Sejak beberapa hari lalu, surat beranak baby Mipan Zuzuzu Bin Mahzan berlegar-legar di media sosial. Terkejut juga bila bapa baby Mipan ini sampai hati beri nama anak sebegitu.

Kongsi bapa ini, Mahzan Yusop di facebooknya beserta surat beranak anak keduanya itu ,
Welcome baby Mipan Zuzuzu.. uncle auty boleh panggil Zuzu je.. Mipaaaaaaan.. Zuzuzuzuz.”

Rupanya itu bukanlah nama sebenar baby Mipan ini. Surat beranak yang bapa ini kongsi di media sosial adalah surat beranak yang sudah diedit sendiri olehnya.

Beri nama anak bukan ikut sedap, 8 kesilapan ini tanpa sedar mak ayah buat.

Penjelasan Bapa Tentang Surat Beranak Baby Mipan Zuzuzu

Saya ni memang jenis suka edit gambar. Lepas ambil serat beranak tu saya tengok, rasa macam boleh edit.

Jadi saya editlah nama tu. Saya share dekat Facebook untuk hiburan kawan-kawan sebenarnya. Tak sangka pula boleh viral.

IKLAN

Isteri saya pun tahu tapi dia steady je. Dia tahu saya ni jenis suka bergurau.

Nama sebenar anak kedua saya tu Marzuki Bin Mahzan. Saya saja-saja edit sebab lagu tu pernah trending, saya selalu dengar.

Lagipun lagu tu macam ada kaitan juga dengan Marzuki.. terutamanya perkataan Zuzu. Saya pun terfiki nama panggilan anak saya apa? Mungkin saya nak panggil dia Zuzu.

IKLAN

Saya tahu ramai kecam. Ada yang guna kata-kata kesat. Mereka kata saya tak ada otak letak nama anak macam tu. Saya abaikan je.

Tapi ada sesetengah yang tahu benda tu edit sekadar untuk hiburan. Takkanlah saya nak bagi nama anak saya nama pelik-pelik.

Lagi pun sekarang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tak benarkan nama-nama macam tu. Saya saja nak gurau-gurau dengan kawan.”

IKLAN

Untuk rekod, Mipan Zuzuzu ini merupakan lagu komersial untuk sebuah makanan bijirin iaitu Miel Pops yang terkenal di beberapa negara seperti Itali, Rusia dan Sepanyol. Dan menjadi trending di media sosial terutamanya TikTok.

Haa.. dah faham kan. Ayahnya cuma bergurau saja. Janganlah cepat marah-marah, suami yang suka bergurau kan disenangi isteri.

Cepat sangat ‘judge’ orang pun tak bagus untuk kesihatan jantung kita sebenarnya.

MW : Tahniah buat keluarga Mahzan di atas kelahiran bayi keduanya ini. Semoga baby membesar dengan sihat ya.

Sumber/Foto : Mstar, Mahzan Yusop

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI