghuni sekiranya perlu.
Hasil daripada proses kami ini?
1. Mengawal Persepsi Penduduk
Tidak timbul panik di kalangan penduduk berkenaan isu covid-19. Tiada yang curi-curi ambil gambar ambulans dan viralkan, tiada protes, tiada tohmahan dan tiada yang mengecam mereka yang terlibat. Alhamdulillah, kami di jawatankuasa penduduk mendapat respons positive daripada semua pihak, baik dari penduduk mahupun penghuni yang dikuarantin.
2. Membantu mereka terlibat dalam kuarantin supaya kekal patuh dengan arahan KKM
Hasil komunikasi dengan mereka, kami dapat membantu menjawab persoalan daripada mereka yang dikuarantin. Antara soalan berkaitan ialah; “Boleh ke saya keluar untuk beli makanan bungkus?” “Boleh ke saya keluar kerja sekejap sementara saya tak pergi swab lagi?” dan sebagainya. Kami sentiasa memberi reminder dan penjelasan tentang kepentingan kuarantin. Pihak pengawal keselamatan juga membuat rondaan lebih kerap kepada rumah terlibat untuk melihat pergerakan kenderaan. Maklumat tentang ahli rumah dan close cantact juga kami salurkan kepada pihak PKD sekiranya perlu.
3. Kebajikan Dalam Kuarantin Terjaga
Berada dalam kuarantin sangat memberi trauma, baik dari segi mental, emosi dan juga fizikal. Kami dapati ada antara mereka tidak mempunyai sumber pendapatan sekiranya berada dalam kuarantin. Mujur mereka ke depan dan memberitahu isu mereka.
Di sinilah kami datang membantu, memberi sumbangan makanan dan keperluan lain jika perlu. Kami remind again and again this is not their fault, there is nothing to worry about, we are all in this together. We are here to help, and there is nothing to be ashamed of. Alhamdulillah, target utama kami untuk mereka dapat melalui tempoh kuarantin tanpa sebarang tekanan in shaa Allah tercapai.
Pengajaran yang ingin disampaikan:
Dengan penularan covid-19 di dalam komuniti, sudah tiba masanya untuk kita menguatkan social capital di kalangan kita dan empower the society. Kita perlu menguatkan sifat tanggungjawab di kalangan komuniti untuk membantu KKM dalam menangani isu covid di kalangan komuniti setempat, dan bukannya hanya berharap pihak berkuasa berbuat sesuatu untuk menangani isu ini. IT IS TIME TO TRANSFER SOME OF THESE RESPONSIBILITES TO US, THE COMMUNITY. Terutamanya dari segi pemantauan dan sokongan untuk mereka kekal di dalam kuarantin.
Ramuan yang diperlukan; maklumat yang betul (tiba masa KKM bagi maklumat lebih terperinci kepada penduduk?), komunikasi yang berterusan dan kerjasama daripada semua pihak terlibat- penduduk, KKM, penghuni kuarantin/kes positif. Bagi kami, Alhamdulillah ramuan kami cukup- penduduk yang prihatin, pihak kuarantin yang memberi kerjasama, dan pihak KKM Pejabat Kesihatan Daerah Petaling yang cekap menjalankan tugas mengesan kes, kontak rapat dan terbuka menerima maklumat dan berkomunikasi dengan kami.
Sudah terbukti, apabila ramuan sudah cukup, segala persepsi negatif tentang covid-19 di kalangan komuniti dapat dihapuskan, tiada stigma timbul, dan yang penting kami dapat memastikan mereka terlibat mematuhi kuarantin dan mendapat sokongan serta bantuan. at least kuranglah beban dan tekanan kepada mereka.
Semoga sedikit coretan ini memberi sedikit idea bagaimana kita sebagai komuniti dapat membantu mengawal penularan covid-19 di tempat masing2. Sekarang inilah masanya kita bersama-sama membantu pihak berkuasa dengan apa cara jua untuk membendung penularan covid-19 di kalangan kita. Kita semua ada peranan dalam peperangan ini, tidak kira apa jua background kita.
Dengan izin Allah, kemenangan akan berada di pihak kita suatu masa nanti.
Baca Lagi Di Sini:
‘Apalah Dosa Orang Kena Covid Ni’ Susahnya.. Hamil 37 Minggu, Disahkan Positif
Pasangan Suami Isteri Saintis Islam Hasilkan Vaksin COVID-19, 90 Peratus Berkesan!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan buat pembaca. Jadi jika kawasan perumahan atau kejiranan mempunyai kes positif covid-19, jangan panik, Boleh ikut saranan yang dikongsikan ini sebagai panduan.
Sumber: Zulfadli Hafiz Ismail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI