Setiap pagi bila tengok tanaman segar dan sihat, mesti hati berbunga-bunga. Masa inilah kalau boleh nak siram tanaman yang ada, bimbang takut ‘mati’.
Sementelah, kalau nampak ada tanaman mula layu, laju-laju je mak-mak siram tanaman. Sayang. Sebolehnya, biarlah tanaman ia sentiasa segar dan membuahkan hasilnya.
Bagi mak-mak, satu kewajipan yang mesti dilakukan adalah siram tanaman pada waktu pagi dan petang. Namun, ada juga yang langsung tidak kisah waktu bila pun. Asal nampak pokok mula layu, cepat-cepat mak menyiram.
Baik pokok tanaman atau bunga-bungaan, jangan sesuka hati nak siram tanaman. Jangan ingat tanaman hanya perlukan air semata-mata dan tak kira waktu.
Noleh dikatakan, nak siram tanaman pun kena ada waktu yang sesuai, bukan main siram saja. Inilah yang dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad tentang waktu efektif untuk mak-mak menyiram hasil tanaman masing-masing.
Saya ada mendapat pertanyaan tentang: boleh tak siram tanaman pada waktu tengah hari?
Jawapannya.
Waktu menyiram tanaman adalah pada waktu pagi iaitu sebelum jam 10 pagi dan sekali lagi pada waktu petang iaitu sebelum jam 6 petang. Ini adalah waktu yang paling efektif.
Waktu pagi tanaman memerlukan cahaya dan air yang banyak. Cahaya untuk proses fotosintesis dan air untuk menyegarkan tanaman.
Waktu tengah hari tidak digalakkan untuk menyiram terutamanya pada jam 12 tengah hari – 3 petang.
Ads
Kenapa?
Pada waktu ini cuaca yang panas boleh menyebabkan tisu-tisu dan sele-sel yang terdapat pada tanaman akan mudah tercedera jik disiram dengan air.
Pokok akan kelihatan segar semula, itu memang betul tetapi tisu yang ada pada pokok telah tercedera sedikit emi sedikit. Dalam jangka masa panjang akan menyebabkan tanaman cepat mati dan daunnya akan mudah menjadi kuning kecuali pokok-pokok yang tahan lasak.
Kesimpulannya, menyiram tanaman pada waktu tengah hari adalah tidak sesuai dan tidak digalakkan. Jika terlihat tanaman layu sedikit pada waktu tengah hari, tak mengapa. Tunggu sehingga jam 4 petang ke atas, baru siram. Nanti tanaman akan segar semula.
Mingguan Wanita : Ingat ye mak-mak, tak digalakkan. Nak pokok tahan lama siram saja waktu pagi dan petang.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Banyak betul makanan kucing di jual di pasaran, macam-macam jenama ada. Tapi, tak semua si bulus suka makan dan sesuai untuknya. Silap haribulan, bulu boleh gugur dan masalah lain pula timbul.
Lagipun, makanan kucing pun boleh tahan juga harganya. Kalau harapkan wetfood yang dibeli mahunya ‘botak’ kepala tuannya. Jadi, apa kata buat sendiri dan boleh gilir-gilir dengan wetfood.
Perkongsian daripada IrwanAli cara buat makanan kucing yang paling jimat dan tahan berminggu-minggu. Paling penting si bulus gemuk dan gebu gebas.
Rahsia, tip dan resipi untuk si bulu jadi lebih GEMOK DAN GEBU GEBAS!
Memang sangat JIMAT bila buat sendiri makanan kegemaran si bulus. Dapat banyak lepas tu tahan berminggu-minggu dan boleh tukar atau campurkan dengan wet food yang dah ready in market.
Bahan pun senang dan sangat mudah nak buat.
Bahan-bahannya:
– Ikan Sardin
– Dada Ayam
– Labu Manis
– Kuning Telur
.
.
.
.
Cara Buatnya:
STEP 1
– Buang perut ikan dan cuci bersih
– Isi ayam dipotong dadu
– Labu manis di potong kecik/dadu
.
STEP 2
– Masukkan ikan, labu dan dada ayam dalam periuk
– Masukkan air hingga bahan tenggelam
.
STEP 3
– Apabila semua bahan dan masak, keluarkan semua bahan
– Asingkan isi ikan dari tulang
– Kisar semua bahan rebusan dan masukkan telur kuning
– Jangan lupa, masukkan sekali air rebusan tadi dan kisar semua bahan sehingga separuh hancur
.
.
.
STEP 4
– Keluarkan semua bahan yang dah di blender tadi ke dalam bekas untuk disimpan dan ready untuk dihidangkan kepada si bulus.
.
.
.
Mingguan Wanita : Tak susah pun nak buat. Rajin dengan tak rajin saja. Nak jimat kenalah buat macam ni.
Sekarang ini, banyak yang boleh mak-mak buat pilihan untuk mencari dapur memasak yang canggih dan cantik. Ramai juga yang lebih suka guna air fryer daripada dapur kaca yang pelbagai jenama dan coraknya.
Bagi sesetengah mak-mak, ada yang selesa guna dapur kaca untuk memasak. Barulah rasa puas hati. Malah, ada juga yang makin cnggih dan moden hanya guna dapur elektrik saja.
Tak kisahlah dapur kaca, eletrik, induksi dan sebagainya, yang penting dapur tetap berasap untuk berikan hidangan yang lazat-lazat pada keluarga.
Walau bagaimanapun, canggih atau tidak dapur seseeorang itu, penjagaan juga sama pentingnya, lebih-lebih lagi mak-mak yang selesa menggunakan dapur kaca.
Selalu kita dengar cerita yang dapur kaca tidak semean-mena pecah ketika memasak dan mungkin juga selepas itu. Bila diingat balik, dapur itu tak sampai setahun digunakan.
Kenapa boleh berlakunya dapur kaca ini pecah. Ada sebabnya ia jadi mudah pecah. Fatimah Salim, ada berkongsi tip untuk elak mudah pecah.
Terdapat banyak jenis bahan binaan (aka material) yang digunakan untuk membuat dapur memasak seperti kaca, kaca berplumbum (lead glass), seramik dan borosilikat.
Disebabkan banyak kemalangan sewaktu memasak yang berlaku, di sini kita hanya akan bincangkan dapur kaca tempered (tempered glass). Ambil tahu cara pengendalian bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini seperti letupan dan kebakaran. Tambah lagi jika kejadian berlaku sewaktu ada anak kecil bersama.
Dapur kaca tempered digunakan mengantikan dapur borosilikat kerana ia lebih cantik di samping lebih tahan haba, tidak bertindakbalas (inert), tidak mengalirkan elektrik juga kalis air dan gas.
Namun, ia mudah pecah jika tidak dijaga dengan baik dan betul. Tip dalam menggunakan dapur kaca tempered ialah:
1. Jangan tutup permukaan kaca -setengah dari kita sayangkan dapur, takut tumpahan minyak atau kotoran pada permukaan. Namun dengan menutup dapur, haba akan terperangkap lalu membuatnya mudah retak.
2. Jangan guna kuali dan periuk yang terlalu besar- penggunaan periuk dan kuali yang besar terutamanya yang diperbuat daripada logam akan memerangkap haba lalu memindahkannya kepada dapur. Ini boleh menyebabkan dapur ini mudah retak.
3. Jangan letak kuali atau periuk di atas permukaan kaca kerana beban yang berat.
4. Maksimumkan penggunaan secara berterusan selama 2 jam sahaja. Ini kerana, penggunaan yang lama akan meningkatkan pengumpulan haba.
5. Jangan sesekali mengelap atau membersihkan dengan kain basah tunggu sehingga dapur sejuk supaya tidak berlaku “kejutan “ atas perubahan suhu yang drastik. Lalu menyebabkannya retak.
Kredit gambar MATJO
Mingguan Wanita : Tak kisah jenis dapur apa sekali pun, cantik, murah atau mahal. Yang penting dapur tetap berasap untuk diberikan pada keluarga.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Cili kisar antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan dan dijadikan stok untuk memudahkan memasak. Bukan apa proses nak buat cili kisar ni agak renyah daripada menggunting,merebus hinggalah mengisar cili. Stok cili kisar yang dah dibuat kemudiannya disimpan dalam peti sejuk.
Namun entah di mana silapnya, selalunya cili yang dibuat tak tahan lama, mudah rosak, berbau masam dan berkulat. Memang kita boleh beli cili kisar yang dijual di pasaran namun pastinya mempunyai bahan pengawet yang kita sendiri pun tak pasti kandungannya.
Sebenarnya nak hasilkan cili kisar yang tahan lama sehingga 3 bulan tak berkulat untuk dijadikan stok ada caranya. Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Roazura Bahari ini.
Sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat.Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Cili kering
Minyak Masak
Garam Kasar
Air Asam Jawa/cuka
Cara Membuat:
1 .Potong 2 cili kering dan rebus.
2.Selepas rebus sejukkan, buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar.
3. Tambah garam kasar, minyak masak ,air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili). # air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan.Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto ,yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika selalu buat stok cili kisar asyik rosak, berbau masam dan berkulat, boleh cuba tip yang dikongsikan ini barulah boleh tahan selama 3 bulan.
Sumber: Roazura Bahari
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri pelik bekas suami tuntut rumah jadi harta sepencarian, "sesen tak bayar tolong drill langsir saja. Seorang wanita tampil meluahkan rasa terkejut dan kecewa...