Susulan ustazah tuduh suami dayus benarkan doktor lelaki sambut kelahiran, ini jawaban mufti hukumnya. Sekarang tengah kecoh di media sosial berikutan satu kenyataan dari seorang Ustazah Siti Afifah Shabudin mengenai suami yang jatuh dayus kerana doktor lelaki melihat kemaluan isteri saat melahirkan anak. Masa yang sama, katanya, ada doktor wanita dan para suami tidak menghalang hal ini terjadi.

Kata Ustazah ini dikongsi di Tik Toknya, suami yang membenarkan doktor lelaki melihat aurat isterinya ada tiada ehsan dan tidak membela nasib isterinya dan semua itu perlu dijawab di hadapan Allah kelak.

@sunnahtidakberbohong #doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong ♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin

 Kenyataannya menimbulkan pro dan kontra kerana tidak semua suami berkemampuan dari segi kewangan menyediakan kemudahan untuk isteri memilih doktor wanita di hospital swasta sebaliknya apabila tiba saat isteri bertarung nyawa, mereka tiada pilihan.

Bahkan kalau dibuat undian dan pengetahuan ilmu agama yang sedia ada, tiada isteri yang mahu alat kelamin mereka dilihat lelaki bukan muhrim. Betulkan.

Namun benarkah dari segi hukum syarak, doktor lelaki TIDAK BOLEH MELIHAT AURAT WANITA terutama dalam keadaan terdesak seperti mahu bersalin ini? Hal ini pernah dijawab oleh Mufti Wilayah dan diterbitkan dalam siri Al-Kafi pada tahun 2018. Mungkin apa yang disampaikan oleh Ustazah ini perlu diperhalusi sebaiknya kerana Mufti sudah menjawabnya pada 2018 lagi.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bersalin Empat Bulan Lebih Awal, Bayi Paling Pramatang Dunia Sambut Hari Lahir Pertama

Pantang Bersalin, Ini Tip Dr Amalina “Bukan Hanya Tempoh 44 Hari, Amalkan Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat”

IKLAN

Mingguan Wanita kongsikan apa dijawab oleh Mufti Wilayah berdasarkan soalan diberi oleh pengguna.

Salam. Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran dan melihat faraj wanita sewaktu bersalin sedangkan di hospital yang sama masih terdapat doktor perempuan? Bagaimana aurat wanita dalam perubatan?

Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,

Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.

IKLAN

Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat

  • Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan.
  • Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang thiqah (terpercaya).
  • Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.
  • Perawat boleh melihat kepada bahagian-bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya. Ini berdasarkan hadis Jabir RA:

أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الل


هُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحِجَامَةِ فَأَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجُمَهَا قَالَ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ كَانَ أَخَاهَا مِنَ الرَّضَاعَةِ، أَوْ غُلَامًا لَمْ يَحْتَلِمْ

Maksudnya: “Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”

Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)

Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)

IKLAN

Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah bagi syarah hadis ini:-

قد صرح علماؤنا بأن غير المحرم أيضا عند الضرورة يحجم ويقصد ويختن وقال الطيبي – رحمه الله – : يجوز للأجنبي النظر إلى جميع بدنها للضرورة وللمعالجة

Maksudnya: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: “Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Marqah al-Mafatih ٍ (no. 3103)

Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga,

Wallahua’lam.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI