Kecantikan

Masker Coklat Anti Penuaan, ‘Hodoh’nya 20 Minit Cantiknya Sepanjang Zaman

Share

Macam-macam jenis masker ada di pasaran. Kalau rajin dan nak cari yang alami, buat saja sendiri masker coklat anti penuaan ini. Proses nak buat pun mudah saja, tak sampai 5 minit.

Masker coklat anti penuaan ini perkongsian daripada Puan Esyima Zamri. Cuma perlukan 3 bahan; serbuk koko, yogurt dan madu.

Yang ada masalah garis halus diwajah wajib try tau. Best kalau umur tahun 32, tapi orang ingat 22 tahun kan

 

Khasiat 3 Bahan Masker Coklat Anti Penuaan

Yogurt : jika disapukan pada diwajah, ia akan membersihkan dan menyebabkan kulit menjadi licin.

Madu : pula bertindak sebagai anti-septik semulajadi . Madu bukan sahaja menembusi kulit untuk menghidrat, tetapi juga melawan bakteria yang menyebabkan jerawat dan penyakit kulit yang lain.

Serbuk Koko : pula sangat berkesan untuk memudarkan radang dan kesan hitam disebabkan oleh sinaran matahari . Juga baik untuk memudarkan garisan halus pada wajah.

Gabungan Ketiga Ramuan : Ketiga ramuan ini, apabila digabungkan, akan menghasilkan masker anti-penuaan, anti-jerawat, anti-minyak yang sempurna!

 

Cara Membuat Masker Awet Muda

Madu – 1 sudu
Yogurt – 1 sudu
Serbuk koko – 1 sudu

*Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk. Kacau rata. Siap!

Sumber/Foto : Facebook Esyima Zamri

Syarat Sapu Masker Coklat Pada Wajah

√     Cuci muka dengan bersih terlebih dahulu. Buang segala macam jenis kosmetik pada wajah. Biarkan muka polos dan bebas alat solek atau kotoran.

√     Ambil masker coklat dengan jari yang bersih dan sapu pada wajah. Hati-hati jangan sampai terkena bahagian mata dan bibir yang sensitif.

√     Selesai sapuan, biarkan selama 20 minit. Masa ini tahanlah dari senyum, tergelak, nak marah anak, atau apa saja yang ada kaitan dengan memek muka.

√     Selepas 20 minit, cuci kembali wajah dan rasakan kesegaran dan halusnya kulit wajah.

√     Semasa mencuci wajah, gunakan gerakan mencuci di bawah untuk menaikkan seri wajah.

Gerakan mencuci wajah yang betul buatkan wajah lebih menonjol dan berseri. / Kredit foto : alibaba.com

√     Sebaiknya pakai pada sebelah malam. Anda boleh berehat dan lebih relaks daripada gangguan sesiapa.

√     Gunalah 2 kali seminggu untuk kesan kegebuan kulit wajah yang maksimum.

 

 

IKLAN