Musim cuti persekolahan ni mak-mak tentunya dah ada perancangan nak bawa anak-anak bercuti dan habiskan masa bersama. Kalau masih buntu dan tak tahu mana nak tuju, apa kata ke taman tema Legoland Malaysia Resort, di Johor Bahru. Sepanjang bulan Disember yang merupakan cuti persekolahan dan juga musim perayaan Hari Natal yang bakal disambut tidak lama lagi, taman tema akan membawa salji sebenar ke Malaysia bagi memberikan pengalaman musim sejuk yang penuh keajaiban! Setiap 30 minit, para pengunjung dapat menyaksikan penurunan salji di hadapan Big Shop, sekaligus menjadikannya sambutan yang paling unik di Malaysia sempena musim perayaan ini. Selain itu, para pengunjung juga dapat mengalami pengalaman artik di seluruh taman tema termasuk bar ais krim iglu yang pertama di Malaysia. Di situ, pengunjung juga dapat menikmati snek sejuk serta melihat rusa kutub LEGO® serta makhluk mitos elf yang menakjubkan!

Bagi meraikan semangat saling memberi, ia turut menawarkan pelbagai hadiah bernilai sehingga RM100,000 melalui Cabutan Bertuah Kalendar Advent LEGO® bagi pengunjung bertuah setiap hari. Malah, seorang pemegang Pas Kemasukan Setahun yang bertuah berpeluang memenangi sebuah Nissan Almera (bernilai RM72,000) pada 25 Disember*. LEGOLAND® Malaysia Resort juga berkerjasama dengan Finnair dimana satu keluarga bertuah akan berpeluang untuk memenangi percutian keluarga ke tempat asal LEGO® di Billund, Denmark! Di sana, mereka boleh menghayati dunia LEGO® dan membina kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Cabutan bertuah dan aktiviti sampingan lain

IKLAN

Selain pengalaman dan hiasan musim sejuk yang indah, para pengunjung juga dapat menyertai pelbagai aktiviti bertemakan musim percutian yang bukan sahaja menakjubkan tetapi juga sesuai bagi seisi keluarga, termasuklah:-

IKLAN
Nak Rasa Percutian Musim Sejuk? ‘Brick-Tacular’ Legoland Bakal Beri Keseronokkan Untuk Anak-anak
Rasai percutian musim sejuk hanya di Legoland Resort Malaysia
  • Cabutan Bertuah Kalendar Advent LEGO® – menampilkan 31 tingkap yang melambangkan setiap hari dalam bulan Disember. Setiap hari, seorang pengunjung bertuah berpeluang membuka satu tingkap pada pukul 7 malam dan memenangi sebuah hadiah hebat! Hadiah-hadiah tahun ini bernilai sehingga RM100,000 termasuk satu percutian sekeluarga, baucer petrol serta permainan LEGO® termasuk LEGO Star Wars dan NINJAGO™ yang popular.
  • Aktiviti Pembinaan LEGO Musim Perayaan – Dalam aktiviti ini, kanak-kanak dapat belajar membina orang salji serta pokok Krismas LEGO yang tersendiri. Hiasan yang direka akan dipasangkan pada pokok-pokok di sekitar taman tema. Selain itu, beberapa makhluk elf mitos serta orang Eskimo yang peramah juga akan membantu mencipta rekaan LEGO yang unik. Aktiviti ini bukan sahaja menjamin keseronokan bagi kanak-kanak, malah membantu mengembangkan pelbagai kemahiran baru seperti kerjasama berkumpulan dan kreativiti.
  • LEGO Santa’s Grotto – Apa makna Hari Krismas, kalau tiada hadiah dan Santa Klaus? Di Santa’s Grotto, selain dapat bertemu sapa dengan Santa Klaus, kanak-kanak juga boleh menghantar surat kepada Santa Klaus untuk berkongsi keinginan mereka serta mendapatkan kedudukan terbaik dalam ‘senarai nama budak nakal dan budak baik’..
  • Jingle Bell Ball – Para pengunjung dijemput untuk menyertai Jingle Bell Ball, iaitu majlis tari-menari LEGOLAND Malaysia Resort untuk berparti dan menari dengan makhluk mitos elf. Selain itu, watak-watak popular yang digemari ramai seperti Rudolf, Ollie The Dragon serta LEGO Toy Soldier mungkin akan membuat penampilan khas di majlis tari-menari tersebut.

LEGOLAND® Malaysia Resort akan meneruskan kesinambungan tradisi tahunannya dengan memasangkan lampu pada pokok Krismas LEGO Duplo tertinggi di Asia Tenggara, yang dibina dengan 427,695 bongkah LEGO. Selain itu, sesi menyanyi lagu Krismas juga akan disajikan bagi merancakkan lagi semangat perayaan ini. Bagi mengucapkan selamat tinggal kepada musim percutian dan menyambut Tahun Baru, para pengunjung juga dapat menyaksikan pertunjukan bunga api 3D LEGO® yang bakal menerangi langit taman tema ini. Namun, aksi ini telah diberikan nafas baharu – bongkah-bongkah LEGO akan jatuh dari langit semasa pertunjukan bunga api 3D LEGO!

IKLAN
Nak Rasa Percutian Musim Sejuk? ‘Brick-Tacular’ Legoland Bakal Beri Keseronokkan Untuk Anak-anak
Pelbagai aktiviti untuk disertai pengunjung sepanjang bulan Disember

Lebih menarik lagi, pelbagai promosi yang boleh didapati sepanjang musim percutian ini di Legoland Resort Malaysia termasuklah dengan pembelian 2 tiket dewasa anda akan dapat 1 tiket kanak-kanak secara percuma. Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang. Boleh bercuti dan siapa tahu dapat menang hadiah menarik ketika berkunjung ke Legoland Resort Malaysia. Nak tahu lebih lanjut boleh layari lama sesawang www.legoland.com.my. Enjoy!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI