Dalam ikatan perkahwinan, setiap suami isteri lalui dengan cara yang berbeza-beza. Secara luaran, kita nampak semua manis, tapi semua itu hanya tuhan yang tahu keperitan yang dilalui.

Malah, ikatan perkahwinan tidak semuanya manis, sebab ada masa kita akan lalui saat duka, dugaan yang tidak disangka-sangka. Semuanya ada pahit dan manis. Cuma tidak tahu, kita mampu bertahan atau tidak.

Jika pasangan bukan jenis yang bersabar, mungkin perkahwinan yang dibina hanya mampu bertahan 6 bulan atausetahun. Itulah semua hanya fasa bulan madu sahaja. Fasa seterusnya tidak dapat dilalui dan diterima. Inilah yang menyebabkan berlaku penceraian.

Daripada perkongsian Farhana Fakhira ini, cukup menarik. Kita ketahui betapa ‘struggle’ dalam memrjuangkan ikatan perkahwinan yang dibina. Mampu atau tidak dan jodoh kita dengan pasangan bergantung kepada perjuangan masing-masing dalam perkahwinan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Musibah Di Dunia Dan Di Akhirat, Ketahui Cara Hindarinya

Lima Masalah Dalam Perkahwinan, Walaupun Perit Kena Hadap Bersama Cari Penyelesaian

Info Lebih Menarik DI SINI

Ikatan Perkahwinan Yang ‘Struggle’

POWER STRUGGLE IN MARRIAGE

Rasa nak share bila tengok keratan akhbar ni

IKLAN

Sedikit perkongsian dari sharing yang saya dengar di Youtube Aiman Azlan bersama Dr. Harlina. Mereka mengupas tentang power struggle in marriage. Secara ringkasnya, dalam perkahwinan ada 5 fasa.

1. Fasa Honeymoon/Fanatik

Fasa ini kita akan nampak yang indah-indah saja pada pasangan. Kentut pun wangi, kalau nak kata masa ini. Kita ini macam fan kepada pasangan kita. Semua benda kita suka. Fasa ini akan bertahan 6 bulan sehingga 1 tahun sahaja.

2. Power Struggle

Selepas fasa honeymoon, bermulalah fasa yang paling getir iaitu power struggle. Fasa ini, kita mula nampak sedikit demi sedikit keburukan pasangan. Mereka bincangkan dalam sesi sharing tersebut, memang kita akan tertanya pada diri sendiri “Betul ke pilihan yang aku buat ni?”

Fasa ini memerlukan toleransi dan kesabaran yang paling tinggi. Maka, pasangan yang tak lepas nak tempuh ujian di fasa ini, akan berpisah.

3. Stability

Fasa ini, kita dan pasangan lebih stabil. Sebab masa ini dah kenal habis dah. Dah tahu perangai, baik buruk masing-masing. Dan dah tahap redha dan berlapang dada.

IKLAN

4. Komitmen

Dalam fasa ini, pasangan itu bersama sebab komitmen. Nak besarkan anak-anak. Nak tunggu anak-anak kerja, kahwin dan pelbagai lagi, semuanya atas dasar tanggungjawab. Sebab itu, ada pasangan yang bercerai, walaupun dah berpuluh tahun kahwin, sebab dah lepas fasa komitmen ni.

5. Bahagia

Fasa ini merupakan fasa terakhir, di mana inilah pengakhiran yang bahagia. Pasangan yang sampai ke fasa ini, dah mencapai kebahagiaan, di mana mereka nak hidup bersama, walaupun tanpa apa-apa sebab. They just want to live together without any particular reason.

Nasihat Untuk Diri dan Semua

1. Bagi pasangan yang baru kahwin, anda baru berada di fasa pertama. Enjoy the moment. Tapi, pada masa yang sama, jangan disangkakan perkahwinan ini manis sahaja.

2. Saya sama sekali tidak judge, urusan takdir, jodoh, ajal, maut semua ini urusan Allah. Tidaklah saya mengadili mereka yang berpisah dengan pasangan, sebab tak dapat nak cope dengan power struggle. Kerana faktor perpisahan itu banyak sebabnya. Terlalu banyak. Allah knows best. Kita ini manusia biasa yang banyak sangat jahilnya. Banyak tak faham rahsia Allah. Tapi secara umum, saja nak share 5 fasa perkahwinan oleh Dr. Harlina bila ternampak paper ni.

3. Sungguh, jodoh ini rahsia Allah. Saya doakan sahabat-sahabat yang sedang mencari jodoh, dipermudahkan urusan. Dipertemukan jodoh yang baik baik. Lebih baik berkahwin lambat, berhati hati, daripada tergesa-gesa dan terpilih orang yang salah. Moga dijauhkan. Nauzubillah.

IKLAN

Saya tambah link untuk mudahkan mereka yang nak tengok video asal Aiman Azlan dan Dr Harlina.

Sepanjang session itu mereka kongsi terutamanya bagaimana nak tempuhi fasa power struggle.

Boleh layari:
https://youtu.be/35f2y0XcSs0

Cc
Aiman Azlan

MW: Kadang-kadang, sekuat mana kita pertahankan perkahwinan, kalau itu bukan jodoh kita, tak boleh nak buat apa. Redha. Allah dah rancang yang terbaik untuk kita semua.

Sumber: Farhana Fakhira Ismail,
Yang masih belajar tentang ilmu perkahwinan

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI