Memang geram dan geli bila cicak banyak berkeliaran di rumah. Apatah lagi cicak jenis binatang yang kotor sering meninggalkan najisnya merata-rata. Jika ada masalah sebegini, boleh cuba buat sendiri Perangkap Cicak yang mudah dan jimat kos ini. Hanya guna keratan kotak dan double sided tape sahaja.
Nak tahu lebih lanjut caranya boleh ikut idea yang dikongsikan oleh Encik Mohd Sanusi ini.
Semalam jadi tukang tangkap cicak. Boring-boring lockdown, kita DIY perangkap cicak daripada kotak & double sided tape.
Bahan & alatan: Keratan kotak & double sided tape saiz lebar, gunting
Umpan: nasi & cebisan ikan bilis (ada cadangan umpan yang lebih efektif untuk cicak?)
Kos: Lebih kurang RM2
Cara Membuat:
1. Potong kotak ikut saiz yang sesuai dan mudah nak letak di lokasi.
2. Double sided tape lagi lebar lagi bagus. Beli kat Mr diy murah, RM2 lebih.
3. Dapat siapkan 8 set.
4. Umpan nasi dan ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pulak.
Ads
5. Letak umpan kat tengah-tengah perangkap.
6. Letak perangkap di lokasi yang biasa jadi tempat cicak berkeliaran.Antara lokasi yang biasa cicak dijumpai.
Mingguan Wanita: Menarik DIY Perangkap Cicak yang dikongsikan ni. Jadi jika ada masalah cicak berkeliaran dekat rumah tu, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Mudah dan jimat kos.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Pokok Pudina banyak khasiatnya dan selalu dijadikan penambah aroma dalam minuman dan masakan. Daun pudina letak dalam teh panas, sedap sungguh, wangi dan segar je rasanya. Namun bukan mudah nak tanam pokok pudina ni.Kena tahu teknik dan cara yang betul barulah pokoknya hidup subur dan segar merimbun.
Rupanya teknik mudah tanam pokok pudina guna pucuknya yang matang. Tak sampai sebulan boleh biakkan berpuluh pasu. Punyalah banyak.
Masa mula-mula nak tanam pudina, saya beli 2 pasu kecil dari nusery. Satu pasu berharga RM 10, kiranya saya habiskan rm20 untuk dapatkan 2 pasu.
Bagi saya agak mahal, tapi disebabkan isteri saya suka dengan bau pudina, saya nekad untuk beli dan biakkan pokok pudina ni.
Alhamdulillah tak sampai sebulan, saya berjaya membiakkan berpuluh pasu pokok pudina.
2 cara saya guna:
Pertama rendaman keratan batang ke dalam air. Kedua tanam terus ke tanah menggunakan pucuk.
Hasil pemerhatian saya, menggunakan pucuk lebih mudah untuk membiak.
Cara-cara tanam pudina menggunakan pucuk:
1. Pemilihan medium (saya guna tanah sawit campur)
2. Saya pilih pucuk matang, saya ada sertakan gambar yang telah dilabel A dan B.Kedua-duanya adalah pucuk, yang membezakannya adalah pucuk matang dan pucuk tidak matang.
– Gambar A merujuk kepada pucuk yang kurang matang, batangnya berwarna hijau muda, peratus untuk hidup adalah kurang.
– Gambar B merujuk kepada pucuk yang telah matang, batangnya berwarna purple muda, peratus untuk hidup Insyaallah lebih tinggi.
3. Selesai memilih pucuk, cucuk pucuk tersebut ke dalam medium yang telah dipilih (pastikan medium telah digembur terlebih dahulu).
4. Siram medium sehingga basah lencun.
5. Letakkan di kawasan teduh di antara seminggu – 2 minggu.
6. Pucuk yang berjaya hidup akan sentiasa hijau dan mula menampakkan pertumbuhan.
7. Dedahkan kepada cahaya matahari secara beransur-ansur.
Info Ekstra!
Pokok pudina yang telah stabil boleh diletakkan di bawah matahari penuh
Anak pokok boleh dibaja seusia 2 minggu dalam kuantiti yang sedikit.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka berkebun dan nak tanak pokok pudina sendiri di rumah boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan ini. Barulah pokok pudina hidup subur dan segar merimbun.
Wanita bila stres jangan berdiam diri. Sebagai seorang wanita terutamanya mereka yang bekerjaya pastinya akan berhadapan dengan stres. Jika bukan kerana masalah di tempat kerja, anda juga tidak akan lari tekanan di rumah.
Tolonglah jangan sering menyimpan stres dalam diam. Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, solat dengan khusyuk atau journaling. Ingat, hati yang tenang mencerminkan jantung yang sihat.
Wanita Bila Stres Jangan Berdiam Diri
Terutama bagi wanita 35 tahun ke atas, ujian tekanan darah, kolesterol dan gula darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pencegahan itu jauh lebih baik daripada rawatan. Ingatlah Jantung bukan sekadar organ, tetapi pusat kasih sayang, kekuatan dan kehidupan seorang wanita. Jaga ia seperti mana anda menjaga keluarga, kerjaya dan impian.
Ini 7 Tip Bijak Menjaga Kesihatan Jantung Buat Wanita
Mulakan Hari dengan Senaman Ringan
Sama ada brisk walk, yoga atau stretching pagi, aliran darah yang lancar akan membantu jantung mengepam darah dengan lebih efisien. Cuma 30 minit sehari sudah cukup memberi impak besar!
Amalkan Pemakanan Jantung Sihat
Fokus pada makanan tinggi serat seperti oat, buah beri, sayur hijau dan ikan berlemak (salmon, sardin) yang kaya Omega-3. Elakkan makanan bergaram dan bergoreng yang mengganggu tekanan darah.
Elakkan Tekanan Emosi Berlebihan
Wanita sering menyimpan stres dalam diam. Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, solat dengan khusyuk atau journaling. Ingat, hati yang tenang mencerminkan jantung yang sihat.
Dapatkan Tidur Berkualiti
Tidur kurang dari 6 jam setiap malam boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Wujudkan rutin tidur yang tetap, dan jauhkan gajet sejam sebelum tidur.
5.Kawal Berat Badan Ideal Obesiti menjadi pencetus utama tekanan darah tinggi dan diabetes – dua musuh utama jantung. Kira BMI anda, dan urus berat badan dengan penuh disiplin dan kasih sayang terhadap tubuh sendiri.
6. Berhenti Merokok & Kurangkan Alkohol Rokok menyempitkan saluran darah, menyebabkan jantung bekerja lebih keras. Bagi wanita, kesannya lebih agresif kerana hormon estrogen juga boleh terjejas.Lakukan Pemeriksaan Jantung Secara Berkala
7.Terutama bagi wanita 35 tahun ke atas, ujian tekanan darah, kolesterol dan gula darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pencegahan itu jauh lebih baik daripada rawatan.
Peneraju Rawatan Jantung Di Malaysia
Bagi mereka yang memerlukan rawatan jantung terbaru Institut Jantung Negara (IJN) telah melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pusat perubatan pertama di Asia Tenggara yang berjaya melaksanakan implan perentak jantung dwiruang tanpa wayar pertama di dunia, iaitu Abbott AVEIR™DR.
Pakar Perunding Kanan dan Pengarah Klinikal Intervensi Elektrofisiologi dan Peranti Boleh Diimplan Datuk Dr Azlan Hussin berkata pencapaian itu mencerminkan komitmen IJN dalam menetapkan piawaian baharu untuk menjadi peneraju rawatan jantung di Malaysia dan serantau.
“Perentak jantung dwiruang tanpa wayar ini bakal memperbaiki penjagaan pesakit sedia ada dan mencipta peluang untuk merawat lebih ramai pesakit, termasuk kanak-kanak.
“Dengan pemansuhan penggunaan wayar dan poket pembedahan, sistem perentak jantung baharu ini mengurangkan risiko komplikasi seperti jangkitan, wayar tercabut, atau salur darah tersumbat,” ungkapnya.
Pada masa yang sama Dr Azlan juga berkata komplikasi jangka panjang lazimnya antara satu hingga dua peratus, atau dalam sesetengah kes ia lebih rendah berbanding perentak jantung konvensional.
Setakat ini, 18 pesakit sudah menerima peranti baharu ini, dengan implan pertama dilaksanakan pada 27 Mei, hasil pengalaman lebih sedekad IJN dalam teknologi perentak jantung tanpa wayar, menyaksikan hampir 900 pesakit telah menjalani prosedur melibatkan teknologi baharu itu.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau bercakap pasal kurus, sampai esok pagi pun wanita sanggup berjaga. Ramai yang mencari formula nak kurus terutama bagi mak-mak yang lepas bersalin. Dek kerana keghairahan nak kurus, ramai yang terjebak dengan produk pelangsingan. Duit habis beribu tapi badan tak juga kurus.
Daripada dok buang duit guna produk kurus yang belum tentu selamat dan berkesan, lebih baik kita cuba diet yang tengah viral sekarang. Cuba betul-betul diet telur rebus ni, confirm kurus tau. Ramai dah yang cuba dan akui keberkesanan diet telur rebus. Minggu ini Mingguan Wanita kongsi menu diet seminggu telur rebus. Jom cuba!
Isnin
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: 1 biji epal hijau & roti gandum penuh
Makan Malam: Salad & ayam masak stim
Selasa
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: salad & ayam panggang
Malam: 2 biji telur rebus, salad dan oren/ limau
Rabu
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: keju rendah lemak, tomato & roti/ sandwic
Malam: Salad & ayam masak stim/ sup
Khamis
Sarapan-Buah-buahan &2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: Buah-buahan
Malam: Salad & ayam masak stim/ sup ayam
Jumaat
Sarapan: Buah & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: sup sayur dan 2 biji telur rebus
Malam: Ikan bakar & salad/ ulam
Sarapan-Buah & 2 biji telur
Makan Tengah hari-ayam bakar/ ayam masak stim bersama salad/ sayur
Malam: Sup sayur
Khasiat Telur Rebus
1-Sumber protein dan serat yang sihat, ia membuatkan perut kenyang lebih lama.
2-Membantu meningkatkan metabolisme tubuh
3-Dikatakan dapat membantu membakar lemak
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...