Sebagai suami apabila nampak isteri menjerit, jangan menjauh tapi cepat dekati, itu red flag isteri burnout. Ternyata isteri sedang alami saat sukar.
Jadi sebagai suami, peka dengan keadaan isteri. Dirinya bukan sengaja menjerit sebaliknya ia petanda mental dan fizikalnya sudah penat.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Nampak Isteri Menjerit, Jangan Menjauh
Nampak isteri terjerit-jerit dekat rumah Jangan jauhi dia, tapi cepat dekati dia. Itu red flag yang dia burnout.
Risau anak-anak jadi mangsa keadaan nanti. Bila sudah kena burnout ini:
– Masa ini tahap irritability dia meningkat mendadak. Jadi mudah marah. Mudah rasa terganggu (annoying) dan mudah menengking.
– Masa ini datanglah anak buat masalah kecil pun sudah boleh buat dia mengamuk tak ingat dunia. Kasihan anak.
– Masa ini akal ( cortex ) dia tengah pasif, tak dapat hendak kawal sangat pertuturan, tindakan dan respon bila ada masalah.
– Masa inilah dia banyak main lepas saja cakap. Kadang dia pun tak sedar apa yang dia cakapkan. Anak-anak boleh jadi kecil hati nanti.
Itu Red Flag Isteri Burnout
– Masa ini emosi ( limbic ) jadi sangat aktif dan jadi raja tubuhnya. Kesannya, dia jadi seorang yang impulsif. Bertindak ikut hati semata-mata. Sebab itu lepas termarah anak, dia akan rasa menyesal.
Ads
– Masa ini isteri kita sedang dibelenggu fasa isolation, dia rasa semua orang sekeliling dia tak memahami dia. Itu yang cepat sentap!
– Masa ini dia akan rasa depleted sangat. Tidur cukup tapi masih rasa penat. Rehat banyak pun rasa penat lagi. Sebab burnout ini bukan penat fizikal tapi ia adalah penat emosi dan penat jiwa.
Nampak simplekan, tapi inilah apa yang setiap isteri ternanti-nanti setiap hari dari suaminya.
Penat macam mana pun badan dan jiwa dia akan hilang dengan senang bila ada suami yang memahami dan menghargai dirinya. Wallahualam.
MW: Ternyata bukan suatu perkara yang mudah untuk mengawal emosi apabila wanita burnout. Kehadiran dan kefahaman suami sesungguhnya akan membuatkan emosi isteri kembali stabil.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Harta isteri adalah milik penuh isteri. Malah kaum isteri boleh membelanjakan hartanya mengikut kehendak perbelanjaan yang dia nak selagi tidak membawa kepada pembaziran, maksiat dan sebagainya. Dan kalau nak sedekah puh, tak payah gigih minta izin suami.
Tetapi macam mana pula jika suami itu mengambil harta isteri tanpa keizinan dan pengetahuan seorang isteri?
Haaa… jawapan itu dalam perkongsian Ustaz Abu Hurairah Asifa ini, jom sama-sama renungkan dan betulkan apa yang tidak patut buat dalam soal harta isteri.
Soal Harta Isteri
Dalam ilmu fardhu ain,
Dalam bab hutang,
Suami jangan berani berhutang dengan isteri.
Jika suami meminjam duit isteri, suami mesti membayar hutang kepada isterinya.
Suami tidak boleh mudah-mudah saja mengambil harta isterinya. Kalau kita ambil secara sembunyi, itu namanya mencuri.
Kalau Suami Pernah Buat Semua Ini…
Buka dompet isteri ambil RM50, ambil kad atm isteri cucuk keluarkan RM100. Kalau ikut hukum hudud, suami itu boleh di kenakan hukuman potong tangan.
Yang termasuk dalam hutang kepada isteri juga, adalah soal nafkah. Kalau kita tidak memberi nafkah sedangkan kita mampu, itu juga di kira berhutang. Kalau kita tidak membayarnya, suami di kira zalim.
Maka, sebab itu sebagai isteri, kita memberi suami duit itu adalah kerana kasih dan sayang padanya. Untuk membantunya. Untuk memberikannya kekuatan buat menjalani kehidupan.
