Mufti Wilayah nasihat pekerja islam di bank konvensional cari kerja halal lain, terkait transaksi riba. Jika sebelum ini pernah tular pekerja-pekerja di pasaraya yang ada menjual arak agar mencari rezeki halal yang lain, kali ini kenyataan ini pasti mengejutkan merek yang bekerja di industri perbankan khususnya mereka yang bekerja di bank konvensional.
Memetik Irsyad Al-Fatwa siri ke 823, Hukum Bekerja Di Bank Konvensional, Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah menjawap satu pertanyaan dari pembaca berkaitan hukum bekerja di bank konvensional.
Mufti Wilayah Nasihat Pekerja Islam Di Bank Konvensional Cari Kerja Halal Lain
Dan pastinya ia agak mengejutkan bagi mereka yang beragama islam khususnya di barisan kaunter (teller yang melayan pelanggan dalam melakukan transaksi di bank), pegawai pemasaran (mempromosi produk-produk konvensional kepada pelanggan), penganalisis kredit (orang yang menganalisis kelayakan penerima pinjaman), account officer (pegawai yang melakukan pemantauan terhadap kelancaran pembayaran kredit oleh pelanggan), bahagian admin kredit, akauntan, pegawai audit, barisan kepimpinan bank dan seumpamanya. Mereka dinasihatkan untuk mencari pekerjaan lain yang halal dan bebas dari transaksi riba.
Jelasnya, bank konvensional adalah melibatkan muamalat riba, maka bagi mereka yang sudah melibatkan diri dalam dunia pekerjaan di bank konvensional, mereka perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencari pekerjaan halal yang lain.
Terkait Transaksi Riba
Meskipun begitu, adakah kesemua jenis bahagian dalam bank tersebut yang tergolong dalam kalangan mereka yang disebutkan dalam hadis di atas? Sehubungan dengan itu, mereka yang bekerja di bank konvensional ini boleh dikategorikan kepada dua golongan, iaitu:-
Golongan pertama: Mereka yang bekerja secara langsung dengan transaksi riba, maka pekerjaan itu hukumnya adalah haram. Antara pekerjaan yang terlibat secara langsung dengan transaksi riba termasuklah mereka yang bertugas sebagai teller (melayan pelanggan dalam melakukan transaksi di bank), pegawai pemasaran (mempromosi produk-produk konvensional kepada pelanggan), penganalisis kredit (orang yang menganalisis kelayakan penerima pinjaman), account officer (pegawai yang melakukan pemantauan terhadap kelancaran pembayaran kredit oleh pelanggan), bahagian admin kredit, akauntan, pegawai audit, barisan kepimpinan bank dan seumpamanya.
Ads
Golongan kedua: Mereka yang bekerja tidak terkait langsung dengan transaksi riba seperti pegawai keselamatan, cleaner dan selainnya, maka pekerjaan sebegini adalah harus. Hal ini kerana pekerjaan mereka tidaklah berkait dengan sebarang transaksi riba sama ada memasarkan produk, menyediakan produk, mengisi perjanjian dan sebagainya lantas mengeluarkan mereka daripada tergolong dalam mereka yang disebutkan dalam hadis.
Berdasarkan penjelasan di atas, apa yang dapat kami nasihatkan ialah mereka yang sudah melibatkan diri dalam dunia pekerjaan di bank konvensional, mereka perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencari pekerjaan halal yang lain. Wallahu A‘lam. Artikel penuh Mufti DI SINI.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Ads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ibu Kita Ni La Satu-Satunya.. Duit Bila-Bila Boleh Cari”. Memang ada benarnya sebagai seorang anak, mengutamakan ibu adalah segala-galanya. Lebih-lebih lagi apabila ibu semakin lanjut usia dan tahap kesihatan yang semakin merosot. Harta benda dan duit memang boleh dicari, namun mak itulah satu-satunya harta yang paling berharga.
Dapat Tawaran Program Penggambaran Luar Negara
Chef selebriti Datuk (Dr) Chef Redzuawan Ismail,64 atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mendedahkan bahawa dia menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen berkaitan kulinari dan travelogue.
Menurut Chef Wan, tawaran tersebut diberikan kepadanya para penonton dikatakan sudah mulai rindu untuk melihat kemunculan dirinya mengacarakan program sebegini di kaca televisyen.
Namun ujar Chef Wan, program bagi rancangan-rancangan ini memerlukan komitmen dan waktu yang agak panjang untuk tempoh penggambaran.
“Pengarah Astro Prima mahukan saya mengacarakan program 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan. Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu. Januari hingga Februari menjelajah dalam satu negeri sahaja.
” Pihak penaja mahukan saya juga sebab dah hampir 3 tahun saya tidak menjadi hos untuk program raya. Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran.
” Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelogue di Jepun. Mereka perlukan 2 minggu waktu saya untuk 8 episod. Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” ujarnya.
Berat Hati Terima Tawaran, Kanser Ibu Semakin Merebak
Tambah Chef Wan lagi, dia sebenarnya berat hati untuk menerima tawaran tersebut, lebih-lebih lagi selepas mengetahui perkembangan terkini mengenai penyakit kanser payudara ibunya yang semakin merebak.
Ibunya Noraini Abdullah atau lebih Cik Ani mencecah usia 91 tahun, mengalami Dimentia serta disahkan menghidap kanser payudara.
“Saya asyik terfikir macam manalah nak menjelajah ke tengah Asia untuk merakamkan program ini sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 minggu?
“Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyakit kanser ibu saya sudah semakin merebak. Saya terpaksa membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran tersebut,” kongsinya lagi.
Tangguh Program Rakaman
Bagaimanapun, Chef Wan tetap memuji sikap pihak penerbit kerana bersetuju untuk menangguhkan penggambaran program ke bulan lain.
“Bayangkan kalau saya ke luar negara dan ibu saya jatuh sakit, macam manalah saya boleh senang hati nak bekerja kan? Jika dekat macam sejam dua penerbangan, boleh la balik.
“Jadi, saya fikir, keputusan yang terbaik adalah untuk tidak mengacarakan program tersebut demi menjaga ibu saya. Saya juga minta pihak Astro untuk menangguhkan siri jelajah saya ke bulan Mei atau Jun.
“Mereka bersetuju. Alhamdulillah. Ibu kita ni lah satu-satunya. Duit bila-bila boleh cari jika rajin dan berkemampuan. Tetapi masa berharga saya dengan ibu, tidak boleh dibeli lagi,” akhirinya.
Mingguan Wanita: Setuju dengan apa yang Chef Wan kongsikan ini. Berbakti pada kedua orang tua selagi masih ada hayat mereka. Duit boleh dicari bila-bila, tapi pengorbanan berbakti pada mak ayah itu lebih berharga, tak boleh dijual beli.
Bersalin dalam koma ketika lawan COVID-19. Akhirnya pegang anak buat pertama kali. Kisah ibu kepada dua orang anak ini pasti beri inspirasi kepada semua.
Angela Primachenko, 27, telah melahirkan anak perempuannya Ava pada 1 April 2020 ketika dirinya dikomakan secara perubatan dan bergantung pada alat bantuan pernafasan. Pada masa yang sama wanita ini perlu berjuang untuk melawan coronavirus.
Primachencko tidak ada memori indah saat dia melahirkan Ava. Tetapi ibu ini akan sentiasa ingat hari dia akhirnya dapat memegang bayi perempuannya buat pertama kalinya.
Dalam temubualnya dengan Today.com, ahli terapi dari Vancouver, Washington ini menggelarkan dirinya sebagai ‘ a walking miracle ’ selepas keluar dari hospital, apabila dirinya disahkan bebas daripada coronavirus.
Primachenko telah menjalani dua ujian berturut-turut yang mengesahkan dirinya negatif Covid-19 sebelum doktor membenarkan dia bertemu dengan anak perempuannya Ava, yang berada di unit penjagaan rapi neonatal (NICU) di Legacy Salmon Creek Medical Center.
Foto kredit Instagram @angela_primo
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pada 16 April 2020, Primachenko dapat memegang dan memeluk Ava buat pertama kalinya. Dia memakai topeng penutup mulut sewaktu memangku anak keduanya itu.
Foto kredit Instagram @angela_primo
Tulisnya dalam akaun Instagram @angela_primo, dia perlu memakai topeng penutup mulut kerana semua orang perlu memakainya ketika melawat NICU. Dia juga gembira kerana perkembangan bayi perempuannya itu agak baik.
Malah setiap hari berat badan Ava juga turut bertambah. Dalam masa seminggu dua dia mungkin boleh membawa anaknya pulang ke rumah.
David suami kepada Angela, dan Emily anak sulung mereka yang berusia 11 bulan telah melakukan ujian dan tidak positif COVID-19, jadi David boleh memegang anak kedua mereka di NICU sebelum Angela boleh melihatnya.
Boleh Tulis Novel
Primachenko berada pada minggu ke 33 kehamilannya apabila dia mengalami demam dan gejala-gejala lain apabila diuji untuk COVID-19 pada 24 Mac 2020 lalu.
Lapan hari kemudian, dia perlu menggunakan alat bantuan pernafasan apabila dikomakan secara perubatan.
Akhirnya, dia berjaya melalui kesukaran tersebut. Dia tidak lagi dalam koma. Alat bantuan pernafasannya juga dibuka pada 6 April 2020.
Setelah sedar daripada koma, barulah Primachenko menyedari bahawa dirinya tidak lagi hamil.
Primachenko berharap ceritanya ini boleh memberikan harapan semasa pandemik COVID-19.
Foto kredit Instagram @angela_primo
“Beberapa minggu ini telah dipenuhi dengan banyak perubahan yang tidak dijangkakan dalam hidup…dan saya rasa seperti saya boleh menulis novel…tetapi untuk malam ini saya hanya mahu tulis yang hidup ini amat baik dan mari cuba cari kebaikan di dalamnya setiap hari,” tulis Angela Primachenko di Instagram.
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali. Ujian terbesar bagi mak dan ayah apabila anak tersayang ‘pergi’ terlebih dahulu menemui pencipta.
Salam takziah buat pelakon dan penyanyi terkenal, Safura Ya’cob yang berkongsi perkhabaran duka mengenai anak perempuannya, Noor Shafiela yang telah kembali ke rahmatullah, semalam. Ini juga merupakan kali kedua penyanyi ini diuji dengan kehilangan anak perempuan tersayang.
Ciuman Terakhir Mama
Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Sedalam Mana Cintamu itu memuat naik kapsyen ringkas serta beberapa hantaran gambar yang memaparkan jenazah anaknya telah dimasukkan di dalam van jenazah. Tanpa berkongsi punca kematian anaknya.
“Alhamdulillah, ciuman terakhir mama buat Not. Wangi seharum kasturi. Semoga Allah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela di dalam syurga Allah. Aamin.” ujarnya.
Rakan-rakan artis dan para peminat turut bersimpati mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan arwah. Antaranya seperti Zarina Zainuddin, Sharifah Shahora, Ezlynn, Wan Rashidah, Sharifah Shahira, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Selain Noor Shafiela, Safura turut mempunyai dua orang cahaya mata, Nurul Natasha Abd Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi menerusi perkahwinan terdahulu. Manakala perkahwinannya bersama pelakon Sahronizam Noor dikurniakan empat orang cahaya mata, Yusoff Firdaus, 12, Zara Nur Aisyah,11, Ariana Sofia,7 dan Nur Aisyah Mariam yang juga telah meninggal dunia pada 2008.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...