Macam-macam jenis masker ada di pasaran. Kalau rajin dan nak cari yang alami, buat saja sendiri masker coklat anti penuaan ini. Proses nak buat pun mudah saja, tak sampai 5 minit.
Masker coklat anti penuaan ini perkongsian daripada Puan Esyima Zamri. Cuma perlukan 3 bahan; serbuk koko, yogurt dan madu.
“Yang ada masalah garis halus diwajah wajib try tau. Best kalau umur tahun 32, tapi orang ingat 22 tahun kan”
Khasiat 3 Bahan Masker Coklat Anti Penuaan
Yogurt : jika disapukan pada diwajah, ia akan membersihkan dan menyebabkan kulit menjadi licin.
Madu : pula bertindak sebagai anti-septik semulajadi . Madu bukan sahaja menembusi kulit untuk menghidrat, tetapi juga melawan bakteria yang menyebabkan jerawat dan penyakit kulit yang lain.
Serbuk Koko : pula sangat berkesan untuk memudarkan radang dan kesan hitam disebabkan oleh sinaran matahari . Juga baik untuk memudarkan garisan halus pada wajah.
Gabungan Ketiga Ramuan : Ketiga ramuan ini, apabila digabungkan, akan menghasilkan masker anti-penuaan, anti-jerawat, anti-minyak yang sempurna!
Cara Membuat Masker Awet Muda
Madu – 1 sudu
Yogurt – 1 sudu
Serbuk koko – 1 sudu
*Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk. Kacau rata. Siap!
Sumber/Foto : Facebook Esyima Zamri
Syarat Sapu Masker Coklat Pada Wajah
√ Cuci muka dengan bersih terlebih dahulu. Buang segala macam jenis kosmetik pada wajah. Biarkan muka polos dan bebas alat solek atau kotoran.
√ Ambil masker coklat dengan jari yang bersih dan sapu pada wajah. Hati-hati jangan sampai terkena bahagian mata dan bibir yang sensitif.
√ Selesai sapuan, biarkan selama 20 minit. Masa ini tahanlah dari senyum, tergelak, nak marah anak, atau apa saja yang ada kaitan dengan memek muka.
√ Selepas 20 minit, cuci kembali wajah dan rasakan kesegaran dan halusnya kulit wajah.
√ Semasa mencuci wajah, gunakan gerakan mencuci di bawah untuk menaikkan seri wajah.
√ Sebaiknya pakai pada sebelah malam. Anda boleh berehat dan lebih relaks daripada gangguan sesiapa.
√ Gunalah 2 kali seminggu untuk kesan kegebuan kulit wajah yang maksimum.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI