Semalam, dilaporkan Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 anggota bomba yang cedera parah selepas diserang dalam insiden rusuhan kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya, keadaannya semakin merosot dan membimbangkan.
Rentetan perkhabaran itu, pagi ini, isteri Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN).
Menitis air mata bak seorang ibu yang pilu melihat keadaan anaknya yang sedang tenat. Beliau yang tiba kira-kira jam 9.50 pagi itu sempat mendengar sendiri penerangan daripada doktor pakar yang merawat Adib.
Dalam laporan IJN semalam Adib, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya ini dimaklumkan fungsi paru-parunya mengalami kemerosotan yang progresif.
Ads
“Selepas menjalani pemeriksaan, paru-paru Muhammad Adib menunjukkan tanda-tanda penyatuan dan pengerasa pada tisu paru-paru. Kondisi itu menyebabkan pertukaran gas tidak efektif.”
“Bukan itu saja, fungsi buah pinggangnya juga bertambah buruk sehingga menyebabkan dia memerlukan semula sokongan dialisis,” kata IJN.
Keadaan terkini Adib, membuatkan IJN dengan beberapa disiplin perubatan memutuskan untuk menggunakan semula mesin sokongan Veno-Venous Extracorporeal Membrane Oxygenation (vv-ECMO) bagi membantu paru-parunya berfungsi.
“Kami (IJN) sangat mengharapkan doa daripada rakyat Malaysia untuk mengembalikan kesihatan Muhammad Adib,” ujar IJN.
Ads
Tun Dr Siti Hasmah Doakan Adib Segera Sembuh, Minta Keluarga Bersabar
Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohamad Hamdan Wahid, “Tun Dr Siti Hasmah mendoakan Adib segera sembuh dan berharap pihak keluarga bersabar atas kejadian yang berlaku.”
“Pada masa yang sama, beliau sempat berpesan kepada semua anggota bomba supaya berhati-hati dalam menjalankan tugas untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.”
Ads
Kejadian 27 November, jam 1 pagi lalu, Muhammad Adib ke lokasi bagi memadam kebakaran kereta di luar kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dengan anggota pasukannya.
Malangnya, Adib yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRA dikatakan telah ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.
Adib juga rupanya sedang menanti hari untuk melangsungkan perkahwinan pada 26 Disember ini dengan tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi.
Semoga tunang Adib terus kuat dan cekal serta berdoa untuk Adib kembali pulih.
Begitu juga rakyat Malaysia, jangan berhenti berdoa.. teruslah mendoakan kesembuhan untuk Muhammad Adib, anggota bomba yang dikasihi rakyat Malaysia ini.
Sumber/Foto : Sinar Harian, Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Daripada Allah kita datang, kepada Dia jualah kita kembali. Selepas 3 minggu bertarung nyawa menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 9.41 malam tadi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan Muhammad Adib sudah meninggal dunia.
Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Hang Tuah pada pagi esok untuk penghormatan terakhir.
Selepas itu, jenazah akan dibawa menaiki helikopter untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah. Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor.
Pasukannya mahu memadamkan kebakaran kereta di luar lokasi rusuhan. Malangnya, dipercayai Adib menjadi mangsa serangan perusuh di kuil tersebut.
Sejak 27 November lalu, Adib dimasukkan di unit jagaan rapi Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby Subang Jaya, sebelum dipindahkan rawatannya ke IJN, Kuala Lumpur.
Kesihatan allahyarham dilaporkan semakin merosot sejak semalam dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak semalam, dan malam ini tidak lagi dapat bertahan.
Allahyarham Muhammad Adib sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan ini.
MW : Tenanglah wahai Adib bertemu penciptaMu. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : astroawani, mstar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nak turun berat itu bukan mudah, nak naik berat pun bukan ambil masa sehari dua. Berbulan malah makan tahun kenaikannya.
Dan usaha nak menguruskan kembali berat badan yang dah naik itu pun kena ada disiplin, konsisten dan emosi yang kental. Tapi.. bila dah peroleh berat badan ideal, jangan sesekali sindir orang badan gemuk.
Sebab anda tak tahu macam mana teruk usaha dan keinginannya nak kurus, tapi belum berjaya.. berjaya. Ibu ini, Niena Samsir, ada pengalaman alami kenaikan berat dari 43kg ke 81kg.
Bila berat naik sampai 38kg, ibu ini tak mengeluh, sebaliknya melihat berat badannya itu sebagai satu hikmah yang perlu disyukuri.
Walaupun, mereka yang ‘chubby’ lagi montel ini tidak mengeluh, namun inilah ‘rasa’ sejagat yang siapa pun duduk dalam situasi ini akan alami.
Apa hikmah saya dapat bila berat badan naik dari 43kg sampai 81kg?
1. Saya makin sangat nak menjaga tutur kata especially bila melibatkan bab penampilan seseorang. (Cakap orang gemuk / tak cantik / buruk)
2. Saya selesa pakai jubah dan tudung size besar, padahal dulu segan nak pakai sebab nanti nampak macam alim sangat. (Ni dulu la pemikiran kolot masa zaman berat 43kg. Ntah pape kan)
3. Saya dah lama tak beli seluar jeans. Dan tak ada rasa nak beli seluar jeans dah.
4. Nafsu shopping dah tak kuat macam masa zaman badan slim persis model tak cukup makan.
5. Saya faham macam mana rasanya terluka bila orang sentuh isu berat badan.
6. Saya boleh nampak siapa yang sebetulnya ikhlas sayang saya, bukan hanya kerana penampilan.
7. Saya boleh tukar tayar sendiri (kalau saya kurus macam dulu, rasanya melompat pun takkan mampu longgarkan nut tayar)
8. Saya tetap kena kritik walau berapa pun berat badan saya. Kalau kurus, orang kata saya papan. Bila badan sedang-sedang, orang kata kurus baru cantik. Bila gemuk, lagi lah orang kutuk. So, ada beza ke? Takde (Tak kenyang dek pujian, tak mati dek kritikan)
9. Saya mampu dukung anak yang berat 14kg berjam-jam lamanya, especially kalau dia tak sihat dan ke hulu ke hilir minta dukung walaupun dalam rumah.
10. Saya boleh angkat suami saya. Hahaha, awak boleh angkat suami awak tak?
Menjaga kesihatan sangat dituntut. Tapi, jangan riak sangat dalam menjaga berat badan sampai menyindir orang yang badan gemuk. Not good, not good. Karang dia sumpah awak jadi lebih gemuk, baru awak tau. Nak ke?
Bayangkan emosi ibu selepas melahirkan, nak beri anak susu badan. Tapi susu badan langsing tak ada. Sampai dah lepas 7 hari pun, cuma titik-titik air susu saja yang keluar.
Anak pula ditahan diwad NICU kerana demam kuning dan ada viral infection. Ibu ini, Aimi Nawi lalui ujian getir yang jadi rutinnya pada setiap kelahiran, ‘susu tak keluar’.
Tapi nak share pengalaman Aimi nak menyusukan hero latest ni sebab dia yang paling mencabar sekali.
Lepas bersalin baby Zikri, as expected memang susu tak keluar. Tapi still buat skin to skin, ajar baby latch dan initiate stimulation. Alhamdulillah baby pandai latch sendiri.
3 orang anak sebelum ni at least kalau Aimi marmet nampak titik-titik susu keluar. Tapi kali ni langsung takde. Panik okay. Tapi pujuk diri susu ada tu cuma tak keluar lagi.
Lepas baby direct feed, Aimi pump untuk tambah lagi rangsangan. Lepas 3-4 hari nampak lah ada titik susu keluar dari satu mata. Okay it’s a progress.
After a week rutin df dan pump, barulah susu yang menitik satu-satu tu nampak banyak sikit. Tapi still setitik-setitik. Kalau anak-anak sebelum ni at least masuk seminggu tu dah boleh breastfeed dengan agak lancar.
Masa ni serius Aimi mula panic and stress dah. Rasa nak menangis tapi tahan dan kuatkan semangat je. Baby pun lagi banyak susu botol dari susu badan.
After a week Aimi continue je rutin df (direct feeding) dan pump tu tapi nak start kumpul EBM dan bagi baby minum ikut botol. Sebab bila baby df, dia malas nak hisap lama-lama sebab susu keluar setitik-setitik je kan. Letih lah dia.
So bila time feeding tu Aimi bagi baby direct feed untuk stimulate. Then Aimi pump. Buat POWER PUMPING SEJAM kot baru lah dapat dalam 1/2oz ke 1oz. Bagi baby minum through botol.
Serius penat giler. Baby kuning so kena susukan every 2 hours. Nak susukan baby pun kadang setengah jam. Pastu sambung power pumping sejam. Kadang boleh rest 15-20 minit je dah kena susukan baby and pump balik. Tapi at least baby dah more on breastmilk dari susu formula.
Dah lah penat tak cukup tidur, almost setiap hari pulak kena ulang alik KK check kuning. Doktor pulak setiap kali jumpa mesti kata “susu mama tak cukup ni, kena top up ya”.
Mau tak stres dengar kan. Yes doc meant well tapi Aimi yang dah exhausted doing the best that I can so that baby still boleh minum breastmilk tu, hati dah rapuh kalah ranting tua. Tinggal nak snap je. Serius badan kata give up je tapi hati kata keep fighting.
Hari ke-13 baby warded NICU pulak sebab viral infection. There was one time baby menangis non-stop sampai lah nurse datang dan bagi dia susu formula guna syringe baru dia stop dan tidur. Padahal sebelum tu dah few times Aimi direct feed dia.
Nurse tanya susu dah kering ke. And I couldn’t answer sebab mata ni dah bertakung air tinggal nak mengalir je.
Malam tu kena tinggal baby dekat NICU. Sebelum balik masuk jenguk dia tengok dia dah duduk bawah lampu. Condition dia masa tu dengan oxygen line semua nampak dia suddenly lemah. Rasa hiba sangat tengok dia.
On the way balik dalam kereta Aimi senyap je. Tengah tahan perasaan. Husband perasan. Dia pegang tangan Aimi and cakap InshaAllah baby okay.
Sambil menangis I said to him “He needs my milk. Kalau susu banyak takpe jugak. Ni susu pun macam takde. How am I supposed to help him to get better.”
Sampai rumah dekat pukul 1 pagi. Ikut hati nak tidur je sebab dah penat sangat. Tapi gigihkan diri buat jugak power pumping fikir esok boleh bagi EBM dekat baby. Sambil pump sambil tengok gambar baby dalam phone.
Masa pump tu memang meleleh air mata tau. That time I felt so powerless and helpless. Lemah sangat.
I prayed to Him. Aimi cakap Aimi sedar susu tu rezeki Allah bagi untuk baby. Bukan Aimi yang hasilkan susu tu tapi Allah yang bagi untuk baby through my body. I can only usaha tapi susu ada hanya dengan izin Allah. Please jaga my baby for me. Hadirkan rezeki susu untuk baby. Izinkan Aimi dapat susukan baby and help him to get better.
Nak simpan EBM tu tengok dapat 4oz. Ehhh?Tak pernah dapat banyak tu. Biasa paling banyak pun 2oz.
The next morning Aimi bangun buat lagi power pumping. Masa ni dah nekad sikit banyak dapat janji ada untuk baby. Takat mana mampu bagi Aimi bagi je.
But to my surprise hasil power pumping pagi tu Aimi dapat 6oz.
Sampai NICU pagi tu tengok baby jaga. Angkat dia dan direct feed. Aimi nangis but definitely a happy tear. Subhanallah rasa beza sangat. I can feel that ‘let down reflex’ or some called ‘milk ejection reflex’. Baby pun sampai tersedak-sedak nak telan susu.
Lepas df baby, as usual Aimi pump. And to my surprise again dapat collect 5oz EBM. I was stunned. 5oz lepas dah direct feed baby. Aimi nangis sebab happy sangat.
Since then Alhamdulillah proses penyusuan Alif Zikri start lancar. Kerap jugak Aimi kena pump sepanjang dalam wad NICU dengan dia lepas baby df sebab breast still bengkak.
Aimi tak tahu setakat mana rezeki Zikri tapi as a mom, Aimi akan terus usaha sedaya mungkin. Selebihnya biar Allah tentukan sebab susu tu bukan milik Aimi tapi rezeki milik Allah untuk baby.
To my fellow bf mommies here are some tips Aimi boleh share based on pengalaman 4 kali susu tak keluar or keluar sikit lepas bersalin.
1. Teruskan direct feed baby every 2 hours tak kira sesikit mana pun susu keluar. The point is kita nak kena stimulate dan rangsang production susu. Takde rangsangan terbaik melainkan hisapan baby.
2. Lepas baby direct feed kalau dia still lapar bagi je susu botol. Ni memang contradict dengan ajaran mana-mana LC or geng hardcore bf. Tapi kalau dah baby menangis lapar kita pun stress kan. Kesian jugak dekat baby. Bukan bagi banyak pun. Just top up supaya baby kenyang dan boleh tidur. Biasa 1/2 oz pun tak habis minum.
3. Baby dah relax dah tidur, mommy sambung pump. Kita nak increase stimulation. Nak bagi badan kita faham “my baby needs more milk so aku kena produce lagi banyak”. Dan pump untuk stimulate ni tak perlu suction tinggi. Nanti luka pulak nipple tu. Low to medium suction je. Just nak stimulate.
4. Kuatkan semangat dan think positif. Allah akan jaga rezeki baby. Bukan kita yang mampu breastfeed anak atau tak tapi Allah yang bagi izin. Aimi set mind baby takde dosa, Allah sayang baby jadi Allah akan bagi rezeki susu tu pada baby. Ibu je kena usaha keluarkan susu tu.
5. Teruskan rutin df dan pump (stimulation) sampai susu dah lancar, dah cukup untuk baby dan dah tak perlu top up formula.
Bila decide nak top up formula pun jangan view sebagai jalan keluar. Some LC or hardcore bf sangat against bagi formula sebab nanti terus susu takde. Memang betul kalau ibu jadikan sebagai jalan keluar untuk masalah susu kurang or takde. Tapi as for me, Aimi jadikan sebagai temporary solution. Baby tak lapar, Aimi tak stress dan boleh keep on stimulate my body untuk increase milk production.
Aimi start proses breastfeeding baby Zikri ni dengan expectation yang rendah je. Sebab ikut pengalaman 3 orang sebelum ni, Aimi rasa makin tambah anak makin kurang susu. Tapi Aimi salah.
Allah yang bagi rezeki susu tu. Kita rasa kita boleh susukan baby. Tapi kita lupa Allah yang jaga rezeki baby. Baby takde dosa. Allah pelihara baby dan izinkan kita ada susu untuk keperluan baby. Kita ingat kita yang mampu susukan baby.
Dalam satu malam Allah boleh limpahkan nikmat susu untuk baby. Susu tu ada cuma Allah nak tengok sejauh mana kita usaha dan sekuat mana kebergantungan kita pada Dia.
And I think it’s not fair kata ibu gagal susukan anak sebab takde ilmu. Anak no 3 dulu aimi pergi kelas, seminar dan beli buku pasal bf tapi still mampu susukan sampai 10 bulan je.
Dan jangan bangga kalau dapat breastfeed baby. Sebab within overnight jugak Allah boleh tarik nikmat tu. Why? Sebab susu tu rezeki Allah bagi. So anytime Dia boleh tarik.
When it comes to breastfeeding,
Setiap orang ada masalah masing-masing.
Dan setiap orang ada had kemampuan sendiri.
Setiap orang ada kekuatan dan semangat tersendiri.
Paling penting, semua atas izin Allah. Semua milik Dia.
Let us not judge but support and encourage each other.
Nak cerita pasal curang, memang tidak akan ada penamatnya. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing bijak buat hal diam-diam tanpa memikirkan kesannya.