Baru dapat kereta 8 jam, gadis bingung enjin perodua Bezza 1.3 X  terus rosak. Perkongsian seorang gadis di media sosialnya, @Nagakanni Subramaniam meraih perhatian di media sosial apabila mendakwa kereta perodua Bezza 1.3 X yang baru sehari diambil di pusat jualan Perodua Segamat mengalami kerosakan enjin.

Lebih memedihkan, kereta baru itu hanya sempat berada bersamanya sekitar 8 jam sahaja dan perbatuan menunjukkan hanya sekitar 46 km sahaja dan enjin keretanya langsung tidak boleh dihidupkan sebelum towing dipangggil. Selepas dua bulan menunggu penyiasatan dari pihak Perodua termasuk meminta ganti sebuah kereta baru, gadis ini Nagakanni berkongsi hal ini di media sosial facebooknya agar haknya terbela.

Baru Dapat Kereta 8 Jam

Berikut perkongsiannya :-

Beli Perodua Bezza 1.3 X, bayar bulan-bulan, tapi tak boleh guna kereta. Ini kisah saya tentang kereta Perodua Bezza yang saya beli. Beli 8 jam, terus rosak. Dah lebih 2 bulan, masih takde jawapan dan tak selesai. Lagi sedih, saya masih kena bayar bulan-bulan RM537 walaupun kereta masih rosak. Mohon rakan-rakan untuk share kisah ni supaya hak saya terbela.

Baru Dapat Kereta  8 Jam, Gadis Bingung Enjin Perodua Bezza 1.3 X Terus Rosak

Ini kronologinya.

17 Oktober 2023:-

Saya beli kereta Bezza 1.3 X dari Pusat Jualan Harapan Terang Motor Sdn Bhd Segamat pada pukul 11 pagi. 8 jam kemudian, pukul 7.40 malam, bila saya start enjin, kereta dah tak hidup.

Gadis Bingung Enjin Perodua Bezza 1.3 X Terus Rosak

18 Oktober 2023:-

Kereta saya di-tow ke Pusat Servis Perodua Segamat. Pomen di Pusat Servis bagitahu yang enjin kereta saya dah rosak.

IKLAN

Baru Dapat Kereta  8 Jam, Gadis Bingung Enjin Perodua Bezza 1.3 X Terus Rosak

18 Oktober 2023 (hari yang sama):

Saya telah request Perodua untuk ganti kereta baru. Saya diminta untuk menunggu keputusan dari HQ Perodua yang memerlukan waktu dua minggu hingga satu bulan.

9 November 2023:

En Sufian Customer Sales Executive dari HQ Perodua call saya. Dia kata, menurut penyiasatan awal, enjin kereta saya rosak sebab ada benda asing seperti gula. Dia kata material tersebut tak digunakan oleh Perodua. Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh 8 jam tu, apatah lagi nak usik enjin.

15 November 2023:

IKLAN

En Sufian kata saya kena buat loan baru dulu untuk kereta baru.  Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia settlekan loan lama saya dulu. Sebab sehingga hari ni, saya masih bayar loan kereta tu.

4 Disember 2023:

Salesperson dari Pusat Jualan Harapan Terang minta dokumen dari saya untuk membuat pinjaman kedua. Saya tolak permintaan tu sebab pinjaman pertama saya masih belum selesai.

8 Disember 2023:

Customer Service beritahu bahawa Final proposal belum dipersetujui, dan Perodua sedang selidik kesilapan dalaman. Atau kata lain, mereka belum boleh bagi black and white approval untuk tukar kereta saya dengan kereta baru.

IKLAN

Baru Dapat Kereta  8 Jam, Gadis Bingung Enjin Perodua Bezza 1.3 X Terus Rosak

02 Januari 2024( hari ini / semalam):

Masih belum ada apa-apa jawapan (secara black and white) daripada Perodua walaupun dah lebih 2 bulan. Tapi saya masih kena bayar loan setiap bulan. Saya harap sangat kawan-kawan Facebook dapat share posting ini supaya Perodua dapat selesaikan isu ini. Saya hanya lawan untuk pertahan hak saya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Ibu Tertinggal Anak Dalam Kereta Didakwa, Dituduh Abai Anak Ketika Buat Urusan Dalam Talian

Wanita Nekad Terjun Dari Kereta Pemandu Grab Psiko

Budak Dirempuh Ketika Jatuh Dari Kereta Buat Pusingan U, Mak-Mak Pastikan Kereta Mode “Child Lock”

Anak 2 Tahun Meninggal Ditinggalkan 8 Jam Dalam Kereta, Ibu Sangka Anak Sudah Turun Ke Tadika

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Rupanya Saya Isteri No 2” Prof Dr Siti Rahaimah
“Hari suami meninggal, baru tahu saya isteri kedua. Selama ini hari-hari suami ada di rumah kecuali dia selalu out station. Sampailah hari dia meninggal di rumah saya dan ada perempuan jatuh di tangga (iaitu isteri pertama) menangis-nangis.
Lihat video penuh di Youtube & Facebook Mingguan Wanita.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI