“Nak suruh berhenti, tumbuk pintu sampai berdarah.” Mak ayah elak bergaduh depan anak. Kadang-kadang anak cuba buat sesuatu untuk menarik perhatian mak, ayah.
Sebelum timbul perkara lebih teruk, mak ayah cuba elak bergaduh depan mereka. Anak-anak ini walaupun masih kecil mereka merekod setiap perkara yang mereka lihat.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik:
Nak Suruh Berhenti
Ada seorang puan ini, mesej ke saya. Beritahu ada masalah dengan suami.
Suami dia ada hubungan dengan isteri orang. Akibat huhungan itu, isteri orang tu bercerai. Sebab nak kahwin dengan suami puan ini lah.
Itu satu hal. Si suami ini punyalah hendak kahwin lagi, tapi tak dapat persetujuan isteri, habis dia amukkan isteri ini. Dingin selalu.
Habis barang rumah dia pecahkan. Dengan isteri ini dia cekak leher, cengkam lengan, tolak ke katil, heret dari ruang tamu ke dapur. Sakit sakit lah badan puan ni.
Bukan hal ini yang saya nak sebut. Yang saya nak tulis dekat sini, pasangan ini ada anak-anak. Mata anak-anak jadi saksi semua yang berlaku.
Anak yang sulung lelaki, tingkatan 1 dah tahun ini. Sudah mula ada perasaan, dalam umur hendak membesar. Mula ada emosi marah dan benci.
Ads
Dia tak suka tengok apa yang ayah dia buat dekat mak dia. Pernah sekali, masa ayah dengan mak tengah bergaduh, dia jadi marah sangat.
Nak suruh mak ayah berhenti bergaduh, dia tumbuk pintu bilik. Banyak kali. Dengan harapan mak ayah fokus ke anak ini, tengok anak yang ada.
Luka, terbelah dan berdarah tangan anak sulung dia. Bengkak penumbuk anak dia beberapa hari. Ada gambar tangan anak ni, puan tadi bagi ke saya.
Mak Ayah Elak Bergaduh
Anak dia kecewa. Marah ke ayah yang selalu pukul mak sendiri. Dan emosi marah ini dia cerita selalu ke mak dia.
“Benci ayah! Tak suka ayah!”
Allahu. Ini yang kita takutkan. Anak sampai timbul benci pada ayah kandung sendiri.
Ads
Puncanya kita suami isteri suka bergaduh depan anak-anak. Tak peduli emosi dan perasaan anak-anak.
Berapa pun umur mereka, kecil setahun dua sekali pun, mereka ini cekap merekod apa yang mereka nampak. Setiap satunya akan melekat dalam memori mereka.
Kita semua faham, rumah tangga memang akan ada waktu diuji. Ada keadaan yang kadang jadi punca kita dan pasangan tak sefahaman. Kita rasa diri kita betul, pasangan salah.
Kita dan dia dua-dua cuba hendak tegakkan pendapat sendiri. Maka kita bergaduh, bertekak. Iya, ini biasa berlaku.
Cuma seboleh-bolehnya elaklah perkara ini berlaku depan anak-anak. Biarlah di depan anak-anak di seperti kita di muka buku ni. Nampak elok dan baik sahaja.
Ads
Jadilah Malaikat
Semua hal bertikam lidah kita dengan pasangan, biarlah kita dan pasangan kita yang tahu.
Depan anak-anak, kitalah malaikat mereka. Yang setiap masa menabur cinta dan kasih sayang.
Supaya nanti, anak-anak ini membesar dengan jiwa yang sangat baik. Anak lelaki pandai menghormati wanita yang lain, dan anak perempuan terdidik sifat malu dan lemah lembutnya.
Begitulah hendaknya.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Ya Tuhan, selamatkan kami.
Mingguan Wanita : Marah sekalipun dengan pasangan, jangan dihamburkan amarah itu di depan anak-anak. Biarlah hanya kita dan pasangan saja yang tahu. Memang payah tetapi pedulilah perasaan anak-anak.
Memang ada benarnya, nak lahirkan anak memang mudah, namun tanggungjawab selepas itu, untuk menjaga dan mendidik mereka cukup besar peranannya. Suami isteri sama-sama kena memikul tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak. Bukan hanya mengharapkan sebelah pihak sahaja.
Jemput baca perkongsian mak anak empat ini, Puan Mira Baharin sebagai renungan;
Buat anak memang mudah.
Nak menjaga dan mendidik anak sangat tak mudahnya.
Setiap hari, watak ibu berbeza.
Sekejap jadi mak kandung,
Sekejap jadi mak tiri.
Sekejap jadi cikgu akedemik,
Sekejap jadi cikgu agama.
Sekejap jadi cikgu sosial.
Sekejap jadi doktor,
Sekejap jadi chef.
Pendek kata semua watak ibu boleh bawa. Hebat kan ? Sebab itu tinggi nya darjat seorang ibu. Dan kenapa syurga nya di bawah tapak kaki ibu. Allah dah letak dan susun dengan cantik.
Tak semua suami memahami keadaan hak seorang isteri.
Lelaki yang bakal nak kawin dan impian setinggi gunung nak anak ramai berdozen-dozen, fikir baik-baik. Ilmu agama dan ilmu parenting kene kukuh. Tanggungjawab yang nak di bawa tu sangat besar. Bukan sekecik kuman.
Hak isteri bukan keja asyik beranak dan beranak jer, lepas tu penat lelah seorang diri. Banyak betul cantik muka suami.
Dan yang dah berkahwin jangan asyik nak bini tambah anak, ilmu pon kene kukuh jugak yea.
Biar susah bersama dalam bab menjaga anak. Isteri bukan hamba abdi.
Nampak senang, dalam tak nampak hakikatnya dosa dah kene tanggung. Bahu sebelah dah senget. Bini dah merana seorang diri tanpa suami peduli.
Jadi isteri, anda ada hak untuk merancang. Anda dulu yang menanggung. Anda dahulu yang melalui.
Ni kakyaa amik pedoman dari kisah-kisah mak kelar anak, mak meroyan, mak kemurungan. Totally sebab nya seperti di atas.
Jadi kepada suami di luar sana, jangan kita tengok isteri orang lain kuat boleh jerr hadap dan jangan samakan isteri kita pon sama boleh kuat jugak.
Lain buah, lain isi dalamnya yea. Kalau hakni sekeping macam lidi, hak tu montot macam buah pear. Kalau mu samakan memang ngok bebenor.
Kalau isteri komplain suami tak strong agak-agak on tak ? Haruss ugahh boleh meroyan jugak kot. Haha
Nasihat kakyaa, laki bini kene selalu berbincang. Si suami, kene mendengar luahan isteri dan kena cakna tentang emosi dan kelakuan isteri.
Kalau buat sambil lewa, ego setinggi langit. Kau kawin 40x pon tetap sama nasib bini-bini mu.Kesian nasib bini dapat laki gini.
Dalam nak buat pahala, dosa bercucuran berjalan sama. Tu belom kakyaa kupas bab dosa pahala anak bini lagi. Baru bab jaga anak.
Kalau yang cakap, kakyaa ni hebat lah. Kakyaa ni kuatlah. Jujur kakyaa cakap kekadang tu takda kuatnya tapi kene jadi kuat.
Kalau rasa hilang sabar tu datang, kakyaa lari sekejap jauh dari anak-anak dan istigfar.
Lepas tu, kakyaa luahkan perasaan buat karangan dalam whatsapp panjang 100 muka surat dekat suami. Doa dan mintak pertolongan dari Allah takleh tinggal. Setiap kali dalam solat dan lepas solat, kakyaa mintak semahu mahunyaaa dan mengadu semahu mahunyaa.
Hanya itu kunci yang mampu mendidik dan melembutkan hati kakyaa.
Mira Baharin
Mok Jamu Anak 4.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Renung-renungkanlah.
Biar pun bukan mudah, bila berumahtangga selarikan cara berfikir, barulah suami, isteri tak banyak bercanggah antara satu sama lain.
Maklumlah masing-masing ada sikap dan ego sendiri, tentu sahaja ada benda yang tak sebulu. Kadang-kadang perkara kecil pun boleh buat gaduh, bila pandangan suami dan isteri tak selari.
Mula-mula mungkin sudah hendak faham kehendak dan kemahuan pasangan, namun lama-lama insyallah segalanya makin selari bila suami dan isteri saling bertolak ansur.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Bila Berumahtangga Selarikan Cara Berfikir
Suami, Setiap kata-kata kebaikan yang kau arahkan kepada isteri dengan niat mendidik adalah dinilai sepenuhnya kebaikan oleh Allah.
Sekali pun isteri belum mahu turut untuk taat dan patuh, teruskan memimpin dan mendidik.
Isteri masih belum menutup aurat dengan sempurna, teruskan nasihat mendorong beri semangat.
Fahamkan Apa Yang Mahu
Isteri masih belum sepenuhnya faham kehendak diri kau, tunjuk ajarkan bagaimana cara yang sesuai dengan kau. Mungkin selama ini kau sekadar menyuruh tanpa sempat untuk fahamkan cara apa yang kau suka. Jadi untuk kali ini, tunjukkan sekali.
Suami, Isteri kau tidak hidup dengan kau semenjak kau lahir. Dia hidup dengan cara hidup keluarga dia, kau dengan cara kau sendiri.
Bertemu di umur puluhan tahun. Yang masing-masing sudah ada cara hidup dan pegangan sendiri. Sudah ada tabiat sendiri.
Bila berumahtangga, selarikan dan selaraskan cara berfikir kamu dan isteri. Supaya tindakan kamu dan isteri sama dan tak banyak yang menyanggah antara satu sama lain.
Dan proses itu bukanlah mudah. Biasa kadang-kadang ada langkah berlainan arah, jangan mudah marah dan menyalahkan isteri.
Pegang lembut tangan isteri, tunjuk cara yang kamu setuju. Berlembut itu lebih mudah daripada mengarah kasar.
Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ketua
Suami, Ingat, kau ketua. Setiap apa yang kau dan ahli keluarga kau lakukan akan Allah pertikaikan atas kau.
Selamatkanlah diri kau sendiri dan ahli keluarga kau daripada api neraka. Itu arahan Tuhan dalam kitab suci kita.
Tidak ertinya mencintai isteri kau jika jejak langkah kau seolah merelakan dia berlari laju menuju ke pintu neraka. Na’uzubillah.
Itulah. Firdaus Mokhtar, Saya pun suami.
Mingguan Wanita : Di awal perkahwinan mungkin banyak perkara perlu difahami, insyallah berkat kesabaran dan bertolak ansur semuanya akan menjadi lebih mudah kepada pasangan suami isteri. Renung-renungkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
MW berjaya menghubungi Dayang Zalina yang merupakan ibu kepada pelajar istimewa, Wan Azmeen Aiman Wan Awat (14). Menurut Dayang lagi, anak bongsunya ini merupakan anak mild autism. Sejak anaknya disekolah rendah lagi, Aiman telah dididik untuk mengutamakan Allah dalam setiap hal dan menjaga hubungan baik dengan guru.
Dalam satu perkongsian di facebook, Aiman dilihat memegang dua kertas kecil berwarna kuning sambil sebelah tangannya menadah tangan. Sebelum ini Aiman juga pernah menghantar dua keping surat berbeza, kepada Mufti Wilayah Persekutuan; Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang merupakan idolanya.
Doa Aiman untuk kesejahteraan guru-gurunya
Assalamualaikum..ini anak autisme saya. Sayu tengok kelibat dia lepas solat sampai bergenang airmatanya berdoa. Lama pujuk dia nak tengok apa doa dia. Moga Allah perkenankan doa nya. Rindu dengan guru….dia luahkan dalam doanya. (maaf tulisan dia kurang kemas)
Antara isi kandungan doa Aiman di dalam dua kertas kecil itu adalah…
“Ya Allah, rahmatilah semua guru-guru yang mendidik kami. Lindungi guru dan semua keluarga mereka. Semoga Allah balas semua jasa mereka. Aiman rindu dengan mereka. Moga semua ilmu yang mereka ajar, Allah berkati. Moga syurga firdaus buat mereka. Amin Ya Rabbal Alamin,”.
Salah satu surat Aiman kepada idolanya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
Macam mana akhlak anak saya?
Tambah Dayang lagi, walaupun anaknya tidaklah cemerlang pencapaian akademiknya…tiap kali bertemu guru yang mengajar anak-anaknya… soalan pertama yang diajukan kepada guru-guru, bukanlah bagaimana pencapaian akademik anak saya.
“Sejak dulu lagi, saya tidak akan bertanyakan mengenai perkembangan pencapaian akademik anak saya sebaik bertemu guru-guru mereka…terutamanya sewaktu hari mengambil kad laporan mereka di sekolah. Saya akan bertanya mengenai akhlak mereka dan kemudian barulah mengenai pencapaian mereka.
“Sejak dari darjah satu lagi, saya sentiasa berulang kali mengingatkan Aiman untuk memuliakan guru. Ini kerana tertib dan adab menuntut ilmu jika dipelihara sebaiknya membolehkan seseorang mendapat keberkatan. Walaupun akademik Aiman tidak cemerlang, Aiman selalu menjaga hubungannya dengan guru.
“Saya selalu pesan pada Aiman, sekalipun cikgu marah…jangan sesekali kecil hati. Mungkin ada perkara yang tanpa sedar kita dah buat dan ada waktunya teguran itu perlu. Sejak itu Aiman sentiasa menjaga hubungan baiknya dengan guru-gurunya baik dari sekolah rendah, hinggalah dia kini belajar di sekolah menengah,”kongsinya.
Aiman sumber inspirasi buat abang dan dua orang kakaknya
Aiman bukan ujian tetapi anugerah
Aiman ini hadirnya mendidik kami sekeluarga. Dia bukan ujian buat kami, malah kami sekeluarga banyak belajar dari dirinya. Sejak dari darjah satu hingga ke darjah enam, saya dan Aiman akan berulang alik ke sekolahnya berjalan kaki berdua. Rutin anak autism ini setiap hari harus sama dan mereka tidak boleh menerima perubahan.
“Sepanjang perjalanan kami ke sekolah, sambil dia menggenggam tangan saya…selalunya kami akan mengisi masa itu dengan berzikir. Aiman juga tak pernah marah kalau kami terpaksa berjalan dalam hujan, sebaliknya dia menegur saya supaya sentiasa bersangka baik dengan apa yang Allah berikan walaupun hujan.
“Selain itu anak autism ini perlu pandai kita ambil hatinya. Saya sendiri menggunakan pendekatan pujian dan sentiasa mengingatkan dia dengan redha Allah dalam tiap perkara yang dilakukan. Contohnya saya akan guna pendekatan lain bila part nak suruh dia pegang buku atau buat latih tubi.
“Arahan seperti anak tipikal mungkin tidak begitu sesuai untuk Aiman. Bukan mudah nak tengok dia elok je capai dan pegang buku dan keluarkan pen terutama jika memang tiada kerjasekolah untuk di buat. Sejak beberapa bulan saya akan ubah sikit tekniknya.
Saya selitkan arahan dalam bentuk doa. Contohnya: Ya Allah…aku bersyukur atas kurniaanMu anak istimewa yang soleh, rajin dan sentiasa berusaha untuk belajar. Aiman sangat baik ya Allah. Aiman anak yang rajin. Dia tidak suka sengaja membuang masa. Mama sangat gembira dia akan gunakan masa terluang untuk membuat latihtubi…”. Aamiin.
Dia yang mengaminkan doa mama..yang penting doa mama doa berirama seperti ada rentak lagu. Sebenarnya pagi ni dia sempat terjah dalam masa mama berdoa…”ya Aiman nak buat latihtubi Pendidikan Islam…”.
Bila nampak dia capai dan keluarkan buku dan pen…taburlah bunga pujian dan kucup dahinya. Alhamdulillah minima hampir 1 jam pun syukur. Mama sangat yakin bila kita sebagai ibu mulakan pujian kepada Allah swt…insha Allah..Allah akan bantu,”.
Terlalu banyak sisi menarik yang kita sebagai orang dewasa boleh mencontohi pekerti Aiman walaupun usianya baru 14 tahun.
Antaranya sentiasa menjaga wudhu dan berwudhu, menyantuni pekerja am yang mengangkut sampah dan memuliakan mereka dengan panggilan ‘orang mulia’. Selain itu Aiman juga mengisi masa lapangnya dengan banyak membaca Al-Quran, buku tauhid dan apa-apa saja bahan bacaan yang menceritakan tentang kekuasaan Allah.
Sering berjaga untuk menunaikan solat tahajud dan juga solat dhuha setiap hari. Dia juga akan pastikan dirinya dalam berwudhu setiap kali pergi sekolah dan membaca al-Quran. Rutin ini tak boleh tinggal…..walau lambat macam mana pun nak ke sekolah.
Tambah ibu ini lagi, kerana Aiman dia menjadi manusia lebih sabar, lebih menjaga tutur katanya, lebih dekat pada Allah. Bukan niat nak mendabik dada, tetapi Allah kirimkan Aiman kepadanya bukan sia-sia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...