Macam sudah menjadi satu stigma dan perkara yang menggerunkan bila mentua tinggal dengan menantu perempuan. Tiada keserasian dan selalu ada masalah, tidak bersefahaman antara mereka.
Menantu salahkan mentua dan mentua pula salahkan menantu. Pasti ada saja yang tak kena di mata mentua.
Jangan nak salahkan menantu perempuan semata-mata. Kena tengok juga sikap mentua macam mana terutamanya bila tinggal dengan menantu, barulah nampak ‘true colur’.
Pesanan atok ini boleh dijadikan panduan. Betul apa yang dikatakan. Mentua tinggal dengan menantu kenalah jaga mulut. Nampak menantu salah, semua nak dijaja pada orang luar. Tka perlu buka aib sebab dia jugalah yang jaga anak kita.
Inilah antara pesanan daripada atok yang viral di tiktok tentang tip mentua tinggal dengan menantu. Mungkin menantu lelaki tidak banyak ‘hal’ sebab yang perempuannya anak kita.
Tapi kalau tinggal dengan menantu perempuan, janganlah diceritakan serba serbi kekurangan menantu.
Salah satu mulut tak jaga, ia boleh jadi menantu jadi benci dan marah.
Ads
Mingguan Wanita : Kalau dah berlaku dan baru nak ubah, rasanya dah terlambat.
Hidup kita tak pernah lari daripada berdepan masalah dan adakala mak,ayah terasa begitu letih apabila kerap diuji. Selepas satu masalah, diikuti masalah lain hingga satu saat mak, ayah buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Sebaiknya setiap kali mak, ayah berdepan dengan masalah, bagi ruang secukupnya pada diri sendiri. Kemudian ambil masa untuk bertenang dalam mencari penyelesaian. Barulah keputusan yang diambil tidak mengikut emosi dan membawa kebaikan untuk semua orang disekeliling.
Tempoh bertenang ini adalah masa untuk kita mewaraskan kembali fikiran dan menstabilkan semula emosi…
Berapa ramai yang menggunakan tempoh bertenang apabila menghadapi masalah? Apabila menghadapi kesulitan? Ada yang terus buat keputusan ikut perasaan…
Sebaiknya, ambillah masa bertenang terlebih dahulu atau lalui tempoh bertenang ini sebelum memutuskan untuk melakukan apa-apa keputusan yang melibatkan diri kita ataupun orang lain…
Bagi Peluang Pada Diri Sendiri
Sesekali itu, bagilah ruang dan peluang untuk diri sendiri…
Jangan fikir tentang masalah, jangan fikir tentang penyelesaian, jangan fikir tentang apa-apa… lalui sekejap hidup seperti biasa tanpa perlu memikirkan apa-apa yang melanda jiwa…
Kita perlukan waktu untuk diri sendiri… Untuk menilai akan apa yang terbaik yang harus kita buat, untuk diri sendiri… Tanya diri kita sendiri:
“Apa yang aku nak sebenarnya… Apa yang terbaik untuk aku…”
Listen to yourself… Selama ini, kita mungkin hanya memenuhi keinginan orang lain sehingga terlupa akan apa yang kita sendiri inginkan dalam hidup kita…
MW: Sebelum membuat satu-satu keputusan, ambil masa sebaiknya dan beri ruang pada diri sendiri. Barulah mak, ayah tidak tertekan dan dapat hadapi masalah dengan lebih tenang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Peguam Syarie Dedah Fakta Komunikasi Penting Dalam Rumah Tangga, Kunci Bahagia Suami Isteri
Komunikasi adalah salah satu kunci yang paling asas dalam sesebuah perkahwinan. Michele Weiner Davis dalam bukunya The Sex-Starved Marriage mengatakan bahawa pasangan yang memiliki kemahiran berkomunikasi boleh belajar dan menangani perbezaan mereka dengan lebih baik.
Banyak perkahwinan gagal separuh jalan kerana kurangnya komunikasi antara suami dan isteri. Bagaimanapun bukan semua orang mampu berkomunikasi dengan baik dengan pasangan.
Menurut peguam syarie dari Syazmee Sapian And Associates, komunikasi dalam rumah tangga adalah perkara yang sangat penting. Pasangan yang bahagia adalah pasangan yang sangat menjaga dan mementingkan komunikasi dalam rumah tangga mereka.
Tidak sedikit suami isteri yang komunikasinya tidak lancar kerana tidak tahu cara berkomunikasi dengan betul. Dengan mengetahui kepentingan berkomunikasi dalam perkahwinan, anda boleh mula mempraktikkan kebolehan ini agar perkahwinan berkekalan.
“Mustahil bagi sesebuah rumah tangga itu tidak timbul konflik atau permasalahan. Bak kata Tan Sri P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kebanyakan pasangan yang menghadapi masalah rumah tangga sehingga ingin bercerai, apabila diselidik kebanyakan puncanya adalah kegagalan dalam komunikasi.
“Enggan berkomunikasi, putus asa dengan komunikasi, jalan penyelesaian berpisah. Ini yang banyak berlaku. Apabila ada masalah, diam atau lari daripada masalah dan tidak mahu berbincang atau mencari jalan bersama. Tidak mahu saling menasihati,” katanya.
Jelas beliau lagi, ada juga yang sudah berbincang dan sudah puas menasihati tetapi pasangan tidak memberikan kerjasama menyebabkan mereka merasa putus asa untuk berkomunikasi. Jalan singkat, berpisah. Walhal komunikasi dalam rumah tangga ini ada peringkat-peringkatnya. Komunikasi secara sendiri, komunikasi melalui keluarga dan komunikasi melalui orang berautoriti.
“Kalau ada yang datang mahu bercerai, saya akan bantu selidik cari puncanya terlebih dahulu. Sudah tahu punca, akan tanya pada klien sama ada sudah berbincang dengan pasangan atau belum.
“Jika belum tahu puncanya, usahakan dahulu. Jika sudah tahu tapi tiada respon positif daripada pasangan, saya akan minta klien untuk merujuk dan meminta bantuan keluarga terdekat pula untuk berkomunikasi dengan pasangan,” katanya.
Jelas Syazmee lagi, jika masalah komunikasi masih tidak boleh diselesaikan maka usahakan pula untuk rujuk kepada bahagian kauseling di pejabat agama atau pun peguam untuk berkomunikasi dengan pasangan. Selepas daripada keseluruhan peringkat ini jika tiada jalan keluar daripada konflik, maka barulah difikirkan tentang perpisahan.
“Berdasarkan pengalaman mengendalikan kes, apabila mengikut langkah komunikasi ini, banyak sahaja peluang dan ruang untuk menyelamatkan rumah tangga daripada berpisah. Apa yang penting adalah komunikasi,” jelasnya,
Kita berkomunikasi bukan hanya semata-mata untuk menyelesaikan masalah. Tujuan berkomunikasi ialah bagi mewujudkan dan mencipta suasana bahagia yang boleh menghindarkan rumah tangga daripada masalah.
Bukan semua isteri berpeluang jadi ‘lady of leasure’. Ramai yang terpaksa bekerja semata-mata nak ringankan beban kewangan suami. Walau bekerja, isteri tetap jalankan tanggungjawab urus anak-anak di rumah.
Dia tak merungut sebab faham susahnya suami. Bila dah bekerja, urus anak, urus kewangan, macam-macam benda bermain di fikiran, makin kusutlah perasaan. Cantik isteri pun tak lama mana kekal. Ditambah bebanan stress lagi bertambah ketatnya wajah isteri.
Oh, tapi berapa ramai suami yang faham. Sebab itu ada suami yang bertanyakan pandangan pada motivator terkenal, Ustaz Ebit Lew. Bila mana isterinya sudah tidak cantik, selekeh malah mula marah-marah. Semua itu bersebab.
Bacalah Ini Wahai Suami..
Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik, selekeh, mula menjerit, asyik marah-marah, selalu mengadu sakit-sakit, layanan mereka tidak sempurna..
Seorang suami mengadu keadaan isterinya yang begitu. Jawab saya cuba kita uruskan anak-anak seminggu seorang diri. Hanya Allah yang tahu bagaimana rupa dan sifat kita agaknya..
