Kerja rumah yang mak-mak lakukan setiap hari memang tak pernah habis. Ada sahaja yang perlu ‘dibereskan’ sampaikan tak sempat berehat pun. Kadang-kadang, keadaan yang penat inilah membuatkan hilang mood isteri atau mak-mak hinggakan perkara yang kecil pun boleh jadi besar.

Sementelah dengan anak-anak yang semakin membesar. Ada sahaja yang mak-mak uruskan, bukan setakat memasak, membersihkan rumah, bahkan melayan peel anak-anak pun boleh but mood isteri bertambah teruk.

Ada masanya, mood isteri atau mak-mak boleh jadi tidak menetu kalau dia tak cukup tidur. Bayangkan dengan bangu seawal pagi, uruskan rumah tangga, lewat malam barulah isteri dapat tidur. Waktu iang sudah tentu belum tentu mak-mak dapat berehatkan!

Sebenarnya, kalau sesiapa pun tak cukup tidur, badan tidak bermaya untuk membuat sebarang kerja. Sekaligus mood pun jadi tidak menentu. Sebab itu, jangan main-main kalau mak-mak tak cukup tidur ini. Mahunya, dari elok terus bertukar ‘mak kau hijau’.

‘Mak kau hijau’, perumpamaan yang selalu diberikan buat mak-mak bila moodnya tidak elok. Tak cukup tidur, penat atau letih dalam uruskan rumah tangga tanpa henti, apatah lagi kalau suami tidak membantu dan anak-anak mula buat hal. Pantang salah sikit, mahunya terus hilang mood mak-mak.

Perkongsian daripada Dr Ana ini memang bermanfaat terutamanya dalam menjaga mood mak-mak. Tidur adalah satu keadaan yang mampu membantu mak-mak berehat. Tapi, jangan terlebih tidur, lain pula jadinya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cepat Marah Kesalahan Kecil Anak, Tanda Isteri Penat Mental & Emosi

Jangan Salahkan Isteri Kalau JARANG MASAK, Suami Kenalah Toleransi Penat Lelahnya

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

 

Mood Isteri Elok – Rahsianya Tidur Berkualiti

Rahsia jaga mood si ibu, benda ini nampak remeh tapi sebenarnya memberi impak besar tau!

Majoritinya, kalau mood ibu baik, Insya Allah, mood dan keadaan keluarga pun turut sama tenteram.

Memang kita ketahui, jadi ibu ini memang penat. Malah setiap mak-mak mahu pun isteri ada cbaran dan ujian tersendiri.

Kalau nak jaga mood mak-mak, pastikan dan galakkan mak-mak tidur awal supaya ia berkualiti.

IKLAN

Bangun Tidur, Penat

Pernah tak mak-mak rasa apabila bangun tidur, keadaan diri tetap juga penat?

Ini sebenarnya kualiti tidur yang mak-mak itu tidak bagus.

Macam mana nak tahu dan dapatkan tidur yang bagus. Caranya adalah dengan 90 minit sebelum midnight. Maksudnya, dalam jam 10.30 malam, mak-mak kena tidur.

Dalam Islam sendiri ada nyatakan keutamaan tidur selepas isyak. Ini kerana pada waktu itu, badan kita sudah mula rasa mengantuk.

Apabila kita tidur pada wakti itu, badan mak-mak akan mengalami ‘restoration’. Di mana, tenaga dipulihkan, maklumat yang kita dapat seharian di susun dalam minda dan level hormon adrenaline kita menurun. Jadi, stres pun berkurang.

IKLAN

Jadi, bila kita bangun, rasa segar dan tak adalah mak-mak mula bertukar jadi ‘mak kau hijau’ terutamanya bila anak buat salah sikit. Begitu juga kalau ada kerja tertunda, bangunlah awal.

Waktu ini lebih berkualiti, cuba-cubalah susun waktu tidur kita..

Ingat..
Nak tengok parenting seseorang bukan pada bagusnya behaviour anak, Tapi pada behaviour ibu ayah!

#drana
#harioncalltaklehtidurawal

MW: Baiklah, lepas ni mak-mak kena pastikan jam 10.30 malam masuk tidur ye. Esok bangun awal, badan segar tak adalah mood pun ke laut.

Sumber: Anayasmin Azmi

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI