Panas sungguh hati bila suami yang betul-betul kita cinta, sayang separuh mati mengkhianati cinta luhur isteri. Betapa parah sekali pun, ingat ya.. buruk suami atau isteri, jangan sesekali ‘up’ di media sosial.
Itu kepantangan besar dalam mewujudkan sebuah keluarga yang damai lagi harmoni. Mungkin ada yang menyangkal saranan ini.
Alasannya, perbuatan jahat suami atau isteri perlu didedahkan. Biar semua tahu siapa sebenarnya ‘malaikat’ yang kau sanjung-sanjungkan itu. Hakikatnya, itu hanyalah bisikan-bisikan nakal yang akhirnya akan buatkan hati kita makin parah.
Alasan Kenapa Tak Boleh Up Buruk Suami Isteri Di Media Sosial
Terlalu Ramai Yang Jadi ‘Batu Api’ Nanti
Niatnya mahu mencari sokongan. Sayangnya apabila kisah sudah menjadi terlalu diketahui umum, anda hanya akan membaca saranan yang tak masuk akal lagi menyakitkan.
Bukan semua orang ikhlas nak bantu kita pun. Sebaik-baiknya, carilah orang tua, dapatkan nasihat perundangan yang betul dan tepat.
Ads
Itu lebih membuatkan anda terlihat sebagai isteri atau suami yang tegas dan jangan sesekali kau berani nak buat main-main.
‘Batu api’ yang hadir melalui komen-komen aib ini nanti hanya akan membuatkan rumah tangga yang boleh diselamatkan, langsung hanyut dilanda badai. Parah!
Jahat Macam Mana Pun, Maruah Suami Atau Isteri Kena Dijaga
Marah memang marah, tapi jangan mudah sangat terpengaruh dengan emosi marah, kecewa atau sakit hati. Kerana selagi dia masih suami atau isteri, rasa hormat itu kena ada.
Bawa berbincang secara matang. Sungguh, bila hati masing-masing tengah panas. Memang nak tengok muka pun menyampah.
Ads
Tapi berilah masa 3 hari untuk bertenang. Selepas hari ketiga kalau tak boleh juga selesai. Jangan berdiam diri, minta bantuan ahli keluarga.
Sebaiknya biarlah cuma keluarga dan anda yang mengetahuinya. Janganlah dikisahkan kepada orang lain. Kerana bila sampai ke pengetahuan orang lain, tempiasnya akan balik juga pada diri sendiri.
Nanti lagi sukar untuk kita berdepan dengan bermacam-macam persepsi dan pandangan. Sudahnya, dia yang bersalah tak ada apa-apa, kita yang teraniaya pula digossip yang bukan-bukan oleh mereka yang tak kan faham.
Ads
Jika Sudah Terdedah, Bila Berbaik Semula Kita Juga Yang Malu
Bukan semua orang ikhlas nak tengok kita bahagia. Ada tu cuma berpura-pura simpati. Di belakang, guntingnya lebih tajam menikam.
Bayangkan konflik selesai, kita berdamai dengan suami atau isteri.
Biarpun kita terlihat bahagia, orang tetap mengata. Kita juga nanti yang sakit hati. Mulalah cakap, kau orang tak faham cuma boleh mengata.
Walhal punca itu datang daripada kita.
Berfikirlah matang, dan bertindaklah dengan tenang. Moga kita dapat menghidupkan rahmah dalam hubungan suami isteri yang Allah anugerahkan untuk kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada suami bila isteri kuat berleter, dia akan jadikan itu alasan untuknya escapism atau lari jauh-jauh dari leteran isteri. Keluar dengan kawan-kawan atau cari couple lain yang kononnya memahami. Beza caranya dengan Khairul Amir melayan isterinya Farhana Ismail.
Leteran isteri biarpun membingitkan telinga, tapi ada sesuatu tentang isteri yang buatkan dia sayang ketat-ketat. Bak katanya, walau keluar sekejap ke kedai pun dah jatuh rindu.
Punca Aku Masih Tak Kahwin 4
Khas buat isteriku Farhana Ismail Ermm berbini sorang ni pun ingat senang ka. Ada sorang dah macam ada 10 bini riuh rumah. Tambah-tambah jenis kuat merajuk macam bini aku ni. Serius kadang-kadang rasa macam hidup dengan manusia ka taliban ni.
Aku terbuang sambai belacan tumbuk dia dalam peti ais pun dia merajuk tak mau makan nasik. Nak tunjuk rajin basuh peti ais pun salah ka???? Haish.. haish.. hari-hari merajuk. Aku cepuk sekali baru dia tau. Nasib baik sayang kalau dak lama dah aku jahit mulut herot dia tu.
Tapi seburuk mana pun perangai mulut capoi, mulut hinggaq, mulut macam jubox ayam berak tak reti basuh tu.. Itu yang buat aku rindu hari-hari. Kluaq p beli gula tepi rumah pun dah rasa rindu teramat sangat. Tu diaaaaa tak sabaq balik rumah wei haha.
Sampai ja depan pintu rumah dia beletiaq lagi.. brettt,, brett.. slap beli gula. Aku pi beli gula pasiaq dia suruh beli gula-gula kat anak.! Hishh macam-macam.. Nasib la bini sorang kalau 10 aku tak taw laaa macamana nak tahan telinga depa punya bletiaq.. Kalau ada jawatan kosong jadi DJ radio aku suruh dia p keja dah.
Tapi dalam bletiaq-bletiaq dia pun empa tak taw kesusahan yang pernah kami tempoh bersama. Waktu aku susah dulu masa baru kahwin kami ni nak ada RM10 dalam poket hari-hari pun susah. Jangan kata soping nak beli spenda baru pun jenuh kumpoi duit syiling.
Tu belum time ada anak lagi. Part susu anak tu membuatkan bini aku betui-betui nak bantu aku. Dia nak yang terbaik untuk kami semua.
Masa mula-mula dia buat online dulu aku bagi RM200 ja. Modai dari situ la dia rolling juai barang siam. Tak sangka bole jadi sampai 20k lepas tu buat produk sendiri terus kepada 200k hinggalah ke angka nilai juta ria yang pertama.
Ya Allah besar sungguh rahmat Mu. Tiap-tiap malam dia bersengkang mata aku tengok dia duk picit hp sampai pagi buta. Kalau laki yang jenis jeles silap-silap kena baling da hp tu. Tak pun bangun-bangun terkejut punya pasai sampai terajang jatuh kateyy.
Jaga-jaga dari tidoq nampak rambut panjang berjuntai ja kat cahaya putih. Kena hari pakai baju kelawaq putih lagi la terkejut. Main p lah janji mulut tak bletiaq macam radio sudah.
Bila bini aku mula bisnes online makin rancak kesian plak kat dia sapa nak tolong so aku pun berenti keja sebab tengok masyukkkkk.. So fulltime kami buat bisnes online. Buat kerja sekali ngan bini tensen wei. Klah lagi macam keja makan gji. Kalau majikan aku khojoh dengan batang penyapu dah mulut tu…haha
Bayangkan kalau bini aku tak stat buat bisnes online. Taktaw la macam mana kedaan ekonomi kami lani. Tak dak la sehebat orang lain. Tp cukup la untuk kami hidup anak beranak.. Tah-tah dok panjat bumbung rumah orang lagi duk pasang kabel, bancuh simen, buat rumah. (AKU MEMANG MINAT BENDA-BENDA ni buat rumah buat landskap. Sampai ke hari ni aku masih panjat bumbung tapi rumah aku la. Dari wayering sampai la pembinaan aku buat sendri. Biasa la kedekut demi nak berjaya.
Isteriku Pembakar Semangat
Kiranya 100% aku renovate rumah aku hasil dari air tangan aku sendiri. Kadang-kadang bila terlampau main henpon buat aku rindu ketagih sangat nak main simen macam dulu-dulu. Besaq sungguh rezeki anak-anak dengan bini aku ni.
Tak sampai 2 tahun hidup kami bertukaq 100% dari dulu. Kalau dulu masa jatuh pernah dihina. Kawan-kawan hat keja gobemen duk kutuk aku keja tak tetap keja kontrak tapi lani kami dah buktikan kami pun bole berjaya. Asalkan hang usaha. Yang penting BINI KU PEMBAKAR SEMANGAT AKU UNTUK KAMI LEBIH BERUSAHA..demi anak-anak n company.
Kalau tak dak bini aku sapa la yang nak nasihat aku. Nak ajaq bisnes online kat aku. Kalau tak dak dia sapa yang nak gerak aku subuh hari-hari. Sapa nak peluk aku malam-malam bagi semangat suruh sabaq n yakin dengan rezeki Allah.
Terima kasih sayang sebab bagi abang anak-anak yang comel lagi manis kuat beli mainan..
Hargailah selagi ada. Motor keta tolak tepi dulu nanti depa jeles. Pastu merajuk. Sesungguhnya bini kita la sumber kekuatan kita tulang belakang tulang kaki tulang ayam sedap dimakan begitu saja.