Suami yang mendapat isteri yang selalu membantu dari sudut kewangan ini, hargai dan syukurlah banyak-banyak. Kerana isteri yang sanggup memberikan hidup malah hartanya pada suami, dia sedang berkata bahawa hidup dan matinya untuk suami lah sampai mati.
Nota Hakak:
Sebenarnya andai suami itu cukup serba serbi, mungkin tak akan berlaku kes suami ambil harta isteri dalam diam-diam. Jadi seeloknya kaum isteri duduk balik dengan suami dan ambil tahu soal kewangan rumah tangga. Jika tak berapa nak cukup, boleh sama-sama cukupkan dan in sha Allah itu lebih berkat.
“Tidak halal harta seorang Muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya.” (Riwayat Imam ad-Daruqutni) dalam kitab Matatib al-Ijma’ ada mengatakan bahawa, ‘Para ulama telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dai harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya.’ (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kebiasaannya waktu mengandung adalah 9 bulan dan perlu melalui tempoh 39 hingga 40 minggu kehamilan. Bagi bayi yang lahir pramatang dan terlalu awal dilahirkan memerlukan bantuan penjagaan yang khusus serta agak sukar untuk bertahan dan hidup lama.
Bayi ‘Ajaib’
Seorang bayi pramatang yang dilahirkan pada usia 23 minggu disifatkan ajaib setelah mampu bertahan untuk hidup meskipun kulitnya begitu nipis hingga menampakkan saluran darah.
Diberi nama Millie oleh ibunya, Tiffany, 32, dan bapanya, Matthew, 30, dari Chertsey, England, bayi ajaib dilahirkan pada 26 April tersebut ditempatkan di dalam inkubator dan dibantu alat pernafasan, lapor Mirror.
Tiffany berkata, setelah lima minggu di inkubator, Millie berjaya menempuhi saat kritikal.
“Kami tidak percaya dia masih hidup. Millie begitu kecil dan pernah terhenti pernafasan pada usia dua hari. Semasa dilahirkan beratnya kurang dari sekampit beras terdapat lubang besar di hatinya.
“Namun kini, kesihatannya menunjukkan perkembangan positif dan boleh pulang ke rumah,” katanya.
Berkongsi pengalaman, Tiffany memberitahu, anak pertamanya, Ruby turut mengalami kelahiran pramatang pada usia 24 minggu namun telah meninggal dunia.
“Berdasarkan pengalaman anak pertama, kami sudah bersedia untuk menyambut kelahiran anak kedua ini.
“Tetapi tidak menyangka anak kedua turut mengikut jejak kakaknya yang lahir lebih awal pada usia 23 minggu,” katanya.
Sindrom Ovari Polisistik
Jelasnya, berita kehamilan pada Disember 2019 adalah khabar gembira buat dia dan suami setelah empat tahun menunggu cahaya mata kedua.
“Saya alami sindrom ovari polisistik memberi kesan kepada kesuburan. Namun selepas menerima rawatan, saya berjaya hamil secara semula jadi dan sangat gembira.
“Selepas 16 minggu hamil, doktor memberitahu kemungkinan anak kami akan lahir lebih awal. Ternyata sangkaan doktor tepat, Millie lahir pramatang,” katanya.
Dalam pada itu, kehilangan Ruby menguatkan lagi pasangan ini untuk menempuh dugaan tersebut.
“Trauma memang ada tetapi kami yakin boleh atasi. Millie juga telah selamat menjalani pembedahan pada hatinya dan semakin kuat.
“Kami sentiasa positif untuk melihat Millie terus sihat, berat badan juga sudah bertambah kepada hampir 3 kilogram, dia kelihatan luar biasa,” katanya.
MW: Kuasa tuhan, jangan putus berdoa dan kekal positif. Siapa sangka bayi pramatang dan dilahirkan sekitar hanya 6 bulan, mampu bertahan untuk terus hidup dan membesar dengan sihat.
Tinggal beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam bakal meraikan 1 Syawal. Dalam kegembiraan, terselit kesayuan mengenangkan Ramadan yang penuh keberkatan bakal berlalu pergi.
Semoga kita semua dikurniakan kesempatan dan usia untuk bertemu lagi Ramadan akan datang, insya-Allah.
Persiapan
Bab persiapan raya memang antara topik paling hangat kala ini. Pasti ada yang masih membuat persiapan saat-saat akhir. Bagi yang berkemampuan, pasti awal-awal lagi sudah pun membeli atau menempah baju raya, sama ada untuk diri sendiri mahu pun anak dan suami. Malah ramai yang memilih untuk bergaya sedondon satu keluarga. Lagi meriah katanya!
Kebiasaannya, bergaya sedondon untuk satu keluarga kecil tak jadi masalah, hanya melibatkan suami, isteri dan anak-anak saja. Tapi, kalau melibatkan keluarga besar yang masing-masing sudah berkeluarga, agak sukar sebenarnya.
Untuk penulis sendiri, lebih 14 tahun menggayakan pakaian sedondon untuk keluarga besar kami, keluarga Abu Bakar dan Rabiah.
Sepakat
Kami bertujuh beradik perempuan, jadi lebih mudah untuk sepakat dalam membuat sebarang keputusan. Masing-masing akan pastikan anak-anak dan suami akan menurut tema warna yang ditetapkan.
Tradisi berbaju sedondon ini bermula selepas kami mencari baju sedondon untuk majlis perkahwinan adik ketiga. Rasa seronok pula bergaya sedondon beramai-ramai. Akhirnya sejak itu, saban tahun, kami bergaya sedondon walau pun tahun itu giliran di rumah mentua masing-masing. Kecuali ada yang sedang mengandung, biasanya akan ‘simpan’ kain baju itu untuk ditempah selepas bersalin nanti.
Kami sudah terbiasa digelar kumpulan boria atau kumpulan nasyid bila menziarahi rumah saudara mara secara konvoi. Malah ada yang tertunggu tunggu tahun itu kumpulan boria kami pakai baju warna apa pulak. Bila ada kenduri saudara mara terdekat, kami akan berpakat untuk menggayakan mana-mana baju sedondon kami.
Disertakan tip sekiranya ingin bergaya sedondon:
1.Sangat Penting! Walau pun adik-beradik, tak semestinya kemampuan kewangan kita juga sama. Jadi berbincang dengan adik-beradik dahulu bajet masing-masing. Bila bajet dipersetujui, barulah boleh teruskan. 2.Rancang dari awal agar mudah mengatur bajet lebih-lebih lagi bagi yang ada anak ramai. Atau boleh juga buat sistem bayar berperingkat, ala-ala ‘kutu’ agar tak terbeban sangat. 3.Pilih salah seorang untuk ditugaskan survey seterusnya membeli/menempah baju dan duit boleh diberikan kepadanya. 4.Untuk jimat, boleh pilih baju siap yang banyak terjual di pasaran. Harga pun boleh pilih ikut suara ramai. 5.Ia bukan ‘wajib’ sekadar nak tambah kemeriahan di hari raya. Jadi, sekiranya ada yang tak mampu, jangan pula sampai timbul pertelingkahan!
Apa Kelebihan Pakai Sedondon?
Gambar raya nampak lagi cantik sebab warna seragam.
Bila ke mana-mana, akan jadi perhatian kerana pakai baju ‘sepapan’.
Kalau anak ‘hilang’ bila berada di sebuah rumah yang ramai tetamu, senang nak tahu siapa mak ayahnya berdasarkan baju yang dipakai.
Sekadar nak memeriahkan suasana sambutan raya, selain mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setiap kali pakai baju itu, teringat pada adik beradik yang lain.
Memudahkan bila ada kenduri kendara, boleh menggayakan pakaian sedondon yang sedia ada.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kes amang seksual murid Rembau: Pengawal keselamatan dan teman lelaki didakwa di Mahkamah Seksyen, tidak mengaku bersalah. Statistik PDRM tunjuk lebih 1,500 kes antara 2022–2024, cetus gesaan perketat keselamatan sekolah.