ND Lala berjodoh dengan rakan sekolah anak, isteri pertama dedah wajah madu. Nampaknya spekulasi bahawa Datuk ND Lala berkahwin dua berakhir dengan pendedahan dari isterinya, Datin Fauziah Sarman.
Lebih mengejutkan, wanita pilihan suaminya itu bukanlah asing bagi keluarga mereka kerana Siti Munirah Abd Ghani adalah rakan sekolah Shila Hamzah dan sering berkunjung ke rumah keluarga ND Lala sebelum ini.
ND Lala Berjodoh Dengan Rakan Sekolah Anak
Ternyata, ungkapan rakan sekolahku ibu tiriku adalah realiti yang terjadi dalam keluarga ini selepas bapanya menikahi Siti Munirah.
Memetik laporan Harian Metro, selepas mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis penyondol kelmarin, isteri pelakon dan penyanyi era 1980-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman hari ini mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua ND Lala yang juga madunya.
Isteri Pertama Dedah Wajah Madu
“Isteri Dato’ ND Lala…Datin Siti Munirah Abd Ghani” – Demikian keterangan gambar pada hantaran sama yang dikemas kini semula hari ini.
Ads
Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai ND Lala bernikah lagi satu selama ini.
Sebelum ini, bapa kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.
Difahamkan Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.
Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, di sini, dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu terutama keluarga.
Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit.
Ads
Hantaran itu mendapat lebih 3,000 tanda suka dan hampir 800 komen yang rata-ratanya terkejut dengan perkongsian itu.
Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi ND Lala dan Siti Munirah bagi mendapatkan kenyataan mereka tidak berjaya.
Bukan senang melupakan bila suami cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terlalu cepat. Kluster Sivagangga dikatakan merebak lebih cepat berbanding sembilan kluster lain dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian bagi mengenal pasti puncanya bagi mengekang sebaik mungkin kluster Sivagangga ini dari terus merebak.
Kluster Sivagangga Merebak Lebih Cepat
Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kluster Sivagangga merebak dengan lebih cepat berbanding sembilan lagi kluster yang dilaporkan dalam negara sebelum ini.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM kini sedang giat menjalankan kajian bagi mengenal pasti punca penyebaran lebih cepat itu.
“Kita lihat kluster ini merebak dengan cepat dibandingkan sembilan kluster lagi seperti di Sarawak.
“Kita sedang jalankan kajian adakah kita sedang menghadapi satu kluster Genom 614 iaitu kluster ‘Super Spreader’ seperti yang laporkan di Mesir dan Pakistan.
“Besar kemungkinan ini (kluster Sivagangga) adalah kluster Super Spreader tetapi kita kena laksanakan ujian teliti dan akan kulturkan virus itu di makmal.
“Jika bacaan ‘Rt’ adalah satu, ini bermakna 100 orang disahkan positif jadi akan menjangkiti 100 orang yang lain dan KKM perlu memastikan bacaan Rt kurang daripada satu, kita akan dapat kawal Covid-19 di Malaysia,” katanya ketika sidang media Covid-19 di Putrajaya dekat Kuala Lumpur hari ini.
Fokus Pelanggan, Kluster Sivagangga Merebak Cepat
Sementara itu, KKM akan terus menjalankan saringan bersasar bagi kluster Sivagangga dan kini fokus masih lagi tertumpu kepada pelanggan yang ke sebuah restoran nasi kandar di Napoh, Kedah.
Selain itu, saringan bersasar juga dilakukan untuk penduduk yang tinggal dalam radius satu kilometer dari lokasi restoran berkenaan tetapi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan perlu menjalankan saringan segera.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga 12 tengah hari ini, enam kes baharu membabitkan kluster Sivagangga direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 30 kes.
Kes keenam adalah kontak rapat dengan individu positif kerana pernah mengunjungi premis itu dan dikesan mengalami gejala pernafasan pada 2 Ogos lalu dan disahkan positif semalam.
Bagi kes selebihnya, mereka mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Kedah.
“Semua yang positif kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan mereka adalah generasi kedua dalam kluster Sivagangga,” katanya.
MW: Diharap seluruh penduduk yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Malahan tak lupa mengharapkan seluruh pembaca MW mendoakan keadaan di sana kembali pulih seperti sediakala.
Berita gembira daripada pasangan pelakon Shaheizy Sam,36 dan Syatilla Melvin 27 apabila baru sahaja mengumumkan bakal menerima anak kedua tidak lama lagi.
Ramai yang mengetahui, Syatilla pernah keguguran sebelum ini iaitu pada bulan Julai lalu. Redha dengan keguguran tersebut, ternyata pasangan ini dikurniakan rezeki anak sekali lagi.Lebih istimewa, berita kehamilan ini diketahui dan diumumkan pada tarikh hari lahir Sam sendiri.
Pasangan ini juga ada berkongsi gambar imbasan ultrasound bayi didalam Instagramnya sebentar tadi beserta kapsyen seperti berikut;
“Alhamdulillah tak putus rezeki Allah bagi.Ada hikmah bulan lepas Tilla gugur sebab mungkin Allah nak bagi birthday present kat baby besaq ni. Besday besday laki ku♥️ .Sama-sama doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluar tengok dunia nanti. Amin ya rabb.”
Sebelum itu dalam posting terdahulu,isteri kepada Shaheizy Sam ini ada memberikan kek sempena hari jadi tersayang suami tersayang. Menariknya, kek tersebut dihiasi dengan ‘puntung-puntung rokok’, sebagai sindiran buat Sam yang merokok.
“Happy birthday my man♥️♥️♥️aku sayang kau sampai mati sezzy sam♥️♥️ . Anne thank you makbulkan hasrat aku nak cake paling sinis ni. I love you.”
Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy 1 tahun 4 bulan.
Mingguan Wanita mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Shaheizy Sam, serta tahniah buat pasangan ini bakal menerima anak kedua. Semoga kandungan membesar dengan sihat dan sempurna serta dipermudahkan sepanjang proses kehamilan.
Konsert yang dinanti-nantikan, The Journey of Sound, menampilkan kolaborasi luar biasa antara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi berbakat dari Indonesia, Judika, berlangsung dengan penuh gemilang.
Masih belum boleh move on dengan kehebatan konsert The Journey of Sound: Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 14 Disember 2024 lalu.
Mana tidaknya, bukan sahaja vokal Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika yang hebat, malah penampilan Tok Ti turut mencuri tumpuan ramai. Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memukau dengan busana elegan hasil rekaan pereka tempatan yang memancarkan keanggunan dan kemewahan. Penampilan beliau memancarkan aura bintang membuatkan penonton terpukau sejak kemunculan pertama di pentas.
Pada malam penuh magis konsert The Journey of Sound, penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian dengan busana elegan hasil rekaan pereka terkenal, Ezuwan Ismail dan Samm Republic.
Busana yang direka khas untuk malam tersebut memancarkan keanggunan dan karisma, menyerlahkan sisi glamor sang diva sambil mengekalkan elemen budaya dan keperibadian.
Samm Republic
Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil jelita dalam tiga busana menarik bertemakan putih dan denim pada malam konsert yang dihadiri lebih 24,000 penonton yang membanjiri Stadium Merdeka. Sentuhan fashion stylist tersohor Farah Dinana, mlengkapkan lagi penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam rekaan eksklusif daripada dua pereka fesyen ternama tanahair iaitu Ezuwan Ismail dan Samm Republic.
Ezuwan Ismail
Setiap inci busana ini dihias dengan batu Swarovski yang berkilauan, mencipta ilusi cahaya yang menari setiap kali Datuk Seri Siti bergerak di pentas. Elemen ini bukan sahaja menonjolkan keanggunan penyanyi kesayangan negara, malah menyempurnakan setiap momen beliau di pentas dengan pancaran glamor.
Malah apa yang dapat disimpulkan, busana yang direka oleh kedua-dua pereka fesyen pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza ini memberikan tumpuan dan teliti untuk memberikan keselesaan tanpa menjejaskan gaya.
Potongan busana yang anggun dengan siluet berstruktur melengkapkan postur Datuk Seri Siti, menonjolkan keayuan beliau dalam setiap persembahan. Kemas dan sofistikated, setiap busana disesuaikan untuk mengalir seiring dengan pergerakan beliau di pentas.
Setiap jahitan dan perincian mencerminkan kejayaan, kerendahan hati, dan kematangan seorang penyanyi yang telah mengukir nama bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di persada antarabangsa.
Penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja menyerikan malam konsert tersebut, malah menjadi inspirasi kepada ramai. Gaya yang sofistikated ini mengingatkan kita akan bagaimana fesyen boleh menjadi medium untuk meraikan seni, budaya, dan personaliti yang luar biasa!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...