Mereka jadi begitu sebab kerja mereka tiada cuti. 24 jam sehari. Termasuk isteri yang bekerja. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tak sempurna. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mencari rezeki buat keluarga.
Mereka tiada sesiapa lagi dalam hidup melainkan suami. Jika berjaya rumahtangga orang kata untung awak dapat suami baik. Jika gagal ibuayah marah anak perempuan sendiri tak pandai jaga suami.
Dari awal pagi kemas rumah. Siapkan suami dan anak-anak. Belikan atau sediakan sarapan. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan pelbagai kerenah anak dan suami.
Balik kerja segera cepat-cepat balik rumah. Siapkan makan minum suami dan anak-anak. Rumah kembali bersepah. Kemas rumah lagi. Duit gaji baru dapat belikan barang-barang dapur sementara tunggu duit suami. Mandikan dan bantu anak-anak buat kerja sekolah.
Isteri Rasa Sedih.. Menangis Dan Menangis
Bila suami balik, kadang-kadang anak seorang lepas berak. Seorang bergaduh dari tadi. Tinggi suara. Terus cakap dengan suami dengan muka masam kerana anak-anak. Banyak nak cerita, kerana ini teman hidup dan mati.
Tersilap mula ayat atau nada. Tak sempat cantik-cantik. Tak pasal-pasal suami terasa dan marah juga kerana penat. Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah.
Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Terus bersemangat dan berdoa. Meneruskan urusan rumahtangga kerana Allah dan suami.
Terus berlari siap-siap nak layan suami. Tiba-tiba anak-anak menangis, tak mahu tidur. Seorang lagi masa nak tidur nak makan dan berak lagi. Anak kecil asyik menangis. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Kadang-kadang tidur dengan marah..
Isteri sepanjang malam rasa bersalah…itulah seorang isteri dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan terus menerus uruskan rumahtangga sehingga habis usia. Sampai 40 tahun. Tapi mereka ikhlas kerana Allah. Itulah ibu kita dan ibu anak-anak kita..
“Khadijah ra tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama..”saya selalu minta isteri saya berdoa agar bertemu dengan wanita ini dalam syurga nanti..
Sebab tu kita lihat ayah-ayah kita semuanya selalu cool jer..tak kisah mak membebel . Sebab mereka tahu susah isterinya..fahami isterinya..
Sayangilah Isteri Kita, Maafkanlah Mereka.
Bantulah mereka di dalam rumah. Bersama-sama buat kerja rumah. Bantulah sikit-sikit. Jika kita nampak orang angkat barang banyak sebagai manusia kita akan tolong. Kita tengok kerja orang berat kita malu rasa nak duduk.
Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkanlah mereka. Beri cuti. Layan mereka seperti permaisuri sekali sekala. Mereka tiada gaji. Hanya kerana amanah mereka sebagai seorang isteri dan ibu. Jadilah pendengar setia dan penyayang.
Mereka bukan milik kita tetapi amanah Allah untuk kita pimpin masuk syurga..duduk rehat-rehat bersama baca Al-Quran, solat tahajud,doa, baca hadis Nabi saw.
Mereka bukan tukang masak. Bukan bukan bibik. Mereka hamba Allah dan Umat Nabi saw. Bertanggungjawab hidupkan Islam dan menuntut ilmu serta berkhidmat buat keluarga.
Itulah kehidupan rumahtangga saling memerlukan dan melengkapi. Kesucian hati seorang isteri dan ibu hanya menjadikan merekalah orang paling bahagia dunia dan akhirat. Ya Allah bahagiakanlah hati ibu dan isteri di luar sana. Ampunkan segala dosa mereka dan beri mereka syurga yang tinggi. Saya sayang ibu dan isteri saya kerana Allah.
Syukur kepada Allah, bila jalan tadi tengok buku isteriku Bidadari walau dah tahun ke 3 di pasaran masih top 5. Sentiasa menjadi buku terlaris..terima kaseh Allah. Terima kasih Allah.
Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Supaya setiap suami menyayangi bidadarinya dan setiap isteri melihat kekurangan diri sebagai bidadari syurga. Isteriku Bidadari 11 kaedah bimbing keluarga.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...