Honda HRV pula rosak selepas dua minggu pakai, 4 bulan kereta di pusat servis masalah belum ditemui. Nampaknya, isu pembuatan kereta yang gagal mengesan kerosakan sekali lagi menghujani media sosial.
Jika sebelum ini Bezza keluaran Perodua yang didakwa gula berada di enjin kereta, kali ini ialah melibatkan jenama Honda pula. Luahan seorang wanita, Noriya Mamat di facebooknya yang sudah empat bulan tertanya-tanya masalah dialami kenderaan baru dibelinya, Honda HRV. Keterujaannya memandu HRV hanya dirasai dua minggu saja dan semasa servis kali pertama 1000 KM, kenderaannya rosak dan masalah itu sudah berlanjutan selama 4 bulan dan masih tidak selesai.
Honda HRV Pula Rosak Selepas 2 Minggu Pakai
Berkongsi masalahnya di media sosial,, Noriya memaklumkan, pada 26 Ogos 2023, selepas 8 bulan menunggu, dia mendapat kereta idamannya, Honda HRV 1.5 Turbo. Ketika itu dirinya sedang mengandung 8 bulan.
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. Selepas 2 minggu kereta diguna, pada 23 September 2023, dirinya menghantar kereta ke Pusat Servis #HONDA Gong Badak, Terengganu untuk operasi servis 1000km. Kereta dihantar pada sebelah pagi dan sebelah petang kereta sudah boleh diguna seperti biasa.
Tetapi malangnya, selepas dua hari dibawa keluar dari pusat servis, kereta miliknya mengalami beberapa kerosakan.
“Controller lampu depan tidak boleh dilaras, lampu penunjuk pada dashboard berkelip-kelip selain lampu kecemasan (emergency light) menyala.
“Saya hantar kereta semula ke pusat servis dan seminggu selepas itu kereta boleh diambil.
4 Bulan Kereta Di Pusat Servis Masalah Belum Ditemui
Malangnya, masalah yang sama berulang. Kereta sekali lagi dihantar ke pusat servis. Saya terpaksa berulang-alik ke pusat servis dalam keadaan saya sarat mengandung pada ketika itu,” katanya sambil menambah, pada Oktober 2023, masalah keretanya masih belum diketahui.
“Pusat servis maklumkan dengan alasan TIDAK DAPAT MENGESAN PUNCA MASALAH KERETA”.
Ads
Kecewa dengan apa yang berlaku selepas berbulan hal ini berlanjutan, pada Disember tahun lalu, Pusat Servis #HONDA Gong Badak mengakui masalah masih belum ditemui. Kali ini, pegawai teknikal dari pihak HQ HONDA dikatakan akan datang ke Terengganu untuk melihat masalah kereta saya.
Tambahnya lagi, pada 10 Januari lalu, dirinya dihubungi oleh HONDA HQ dan dimaklumkan bahawa masalah kereta saya tidak dapat diselesaikan.
“Setelah 4 BULAN kereta berada di pusat servis, kali ini mereka maklumkan bahawa kereta akan dibawa ke HONDA HQ Kuala Lumpur untuk dipantau lebih lanjut dan tempoh sebulan untuk mencari penyelesaian.
Ajunya, berapa lama lagi dirinya perlu menunggu?
“Setiap bulan saya perlu membayar RM1.5K untuk kereta yang tidak saya gunakan.
Ads
Mengapa pihak HONDA mengambil masa yang lama untuk kes seperti ini. Di mana khidmat lepas jualan yang terbaik yang dijanjikan HONDA?
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pihak polis mengesahkan telah merampas sepucuk surat dipercayai sebagai nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun berhubung kejadian tragis yang menggemparkan negara baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, surat berkenaan ditemui ketika tangkapan dilakukan terhadap suspek dan bukan di lokasi kejadian seperti yang tular di media sosial.
“Surat itu ditemui pada suspek semasa tangkapan dan bukannya di dalam tandas (lokasi pembunuhan). Ia (surat) itu dalam siasatan pegawai penyiasat,” katanya dalam sidang media hari ini.
Surat yang kini menjadi bahan siasatan itu mengandungi tulisan yang mencetuskan tanda tanya ramai apabila menyatakan: “Dunia ini palsu. Saya sudah menang.” Frasa dalam nota terakhir suspek tikam itu kini diteliti bagi mengenal pasti motif sebenar di sebalik kejadian tersebut.
Siasatan Terperinci Nota Terakhir Suspek Tikam
Tambah Datuk Shazeli, siasatan menyeluruh sedang dijalankan melibatkan pelbagai pihak termasuk pelajar, guru, ahli keluarga serta wakil kaunseling sekolah. Setakat ini, sebanyak 57 keterangan telah direkodkan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes berkaitan nota terakhir suspek tikam ini.
Rakaman CCTV dan Latar Belakang Disemak
Beliau turut memaklumkan bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta penilaian latar belakang kedua-dua individu — mangsa dan suspek — turut diperiksa dengan teliti. Berdasarkan siasatan awal, pihak polis mendapati tiada unsur buli yang terlibat dalam kes tersebut.
“Pihak polis memandang serius insiden ini dan menyeru semua pihak termasuk sekolah dan masyarakat untuk bekerjasama memastikan keselamatan para pelajar sentiasa terpelihara,” jelas Datuk Shazeli lagi.
Kesedaran Awam Tentang Kesejahteraan Pelajar
Kejadian yang dikaitkan dengan nota terakhir suspek tikam ini membuka mata banyak pihak mengenai pentingnya sokongan emosi dan bimbingan kaunseling di sekolah. Para pakar psikologi turut menekankan keperluan pemantauan berterusan terhadap pelajar yang menunjukkan tanda-tanda tekanan atau kemurungan.
Pihak berkuasa menasihatkan agar masyarakat tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada siasatan dijalankan secara profesional. Kes ini dijangka akan memberi pengajaran besar kepada semua pihak dalam menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah.
“Tak Boleh Bayang Lenguh Tangan Mak Dia Dukung Baby”. Hakikat sebenar hari ini, harga barangan semakin naik. Malah ramai yang terpaksa bekerja keras untuk meneruskan kehidupan. Jika kita rasakan diri susah rupanya ada lagi yang lebih susah dari kita.
Allahu, tak dapat bayangkan bagaimana seorang ibu mendukung bayinya menaiki motorsikal dari Temerloh menuju ke Terengganu demi mencari rezeki.
“Tak Boleh Bayang Lenguh Tangan Mak Dia Dukung Baby”
Menerusi perkongsian saudara Syahmi Sarif menerusi akaun Facebooknya, menceritakan tentang sepasang suami isteri bersama tiga anak kecil mereka mengharungi perjalanan sejauh lebih 200 kilometer dengan hanya menunggang motosikal.
Ketika itu Syahmi menerusi perkongsiannya menerangkan secara kebetulan terserempak dengan lima beranak berkenaan ketika melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
“Selama saya naik highway ulang-alik Ajil ke AMBS setiap hari, banyak kali dah tengok motor rosak, kereta rosak.
“Tapi kali ini pertama kali saya jumpa orang bawa motor lima beranak dengan baby lagi. Saya berhenti tanya, dari mana. Dia beritahu dari Temerloh, datang Terengganu sebab nak pergi tempat kerja.
“Terkejut saya, dari Temerloh dengan anak-anak lagi. Tak boleh bayang lenguh tangan mak dia dukung baby atas motor,” terang Syahmi yang tidak sampai hati melihat keluarga tersebut.
Menurut pemuda itu lagi dia menawarkan diri untuk membantu dengan mahu menumpangkan dua anak mereka menaiki motosikal bersamanya. Namun mereka menolak pelawaan daripada Syahmi.
Nak Tolong Bawa Anak Mereka
“Saya kejar lepas tu berhenti pula di depan dia. Tanya dia okay tak? Tawar sekali lagi nak tolong bawa anak dia.
“Sekali lagi dia senyum sambil kata ‘takpe bang… takpe bang’. Lepastu mereka berlalu. Dengan tengah hujan lagi, dengan lori-lori besar lalu.
“Saya tak sedap duduk rasanya. Saya follow motor dia daripada belakang takut jadi apa-apa. Sambil follow, teringat pula macam mana susah payah mak ayah saya jaga saya dulu-dulu,”
“Allahuakbar… dalam kita duk mengeluh, Dia jentik menerusi (kisah) ini. Terus datang rasa bersyukur.
“Saya doakan anak-anak abang motor ni jadi anak soleh solehah, jaga mak ayah elok-elok apabila besar nanti.
“Posting ini sebab mahu mohon anda semua doakan keluarga abang ni semoga dipermudahkan urusan,” kongsinya lagi.
Pelakon jelita, Nora Danish, 43, kini berada dalam misi peribadi yang penuh makna, memadam setiap helaian kenangan lama di media sosial yang memperlihatkan dirinya tanpa hijab.
Di sebalik langkah yang kelihatan kecil itu, tersimpan tekad besar seorang wanita yang memilih untuk menutup lembaran lalu, bukan kerana malu, tetapi kerana mahu menghargai siapa dirinya hari ini.
“Fasa baharu.. Bismillah. Kami membuat keputusan untuk memadamkan semua foto tidak berhijab. Satu langkah menuju ke arah wanita yang saya impikan jadi,” tulis Nora dalam hantaran Instagram Story, sambil menzahirkan harapan agar hijrah ini terus mekar dengan istiqamah.
24,000 Keping Gambar Dalam Media Sosial
Ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui dirinya masih dalam proses menyaring kira-kira 24,000 keping gambar yang pernah disimpan di media sosial. Baginya, setiap foto lama itu bukan dosa yang ingin dipadamkan, tetapi jejak perjalanan yang kini diganti dengan keindahan berhijab.
“Saya tidak berniat menghapuskan masa lalu, tetapi saya memilih menghargai masa kini yang sudah berhijab,” tambahnya lagi dengan penuh rendah hati.
Nora yang mula bertudung sejak Julai 2024 itu berkongsi, keinginan untuk menutup aurat sebenarnya sudah berputik sejak usianya menginjak 40 tahun. Hanya kini, dia nekad melangkah penuh yakin.
“Doakan saya kekal istiqamah dan semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua,” pinta Nora tulus kepada para peminatnya.
Inspirasi untuk kita para wanita!. setiap perubahan memerlukan keberanian, setiap langkah hijrah menuntut keikhlasan. Seperti Nora, biarlah masa lalu menjadi guru, dan masa kini menjadi ruang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
Seperti Nora, kita semua punya peluang untuk membuka helaian baru. Bukan untuk menghapuskan siapa kita dahulu, tetapi untuk menghormati siapa kita hari ini. Wanita yang berani, wanita yang memilih jalan pulang kepada Tuhannya.
Hijrah bukan soal siapa cepat atau lambat, tetapi soal siapa yang berani memilih jalan kembali.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.