Malas sekolah dan hanya tidur sepanjang hari, mak ayah di Beijing, China mengambil tindakan buang anak remaja bermasalah ke pulau tidak berpenghuni.

Tindakan nekad ini rasanya jalan terakhir agar anak ini berubah laku. Mungkin juga remaja dinasihati berkali-kali secara baik namun tidak berubah, jadi ini adalah tindakan yang wajar.

Mak Ayah Buang Remaja Bermasalah Ke Pulau

Seorang remaja bermasalah di China dihukum dengan ‘dibuang’ ke sebuah pulau tidak berpenghuni.

Daily Star melaporkan, nelayan melihat seorang gadis berusia 13 tahun yang mengakui ibu bapanya meninggalkannya di pulau terpencil itu.

Ia sehingga remaja itu dapat belajar mengenai kesusahan hidup.

Remaja itu dilihat berada satu kilometer dari Bandar Rushan iaitu di pantai Shandong.

Dia hanya dibekalkan air dan biskut oleh ibu bapanya.

Baca Juga Di Sini:

Mak Ayah Guru Sedih Anak Malas Belajar. Nak Kerja Penghantar Makanan

Mak-Mak Kena Jadi ‘Pemalas’ Kalau Nak Ajar Anak Berdikari

Tak Salah Jadi Susah Kerana Hilang Pendapatan, Tapi Jangan Malas, Sentiasa Harapkan Bantuan

Malas Sekolah & Tidur Sepanjang Hari

Menurut media China, ibu bapa gadis itu mengambil tindakan dramatik itu dalam usaha mengubah sikap remaja itu yang suka memberontak.

The Sun melaporkan ia berlaku selepas remaja itu malas bersekolah dan hanya tidur di biliknya sepanjang hari.

Menurut China Press, gadis itu dan ahli keluarganya adalah pengunjung pertama di pulau itu, selepas bertahun-tahun ia tidak berpenghuni kerana ketiadaan elektrik atau sumber air.

Selepas dua hari, dia dilaporkan menemui nelayan yang belayar melalui pulau itu, yang kemudian bertindak menghubungi polis.

Pihak Berkuasa Terpaksa Campur Tangan

Ketika polis tiba di pantai, gadis itu berlari ke arah mereka sambil menangis dan mengatakan: “Saya benar-benar tidak tahan. Mereka memaksa saya untuk bertahan di sebuah pulau yang sepi.

“Saya hanya mempunyai air dan biskut. Saya tidak dapat menyalakan api. Tolong bawa saya ke darat.”

Polis kemudian mengarahkan ibu bapanya untuk mengambil remaja berkenaan dan membawanya pulang ke Chengdu di wilayah Sichuan.

Walaupun pihak berkuasa terpaksa ‘campur tangan’, ayah gadis itu berpendapat tindakan itu sebagai satu kejayaan.

Dia mendakwa anak perempuannya kini lebih dewasa dan yakin berdepan orang ramai selepas insiden berkenaan.

Mingguan Wanita : Kadang-kadang ketegasan juga perlu dalam mendidik anak-anak. Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan cara lembut, namun berpadalah juga kerana bimbang keselamatan anak jika dibiar sendiri begitu.

Sumber: myMetro

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI