Ads

Naluri Hati Isteri Bawa Berita Sedih, Suami Akhirnya ‘Pergi’ Tinggalkan Tujuh Anak

Naluri Hati
Naluri Hati

Naluri hati isteri tak pernah salah, ini kisah seorang wanita yang mendapat khabar berita suaminya pergi disebabkan kemalangan. Tiada siapa yang akan menyangka akan terima berita kehilangan insan tersayang, apatah lagi dengan secara tibva-tiba hanya melalui satu panggilan telefon.

Naluri Hati Isteri Bawa Berita Sedih

Naluri Hati Isteri Bawa Berita Sedih, Suami Akhirnya 'Pergi' Tinggalkan Tujuh Anak

Ads

Dalam sekelip mata, sebuah keluarga kehilangan tempat bergantung, manakala tujuh orang anak kehilangan seorang ayah yang selama ini menjadi pelindung dan tulang belakang keluarga.

Ads

Memegang amanah untuk memelihara anak-anak yatim yang ditinggalkan bukan satu tugas yang mudah. Kes kemalangan Ustaz Nurhaziq tersebar pada hari Jumaat 31/7/2026 yang lalu. Almarhum ustaz Nurhaziq dalam perjalanan pulang dari mengajar Al Quran.

Ads
Menurut perkongsian isteri arwah, Nur Aisyah dalam portal Sinar Harian, sebelum itu dia mula berasa tidak sedap hati apabila suaminya, Allahyarham Mohamad Nurhaziq Mohd Anin, 37, yang kebiasaannya pulang sekitar jam 11 pagi selepas mengajar di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Bangsar, masih belum tiba di rumah.
“Saya telefon arwah beberapa kali tetapi tidak berjawab, mungkin arwah singgah isi minyak.
“Panggilan keempat baru dengar suara, tetapi yang bercakap bukan suami, sebaliknya anggota polis yang meminta saya bersabar.
“Masa itu saya dah terfikir mesti berlaku kemalangan, tak lama kemudian saya WhatsApp anggota polis itu dan dia balas suami sudah dijemput Ilahi,” katanya.

Suami Akhirnya ‘Pergi’ Tinggalkan Tujuh Anak

Naluri Hati Isteri Bawa Berita Sedih, Suami Akhirnya 'Pergi' Tinggalkan Tujuh Anak
Hanya yang pernah mengalami sahaja yang tahu situasi pedih ini. Dikurniakan suami yang soleh ahli Quran, berakhlak dengan akhlak Al Quran menterjemah makna isi Al Quran kepada isteri dan dilayan bak bidadari. Tetapi tiba-tiba, Allah ambil nyawa di saat dia benar-benar berada dalam limpahan lautan kasih dan cinta. Boleh gambarkan macam mana keadaan emosi yang sedang berlaku?
Ketika kejadian berlaku, Allahyarham baru sahaja selesai mengendalikan kelas di UniKL dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Allahyarham bukan sahaja merupakan seorang pensyarah, malah turut berkhidmat sebagai guru al-Quran sambilan. Jadual hariannya cukup padat. Seawal selepas Subuh, beliau sudah memulakan kelas al-Quran secara dalam talian sebelum mengajar di UniKL, diikuti kelas persendirian dari rumah ke rumah.
Walaupun sibuk mengejar tanggungjawab mencari rezeki, Allahyarham tetap mengutamakan keluarga. Beliau akan pulang ke rumah untuk mengambil anak-anak dari sekolah agama sebelum menyambung semula tugas mengajar.
Naluri Hati Isteri Bawa Berita Sedih, Suami Akhirnya 'Pergi' Tinggalkan Tujuh Anak
Sepanjang 15 tahun melayari alam rumah tangga, Allahyarham disifatkan sebagai seorang suami yang tegas tetapi amat bertanggungjawab.
Segala urusan rumah tangga, kenderaan, pembayaran bil dan keperluan keluarga sentiasa diuruskan dengan baik olehnya. Pemergiannya bukan sahaja meninggalkan kesedihan yang mendalam buat isteri, malah memberi kesan besar kepada tujuh orang anak mereka yang masih kecil, berusia antara dua hingga 14 tahun.
Sebelum ini Allahyarham turut mengendalikan kelas pada waktu malam. Namun selepas mendapat peluang mengajar di UniKL, beliau menghentikan kelas malam agar dapat meluangkan lebih banyak masa bersama isteri dan anak-anak. Seperti yang kita selalu dengar, orang baik Allah sayang.
Naluri Hati Isteri Bawa Berita Sedih, Suami Akhirnya 'Pergi' Tinggalkan Tujuh Anak
Untuk info, media sebelum ini melaporkan Mohamad Nurhaziq maut dalam kemalangan membabitkan motosikal yang ditunggangnya dengan sebuah pacuan empat roda dan sebuah kereta berhampiran Jalan Travers.
Muhammad Nurhaziq disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum pengesahan dibuat pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Semoga arwah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang beriman.
Al Fatihah.

 

Anda mungkin berminat dengan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Dr. Fie

Dr. Fie Harap Kes Komital Cepat Selesai, Tak Selesa Rasa Tersekat...

Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie, 36, berharap kes komital yang difailkan pelantun lagu Andai Derita dapat diselesaikan segera untuk membolehkannya menjalani kehidupan dengan tenang.