Lagi satu belanja lah bini gunalah duit gaji kita tinggal separuh pun tak pa janji bini bahagia. Senyum gembira kerana belanja yang paling terbaik adalah berbelanja kepada isteri. Itu juga dianggap bersedekah. Maka dengan itu hang sedekah la banyak-banyak kat bini hang noh. hahaha gamak rasa dah pokai hampa pow balik bini hampa. Alaaa laki bini takkan berkira kot…
Kita suami biaq tak kaya pun tak pa janji boleh buat bini bahagia wang bukan segalanya bRo!
Tapi kalau ada RM10 hargai la dia RM8 untuk kita RM2 pun dah cukup.
Tahukah anda bini ni hang tak beli barang mahai pun dia tetap akan suka even benda tu cekelat hack sebijik pun tapi kalau hang bagi seperais kat dia taraa sayang abg beli sekelat kat sayang. tobatt dia happy. Tambah-tambah kalau guna duit laki. Laki dia suka..duit depa… depa simpan rapat. amboiiii amboiiii nyanyi skit.
Satu lagi mohon jangan kecam habang sebab habang masih dalam mood orang baru bernikoh. Nak dekat anebesery kami dah oi…kira terobekk lani… Nak baca hang baca la tak mau sudah. Janji bini aku baca k bye. Mohon biniku kurangkan beletiaq di pagi hari sebelum gosok gigi (busuk gigi buruk)
Nanti ada jawatan kosong DJ radio empa tolong habaq sat weeiiiiii aku nak hantaq bini p intebiuuuu…..200% cukup syarat!!!!!!k bye!!!
Hujung bulan dapat gaji, mulalah suami berkira-kira dan buat bajet untuk perbelanjaan keluarga termasuklah hutang-hutang yang perlu dilunaskan. Ada masa juga, bajet lari dan kerap tidak cukup duit. Sehari gaji, tolak itu ini, tinggal berapa saja jumlahnya.
Rasanya tiap-tiap bulan mesti rasa tidak cukup duit dan nak tunggu awal bulan gaji seterusnya tentulah buat suami berfikir panjang untuk ‘korek’ di mana lagi duit. Muungkin agak beruntung bila isteri bekerja dan dapatlah membantu serba sedikit.
Bagaimana pula kalau isteri tidak bekerja. Mahu pening kepala memikirkan tidak cukup duit untuk hari-hari mendatang.
Sebenarnya, semua ini berbalik pada nafkah isteri. Jangan dibuat main-main dengan nafkah isteri. Dalam menghitung pengiraan perbelanjaan keluarga. Adakah suami dah masukkan nafkah isteri dalam bajet itu.
Inilah yang dikatakan oleh Azizul Azli Ahmad dlam perkongsiannya tentang nasfkah isteri. Boleh jadi, belanja keluarga jadi sempit bila suami tidak berikan nafkah pada isteri. Jaga-jaga.
1. Jika belanja keluarga kita selalu sempit, belum habis bulan dah kepit kepit.
2. Semak kembali nafkah isteri kita masuk dalam bajet atau tidak. Walau keduanya bekerja hebat, nafkah isteri mesti dapat.
3. Tak mampu beri banyak, mulakan dengan sedikit agar dapat berkat. Ia kewajipan untuk jadi suami hebat dan kacak berabad.
4. Lebih hebat jika dapat tiap kali beri depan anak agar mereka terdidik bahawa abah mereka bukan hanya hebat, tetapi beri ‘gaji’ atas kebaikan ibunya. Kali pertama nak mula memang susah, malu rasanya. Tapi biar mereka tahu abah mereka hebat jaga keluarga.
5. Jika tak mampu WAJIB minta isteri halalkan belanja kita, “Wani Hasnita, bulan nie abang tak mampu bayar duit kereta. Boleh halalkan untuk kali ini saja?” . Jujur sahaja, walaupun tebal muka kita nak ungkapkannya.
6. Duit ini bukan duit belanja dapur, jangan salah anggap beri duit belanja itu nafkah dari kita. Percayalah ada KEBERKATAN dari nafkah isteri tercinta. Jangan terlalu berkira dengan keluarga.
Jangan teruja nak kahwin satu lagi jika nafkah isteri masih ‘lari lari’ sembunyi.
MW: Tak kisah banyak atau sedikit pun nafkah diberi oleh suami, sebab itulah terselit keberkatanannya.
Macam mana sweet pun orang lelaki yang bernama suami, apabila dia ada satu-satu jenis hobi dalam hidup dia, maka hobi itulah ‘Me Time’ untuk dirinya. Sebab itu jangan halang ‘Me Time’ suami. Hobi itulah andai disekat-sekat oleh isteri akan melukakan hatinya. \\
Melemahkan emosi dan semangatnya untuk segala-galanya. Bunyinya pelik dan macam mengada-ngadakan? Tapi itulah dia lelaki. Kalau lelaki kata isteri itu sejenis makhluk ciptaan Tuhan yang pelik, dia pun tak kurang peliknya. Sama-sama pelik, jadi WIN kan.
Tapi yang lagi pelik bila tiba hujung minggu saja, suami mula bersiap-siap mahu keluar dari rumah. Pergi sendirian tanpa membawa isteri. Beza benar dari sikapnya di awal percintaan dulu. Pantang keluar, nak saja di bawanya bersama.
Isteri makin tak faham. Mulalah fikir suami dah berubah laku. Isteri nak luah pun nanti dia yang kena marah semula. Dikatanya cemburu tak bertempat. Mulalah isteri diam-diam memendam rasa-makan hati.
Silap-silap bila dah tak tahan sangat, mengungkit. Sikit-sikit lama-lama jadi berbukit. Akhirnya terjadilah perang dunia ketiga.
Selalunya pasangan baru, lebih kurang inilah dilema mereka. Sebabnya, masing-masing masih dalam fasa saling mengenal. Isteri mencari kesempurnaan a.k.a suami sempurna di pandangan matanya. Lalu mengharapkan suami jadi seperti yang diharapkan.
Sedangkan suami masih lagi dalam proses menerima dirinya sudah hidup berdua. Lelaki memang lambat matangnya. Tindakan waktu bujang; berjalan sendirian, layan hobi dengan kawan-kawan tak dapat lagi dipisahkan.
Dan isteri sekalipun jangan halang ‘me time’ atau hobi suami anda. Jika dia mahu mengisi ruang kesukaannya itu. Benarkanlah.
Ada suami yang hujung minggunya digunakan untuk mencari koleksi hobinya misalnya mengumpul gajet, permainan gundam, koleksi kereta hot wheels. Yang kadang kala anda pun tak berapa nak faham dengan kesukaan suami. Kalau anda sama minat, ia jadi kelebihan sebabnya mungkin suami ajak keluar bersama.
Jika anda masih tercari-cari maksud tersirat hobinya itu. Tak mungkin anda sanggup berjam-jam melayan, menunggu, menerawang suami membeli, membelek, berangan menikmati apa yang dia gemari.
Kesudahannya bila anda penat meneman, anda merungut, mempertikai hobinya itu. Dan lelaki tidak gemar dengan kritikan.
Terutama kritikan itu datangnya dari orang yang dia cintai. Lebih baiklah anda biarkan saja dia layan hobinya itu. Anda boleh kemas rumah dan memasak makanan kegemarannya.
Bila dia sudah selesai, dia akan pulang ke rumah. Anda hidangkan apa yang suami suka. Wah.. bukankah berbunga-bunga hatinya. Seminggu sekali dia dapat berbuat demikian, sudah membahagiakannya.
Kredit foto : loveandrelationshipclinic.wordpress.com
Isteri Perlu Meletakkan Batasan
Suami ini pun sifatnya macam budak-budak. Makin dilayan makin naik tocang. Tapi kalau tak dilayan mulalah masam mencuka. Jadi letakkan syarat. Dia boleh ada ‘me time’ tapi seminggu sekali saja. Selebih 6 hari itu, isilah ruang cinta di dalam hatinya. Berikan padat-padat.
Percayalah, sampai satu masa suami akan dapat menerima hakikat yang dia sudah berumah tangga. Dan ketika ini hobinya tidak lagi dilakukan sendirian, sebaliknya dia akan melibatkan anda juga.
Sebabnya anda tidak pernah sekali mengongkongnya. Menggalak pun tidak, menghalang jauh sekali.
Apabila dia merasakan cinta dan kasih sayang isteri wujud dalam hatinya, ‘me time’ untuknya bukan lagi hobi yang perlu dilakukan sendirian, tetapi disuburkan bersama isteri tercinta.
Jalinan persefahaman ini takkan terjadi sekelip mata. Ia perlu melalui banyak fasa; rindu, bertingkah, merajuk, terluka dan kesemua ujian cinta ini memerlukan masa untuk anda fahami.
Benar, mengenal hobi suami ada kalanya membuatkan kita jadi seakan jatuh nombor dua. Tapi membiarkan suami melayan hobinya akan mengangkat darjat anda di mata suami dan meletakkan sifat saling memahami dalam diri anda pada kedudukan yang paling tinggi di hati suami.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...