Suara tarzan, itu realitinya mak-mak yang ada anak, rasanya mesti ada yang terpaksa lakukan ini apabila melihat karenah anak yang macam-macam. Beruntung lahai bila ada mak-mak yang lembut dan tak pernah marah pada anak-anak. Tapi, mungkin ada sesetengahnya hanya dalam dunia lakonan kot!
Suara tarzan, singa, petir atau sewaktu dengannya, itulah yang akan kelaur dari mulut mak-mak, apatah lagi bila badan dah penat dan tak mampu untuk berlembut lagi dengan anak-anak yang mula ‘buat perangai ‘ hinga menguji kesabaran mak.
Hakikatnya, dalam membesarkan anak-anak, kesabaran penting dan tidaklah sampai mencederakan anak. Paling tidak pun, rotan mesti ada kat rumah. Bukan untuk mendera, sekadar untuk memberi pengajaran.
Mungkin suami pandang ‘enteng’ dan ada juga yang boleh menerima kenyataan bila isteri mula keluarkan mengeluarkan suara’emas ini. Cuba bila dia sendiri berada tempat isteri, barulah tahu perasaan itu.
Itulah juga yang dialami oleh bapa tunggal kepada tiga orang anak ini. Dia turut dapat merasakan bagaimana perasaan mak-mak yang menjaga anak ramai dan pelbagai karenah. Malah, rotan mesti ada di rumah, sekadar memberi peringatan buat anak, hukuman jika ada kesalahan yang dilakukan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai
Anak Ramai Bukan BEBAN Tapi Setiap Mereka Telah Ditentukan Rezekinya
Info Lebih Menarik DI SINI
Suara Tarzan Mak-Mak Waktu Petang
“Abang, adik, baby, put back all lego and toys in their box. I count to 20 only this time!”
Piap! Piap! aku libas rotan atas meja sambil mula mengira 1, 2, 3.
Berdesing juga bunyi dia. Maka bergegaslah ketiganya mengemas segala mak nenek benda atas lantai tu dan susun balik bantal sofa di tempatnya dan buang segala sampah yang ada.
Begitulah.
Aku ini Asian Parent, jenis guna rotan.
Libas kat meja, kat sofa dan libas kat dinding. Pernah dua kali aku rotan anak-anak kat tapak tangan dan kaki perlahan sahaja pun agar depa tau rasa rotan tu macam mana dan apa impak dia kalau buat salah dan kalau tak ikut arahan.
Sebolehnya aku sentiasa nak berlembut.
Tapi tak mampu nak menegur dan mengajar anak berlembut manja macam retis. Aku buat semua seorang diri macam mak-mak lain yang full time urus rumah tangga.
Respect Mak Anak Ramai
Siapa yang anak lebih dari 3 dan mampu menahan menyimpan suara tarzan seperti guruh dan petir tu memang aku respek sangatlah. Yang anak satu pun memetir apatah lagi yang anak 5, 6, 7, 8 tu.
Mak-mak yang tak pernah langsung mendengarkan suara petirnya pada anak-anak tu memang aku respek gila. Bukan takde, tapi memang rare dan sangat power lah.
Suara petir ni biasanya keluar di waktu petang, betul tak?
Sebelah pagi mak-mak masih boleh bertenang. Tapi menjelang petang dia dah penat sangat dah. Sebolehnya lepas zohor tu dia nak pejam mata barang sejam untuk recharge tapi dengan anak semua kat rumah, pejam mata tu adalah khayalan semata-mata.
By the time nak masuk asar tu maka semangat tarzan guruh petir tu dah mula menyerap masuk ke dalam diri dah. Dah takde masa nak melayan kerenah anak dah, banyak lagi urusan rumah lain yang terpaksa dia siapkan sebelum berakhirnya waktu siang. Nanti malam pun banyak kerja lain lagi.
Tidak Ada Pembantu
Mak-mak ni manalah ada maid macam retis nak bantu semua kerja rumah tu kan.
Bagi mak-mak yang ada suami pun stress urus anak-anak ini apatah lagi mak-mak yang single dan juga bapak yang single macam aku ni. Double the stress.
Tapi, tidaklah mak-mak ni memetir sampai ke lewat malam. Mereka ini ada masa nak berlembut dan berkasih sayang dengan anak-anak waktu malam bila semua dah berbaring nak pejam mata.
Peluk, Cium Sebelum Tidur
Waktu tu mak-mak peluk, usap, belai cium anak-anak. Mak-mak akan cakap depa sayang anak-anak, beritahu kenapa mak-mak maran dan kenapa mak memetir. Beritahu juga mak-mak penat.
Mak-mak juga minta maaf dengan anak kalau dia terlebih dan terkasar waktu menegur dan mendidik.
Anak-anak pun peluk mak-mak dan cakap i love you. Mahu bergenang juga air mata mak-mak.
Begitulah.
Tak perlulah mak-mak terpengaruh sangat dengan drama artis-artis. Kita jadi kita sudahlah.
Ehh, kita pulak.
#superdaddy
Sumber: KHAIRUL ABDULLAH
Wakil Mak-Mak Semalaya.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI