Meskipun sudah empat bulan berlalu, Kilafairy masih lagi dalam fasa menjalani kehidupan tanpa kelibat mama tersayang, Allahyarhamah Rohana Jalil yang menghembuskan nafas terakhir pada 20 Jun lalu.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jaghir Khan, 31 ketika ditemui pihak media di majlis pelancaran koleksi A Decade of Wows & Veils dari pereka fesyen Shanell Harun hujung minggu lalu berkata hanya video lama nyanyian ibu tersayang menjadi pengubat rindunya di samping azimat untuk dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan serta mencontohi kehidupan mama tersayang.
“Meskipun beberapa bulan sudah berlalu, Kila masih rasa ‘kosong’. Ada ketikanya Kila mengukir senyuman, tapi Kila sendiri tidak boleh melepaskan kesedihan selepas pemergian mama.Tiada hari yang tidak dipenuhi rasa rindu,” ujar Kilafairy yang menjadikan kebaikan ibunya sebagai inspirasi untuk dirinya merubah diri menjadi lebih baik.
Ads
Menyarungkan busana milik arwah ibunya di majlis pelancaran koleksi A Decade of Wows & Veils dari pereka fesyen Shanell Harun hujung minggu lalu, busana rekaan Shanell Harun itu mempunyai nilai sentimental untuk dirinya apatah lagi pakaian tersebut merupakan antara busana kegemaran mama tersayang yang digayakan ketika membuat persembahan tahun lalu.
“Ramai di kalangan rakan-rakan mama yang meminta unruk mendapatkan manna-mana baju mama sebagai kenang-kenangan. Tidak dinafikan susah untuk saya gayakan baju arwah kerana masih ada bau dan kenangan bersama dia. Saya dan adik beradik sememangnya merancang untuk memberikan sedekah pakaian arwah, tetapi ia belum dapat dilaksanakan memandangkan kami adik-beradik perlu berbincang mengenai perkara tersebut,” ujar Kilafairy lagi.
Sarung Busana Mama Ke Majlis Pertunjukan Fesyen
Shanell Harun antara pereka fesyen yang rapat dengan Allahyarhamah Rohana Jalil
Menjawab pertanyaan pihak media mengenai barangan peribadi Allahyarhamah yang terdapat di kediaman, Kilafairy berkata di rumah masih banyak koleksi baju arwah. Malah, barang-barang mama pun tidak banyak yang diusik kerana terlalu sukar untuk dirinya mengubah apa yang sedia ada di kediaman keluarga tersebut.
Ads
Kilafairy Terharu Ramai Mendoakan Arwah Mama Tersayang
Menyingkap tentang kebaikan ibu tersayang, Kilafairy berkata dia merasa sungguh terharu terhadap kebaikan yang diterima oleh dirinya sekeluarga sebaik ibu tersayang meninggal dunia.
“Selepas mama meninggal dunia, banyak perkara yang berlaku. Bayangkan, beberapa hari selepas arwah pergi, ada insan yang menempah dan memasang batu nisan di kuburnya selain ada yang datang membersihkan kuburnya. Alhamdulillah, mama disayangi ramai. Mama sememangnya seorang yang baik dengan semua orang, tak kira siapa sahaja. Saya sendiri tak tahu boleh atau tidak menjadi seperti dia,” ujar Kilafairy mengakhiri perbualan.
Tiada lagi kelibat Elly Mazlein di program All Stars Gegar Vaganza!
“Setelah memberi pertimbangan secara teliti, dengan rasa berat hati, Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil,” kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.
All Stars Gegar Vaganza akan terus dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta barisan juri professional dan bintang-bintang yang bertanding.
“Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti kesayangan ramai ini menerusia program-program Astro yang akan datang”,katanya lagi.
Dalam kenyataan yang sama, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43 tahun turut mengucapkan penghargaan buat peminat yang telah banyak memberi sokongan terhadapnya sepanjang mengendalikan program tersebut.
Menjengah ke laman Instagram milik Elly Mazlein yang lebih sinonim digelar Kak Lina Pom Pom, selebriti berusia 43 tahun ini memuat naik perkataan maaf bersama paparan skrin berita mengenai pengundurannya itu.
“Saya ingin mengambik kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya saya amat menghargainya,” ujarnya.
Elly Mazlein terpilih mengacarakan Gegar Vaganza musim kesembilan tahun lalu menggantikan Jihan Muse yang sedang bercuti selepas melahirkan anak keduanya. Ada penonton yang dapat menerima keberadaannya di pentas itu bersama Nabil dan Jihan, dan tidak kurang juga yang memberikan kritikan. Elly Mazlein baru-baru ini menerima kritikan cara dia mengacara program tersebut. Elly bukan saja dikritik netizen di media sosial, tetapi juga artis dan pengacara lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Maafkan kecurangan suami, Lesti Kejora tarik laporan polis dipukul. Kes keganasan rumahtangga melibatkan pasangan selebriti Rizky Billar dan isterinya, Lesti Kejora ternyata mengejutkan peminatnya apabila penyanyi dangdut itu menarik semula laporan keganasan rumahtangga yang dialaminya sebelum ini.
Jika sebelum ini ramai bersimpati tetapi dengan tindakannya selepas Rizky Billar ditahan polis semalam, dapat dilihat Lesti yang baru pulang mengerjakan umrah telah datang ke ibu pejabat polis Metro Jakarta Selatan, berbincang dengan pihak polis dan kemudian telah menarik laporan dibuatnya sebelum ini.
Benarlah kata pepatah, keras-keras nasi, bila direndam air akan lembut juga. Walau kecoh kesnya dibantai suami tetapi hati Lesti tetap lembut selepas dipujuk.
Kes keganasan rumahtangga melibatkan pasangan ini berlaku pada 28 September lalu di rumah mereka di Cilandak, Jakarta Selatan.
Pun begitu, walau laporan telah ditarik olehnya tetapi kes keganasan ini tetap akan berlangsung seperti dijelaskan oleh Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya Komisioner Endra Zulpan semalam.
Ini kerana siasatan telah dilakukan dan ada asas pertuduhan.
Jelasnya, menarik laporan adalah hak Lesti tetapi mereka telah menjalankan siasatan dan sudah sampai ke beberapa peringkat.
“Kita juga telah menahan Rizky atas kes ini selepas terkait bukti. Bahkan kami juga belum menerima permohonan secara rasmi mengenai penarikan laporan ini,” katanya memaklumkan bagi kes keganasan rumahtangga, jika sabit kesalahan bekas pengacara ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun. Sumber : Antara.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kes anak tertelan syiling ini bukan sekali dua mak-mak dengar. Biarpun beribu kali membacanya, kisahnya sebegini tetap mengundang rasa seram dalam diri mak-mak. Anak lelaki wanita ini telah tertelan syiling pada 22 Jun lalu dan sampai ke hari ini, masuk hari ke-8 syiling itu belum lagi keluar.
Inilah yang dialami oleh Puan Anys Sofyan apabila anak lelakinya mengakui yang dia telah tertelan syiling. Kongsi agar mempercayai kata-kata anak. Percaya dengan apa yang anak telah akui mereka buat. Dan disebabkan tindakan percaya itulah, dia tahu yang anaknya, Haqeef telah tertelan syiling.
“Please trust our child whenever they tell us what they do. Haqeef dah 2 hari tertelan syiling. Dah tunggu few days ni masih belum keluar dari najisnya. So we decided to do the X-ray. Ya Allah memang betul ada, so memang our child won’t lie.”
“I’m sorry Haqeff untill mummy didn’t realise Haqeef telan syiling. Tadi dah jumpa pakar bedah, doc cakap kalau mummy risau biar duduk ward today untill monday. Tapi seems Haqeef really active kita bagitau doc nak monitor dari rumah. So nasib lah dulu mummy Haqeef ni kerja dengan doc ENT, dia pun sependapat better monitor di rumah.
“Doc HTAR cakap monday datang balik do the X-ray again. If belum keluar dari najis kena refer to HKL and ready for operation. Kawan-kawan di Fb doakan Mohamad Haqeef and maaf mana yang di whatsapp tak sempat nak jawab.”
“Harap faham terkejar kat HTAR. Ramai yang tanya macam mana nak keluarkan syiling tu, saya pun tak ada jawapan. Itu kerja doc, semoga Allah permudahkan nanti. Kalau keluar syiling tu before Monday, alhamdulil lah bersyukur sangat-sangat.
“Maafkan mummy and daddy Haqeef, cuai sampai Haqeef kena macam ni. Parents out there please monitor setiap apa yang anak kita buat ok.” Ini luah ibu Haqeef pada 22 Jun yang lalu.
Doktor Kata Beri Saja Dia Nak Makan Apa
Sampai ke hari ini syiling itu masih lagi berada dalam perut Haqeef. Berganjak sikit dari yang X-ray pertama. Doa ibunya semoga syiling itu dapat dikeluarkan sebelum 2 Julai ini. Kalau tidak memang kena refer ke HKL lah jawabnya.
“Saya bagi saja apa yang dia nak makan. Doktor pun pesan bagi je apa dia nak makan. Pada 2 Julai nanti X-ray kali ketiga. Kalau belum keluar kemungkinan refer ke HKL untuk pembedahan.” maklum ibunya ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Kongsi hal jodoh, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mencuri perhatian apabila mengakui dirinya masih selesa dengan cara lama iaitu biarlah lelaki yang memulakan langkah pertama...