Memang ada benarnya, bila bergaduh dengan pasangan limitnya cukuplah sehari semalam, kalau lebih daripada itu, itu ego. Bukan apa, sedangkan lidah lagi tergigit, jadi bergaduh, terasa hati dan bermasam muka itu adalah lumrah dan asam garam dalam rumahtangga. Namun bagaimana setiap pasangan suami isteri menanganinya supaya hubungan kembali harmoni itu yang paling penting.Malah jika dibiarkan, hubungan boleh rapuh dan goyah.

Hadamkan betul-betul perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini.

Bergaduh dengan pasangan ni, limitnya cukup dengan sehari semalam.Kalau lebih dari tu, itu EGO.

Bergaduh pagi, petang baik balik. Bergaduh petang, malam baik, bergaduh malam, keesokan pagi kena baik. Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari-hari.Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain.

Artikel Popular: Bila Suami Dengar Cakap Isteri Bukan Sebab Tiada Ego, Tetapi Untuk Kebaikan Bersama

Paling Ego

Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia. Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang PALING EGO dalam rumah tu.

Wajib Baca: Petua Orang Lama, Rahsia Bahagia Rumahtangga Berkekalan Hingga Ke Hujung Usia

Bergaduh Dengan Pasangan Limitnya Cukuplah Sehari Semalam, Kalau Lebih Itu EGO!

IKLAN

Lelaki ada ego, perempuan ada ego. Kena tahu ego ni kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego. Sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri. Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.

Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita. Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.

Trust me, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi. Siapa salah, dia mintak maaf, siapa yang silap, dialah yang perbetulkan. Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat. Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dia lah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut.

Simple.

Semoga bermanfaat!

IKLAN

Artikel Menarik: Cara Muliakan Hati Isteri, Suami Kena Turunkan Ego Layani Pasangan Ikut Perintah Allah

Mesti Baca: Hanya ISTERI Sahaja Tahu Baik Buruk, Sikap & Perangai Suami Yang SEBENAR

Mingguan Wanita: Setuju sangat. Jika bergaduh dengan pasangan, tak perlulah lama-lama. Turunkan ego dan kembalilah berbaik semula untuk keharmonian rumahtangga dan menggelakkan hubungan jadi lebih teruk.

Sumber: Firdaus Shakirin

IKLAN

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI