Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung “Tahniah. Mak Pengantin Berseri-Seri” begitulah antara komen yang diberikan oleh warganet apabila Sharifah Shahirah atau Shiera berkongsi kisah gembira menerusi hantaran foto di Instagram apabila menerima menantu sulung.

Pengacara dan penyampai radio popular itu menerima menantu pertama selepas anak sulungnya, Allisya Tahir,25, selamat diijab kabul dengan lelaki pilihan dikenali Sham semalam.

Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung “Tahniah. Mak Pengantin Berseri-Seri”

Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung

Tuan punya badan juga berkongsi ramai yang pihak terkejut apabila dia sudah menerima menantu di usia 48 tahun selain ada kenalan yang mengalirkan air mata ketika majlis pernikahan berlangsung.

Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Shiera bersyukur anak sulungnya, Allisya sudah bernikah.

Untuk rekod Allisya adalah anak Shiera hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt yang berasal dari Singapura.

“Apabila Allisya minta izin untuk berkahwin, saya bersama ahli keluarga membuat persiapan untuk majlis pernikahannya. Tapi sejak semalam ramai yang terkejut apabila saya sudah menerima menantu.

“Saya bersyukur dan seronok apabila majlis pernikahan berjalan lancar. Walaupun ramai kenalan yang hadir menjangkakan saya akan menangis, tapi semua itu tak berlaku.

IKLAN

“Sebaliknya rakan-rakan artis yang hadir pula mengalirkan air mata dan berkongsi debaran mereka apabila perlu melepaskan anak dan menerima kehadiran menantu satu hari nanti,” kongsinya.

Baca Disini : Shiera Terkejut Keputusan SPM Anak Dapat A Subjek Matematik, Cemerlang Bahasa Inggeris

Sharifah Shahirah Bulatkan Hati Teruskan Niat Berhijab, Masih Dalam Proses Perbaiki Diri 

Allisya & Menantu Akan Berhijrah Ke Pulau Tioman

Anak dan menentunya juga bakal berhijrah ke Pulau Tioman untuk menguruskan perniagaan keluarga suaminya yang memiliki inap desa selain menjalankan beberapa aktiviti perkhidmatan kepada pelancong.

“Allisya memang sudah buat pilihan untuk tinggal di Pulau Tioman bagi menguruskan perniagaan kakak kepada suaminya yang mempunyai inap desa.

IKLAN

“Menantu saya ini memang orang pulau. Dia lahir dan dibesarkan di Kampung Salang, Pulau Tioman.

“Jadi dia sendiri pun memang memandu bot untuk bawa pelancong selain menjadi pengajar untuk aktiviti snorkeling,” sambungnya.

“Alhamdulillah, Tahniah Kak Shiera” Netizen

Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung “Tahniah. Mak Pengantin Berseri-Seri” Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung “Tahniah. Mak Pengantin Berseri-Seri” Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung “Tahniah. Mak Pengantin Berseri-Seri” Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung “Tahniah. Mak Pengantin Berseri-Seri”

Mingguan Wanita : Tahniah Shiera dan Ijoy terima menantu.

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber Foto :  Instagram Shiera Ijoy

Sumber : Harian Metro

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI