Pasangan suami-isteri ini telah memiliki 6 orang anak kandung. Namun itu tidak menghalang mereka mengambil 5 lagi anak angkat ‘istimewa’ atau mempunyai keperluan khas.
Malah Paul dan Ashley Kellogg berkata hati mereka sentiasa terbuka untuk mengambil lebih ramai anak angkat pada masa akan datang.
Menurut temubual dan artikel yang telah diterbitkan dalam People.Com, perjalanan Paul dan Ashley ke dalam dunia pengambilan anak angkat bermula selepas anak perempuan mereka Myra, 11, dilahirkan dengan masalah cerebral palsy.
Pasangan dari Indiana, Amerika Syarikat ini sebenarnya sentiasa tahu bahawa mereka sekurang-kurangnya mahukan 6 orang anak kandung sendiri. Tetapi mereka tidak pernah menyangka bahawa akan memiliki 11 orang anak. Separuh darinya adalah anak-anak istimewa dan mempunyai keperluan khas.
Namun, Paul dan Ashley mengatakan bahawa mereka tidak akan memilih cara lain – dan belum menutup pintu untuk menyambut lebih ramai ahli keluarga baru pada masa akan datang.
Ashley sewaktu ditemubual dalam rancangan TV untuk People berkata,” Saya rasa hati saya akan selalu terbuka untuk itu, selalu dapat memberi ruang.”
Ads
Keluarga Paul dan Ashley Kellogg (Kredit Gambar: Keluarga Kellogg)
Miliki Kemahiran Keibubapaan Yang Sangat Berharga
Perjalanan dunia keibubapaan pasangan itu pertama kali bermula dengan kehadiran anak kandung. Dari seorang kini mereka ada seramai 6 orang.
Ketika Myra yang berusia 11 tahun – yang tidak boleh bercakap dan tidak boleh berjalan – dilahirkan dengan cerebral palsy, Paul dan Ashley segera menyedari bahawa mereka mempunyai satu set kemahiran keibubapaan yang sangat berharga yang dapat memberi banyak manfaat kepada anak lain dengan keperluan khas.
Jelas Ashley lagi, “Kami selalu memikirkan tentang pengambilan anak angkat adik-beradik, tetapi tidak pernah memikirkan keperluan khas. Kemudian kami menyedari bahawa kami mempunyai kemahiran – dan mungkin perspektif yang berbeza – yang tidak dimiliki oleh orang lain.”
Selama bertahun-tahun, mereka telah menerima lima anak tambahan. Bermula dengan, Frannie 10 tahun dan Theodore berusia 1 tahun, yang mempunyai sindrom Down. Dua dari anak angkat mereka juga ada masalah disleksia dan empat orang ada masalah penglihatan.
Seorang lagi, Finton, 8 tahun, mempunyai albinisme. Manakala Bryant yang berusia 7 tahun mengalami gangguan sawan dan kelewatan pertuturan.
Ads
Namun, pasangan itu mengatakan bahawa kehidupan mereka semakin diperkaya dengan penambahan mereka. Malah bahawa anak-anak mereka juga telah memperbaiki kehidupan adik-beradik yang lain.
Kata Ashley lagi,“Saya melihat banyak faedah untuk anak-anak kami yang lebih tua. Mereka berupaya untuk dapat mengasihani orang lain dan melihat orang lain setara, disebalik sebarang ketidakupayaan atau batasan mereka. Saya pasti ini mempengaruhi kehidupan mereka ketika mereka membesar.”
Tambah Paul: “Saya hanya berfikir bahawa lebih kerap, ada keluarga yang berusaha untuk mengambil anak angkat akan memilih anak-anak khas neuro tanpa keperluan khas. Tetapi saya berpendapat bahawa anak-anak istimewa ini, mereka dapat menambahkan perkara-perkara indah dalam hidup anda dan keluarga anda yang mungkin tidak anda sedari telah hilang. “
Ads
Micah, 7, dan Theo yang masih bayi telah diambil sebagai anak angkat daripada Special Angels Adoption Agency, satu-satunya agensi di seluruh negara (AS) yang bekerja secara eksklusif dengan anak-anak dengan keperluan khas.
Ashley dan Paul Kellogg bersama anak-anak mereka (Kredit Gambar: Keluarga Kellogg)
Jelas Jennifer Kelly, Pengarah Perubatan Special Angels Adoption Agency, sewaktu ditemubual dalam rancangan tv sama itu, “Adalah sangat penting untuk memberi tahu orang ramai bahawa ini adalah pilihan yang sesuai.
“Ibu bapa kandung anak perempuan saya diberitahu berulang kali bahawa tidak ada yang mahu mengambil anak perempuan mereka … Saya tidak mahu ibu bapa kandung untuk mendengarnya lagi.”
Itu juga seakan mantra Ashley: “Pada akhirnya, setiap anak layak mendapat keluarga,” katanya.
Musim cuti sekolah sering dikaitkan dengan musim kenduri kahwin.Lima beradik mencipta sejarah tersendiri apabila bersanding serentak dengan pasangan masing-masing dalam satu majlis resepsi perkahwinan penuh gilang gemilang yang berlangsung di rumah ibu bapa mereka di Kampung Behor Mentaloon, Arau, semalam.
Tidak Dirancang Pada Awalnya
Bapa pengantin, Tayib Zakaria, 55, dan isteri Siti Aishah Shafie, 48, berkata, majlis persandingan serentak kelima-lima anak mereka itu atas ketentuan takdir meskipun tidak dirancang pada awalnya.
“Pada awalnya rancangan kenduri kahwin ini khas untuk ketiga anak lelaki saya dan kami memang sudah merancangnya sejak pertengahan tahun lalu.
“Namun, takdir Allah melebihi segala-galanya apabila dua anak perempuan saya dipinang oleh keluarga pasangan masing-masing dalam tempoh kami membuat persediaan.
“Selepas berbincang antara keluarga, kami sepakat untuk menyatukan mereka pada tarikh sama dan lebih memudahkan meskipun terpaksa berbelanja lebih,” kata bapa kepada tujuh orang anak itu.
10 Ribu Tetamu Dijemput
Anak mereka, Mohd Izwan Haris, 28, mengahwini Farah Adiba Pisol, 25; manakala Mohd Najhan Hafiq, 26, dengan pasangannya, Huziana Yap Nget Toh, 22; dan Mohd Fakhrul Iqram, 23, dengan Siti Nurasmiza Sabri, 21.
Sementara itu, dua anak perempuan Tayib, Nur Aqila, 21, mengahwini Mohd Rais Romli, 22, dan Nur Anita Dalilah,19, diijabkabulkan dengan Mohd Firdaus Harta, 23.
Menurut Tayib, lebih 10,000 tetamu dijemput terdiri daripada sanak saudara dan jiran tetangga serta keluarga besannya dengan tiga kerbau, dua lembu dan 200 ekor ayam disediakan untuk lauk kenduri.
Katanya, dia bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar meskipun rumah mereka dihadiri tetamu tidak henti-henti dari jam 12 tengah hari tadi.
“Saya bersyukur sangat menerima lima menantu serentak pada hari ini, dan sebagai bapa tiada apa yang dapat saya gambarkan selain doa untuk kebahagiaan mereka,” katanya.
Sepakat Kongsi Duit
Sementara itu, anak sulung Tayib, Mohd Izwan Haris berkata, perasaan yang ada dalam dirinya tidak dapat digambarkan apabila bersanding bersama adik-adiknya yang lain.
“Sejujurnya memang saya gembira, kami lima beradik dapat bersatu dengan pasangan masing-masing meskipun perancangannya pada saat-saat akhir.
“Kami sepakat berkongsi duit antara adik beradik dan turut dibantu ayah untuk majlis ini dan bersyukur segalanya mengikut seperti yang dirancangkan.
“Secara tidak langsung ini adalah hadiah untuk ibu dan ayah kerana berpenat lelah membesarkan kami tujuh beradik sejak dari kecil,” katanya yang bekerja sendiri.
Tahniah buat keluarga besar ini, Team Mingguan Wanita ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru & semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Pelakon yang juga isteri kepada Syamsul Yusof dan ibu kepada dua orang anak, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini telah berkongsi pengalaman membuat ujian saringan Covid-19 (swab test) baru-baru ini.
Biarpun bukan kontak rapat kepada mana-mana pesakit Covid-19, namun Puteri Sarah mengambil inisiatif sendiri untuk menjalani ujian bagi memastikan diri bebas daripada virus berkenaan.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya, Puteri Sarah menyatakan sesiapa yang pernah memberitahu sakit ketika membuat ujian saringan, sebenarnya hanya untuk menakutkan orang lain.
“OK, siapa yang cakap sakit tu sebenarnya nak menakutkan korang saja. Tapi sebenarnya memang tak sakit. Sarah buat dekat dalam mulut dan dalam hidung. Tak sakit pun. Jadi, jalankan tanggungjawab anda.
“Buat Untuk Keselamatan Diri Sendiri & Famili”
“Dan lagi satu benda ni sangat wajib, lagi-lagi untuk kita yang sedang shooting ni, memang kena buat untuk keselamatan diri sendiri dan juga famili,” kongsinya.
Pengorbanan seorang suami, nekad menahan bahang kebakaran demi selamatkan isteri daripada terkorban dalam insiden kebakaran yang berlaku di Beijing.
Kisah cinta sejati ini cukup meruntun jiwa apabila suami yang berjuang menyelamatkan isteri akhirnya pergi jua buat selamanya setelah mengalami kecederaan yang teruk.
Nekad Menahan Bahang Kebakaran
Pengorbanan seorang suami yang cuba melindungi isterinya ketika terperangkap dalam satu kebakaran meruntun hati apabila lelaki itu akhirnya meninggal dunia, lapor laman berita Mothership.
Insiden di Nanjing dalam wilayah Jiangsu, China itu menyaksikan si suami nekad memegang lengan isteri yang tergantung di luar balkoni rumah mereka di tingkat tiga blok kediaman sambil menahan bahang kebakaran yang menyambar dari dalam.
Wanita itu tidak dapat keluar dari bilik tidur apabila kebakaran berlaku dan dan cuba memanjat turun dari balkoni.
Menurut saksi, pasangan ini telah berkahwin lebih sedekad dan mempunyai tiga anak yang dibesarkan di kampung oleh ibu bapa Chaochan.
Mereka menyewa bilik di flat tersebut namun hanya kediaman pasangan itu yang terbakar dalam nahas tersebut.
Keluarga mangsa berjaya mengumpul AS$157,000 (RM662,147) melalui platform dana khalayak atau crowdfunding, Shuidichou untuk membantu menampung bil perubatan mereka. – Agensi
Untuk elakkan daripada kebakaran berlaku di rumah, sediakan pemadam api. Sekurang-kurang jika berlaku sesuatu tidak diingini mak ayah bersedia.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.