Bagi peminat durian, inilah masa yang ditunggu, bila tiba musimnya sana sini boleh nampak orang menjual. Murah atau mahal bergantung pula pada jenisnya.

Tanyalah sesiapa saja, mesti ada ‘hantu’ durian. Sanggup beli buah yang paling sedap dan sudah tentulah harganya pun boleh tahan mahalnya.

Durian kampung, IOI, udang merah, musang king dan belum lagi masuk durian bangkok. Rasa manis-manis dan ditambah dengan pahit sedikit. Memang nikmat dan layanlah.

Dari segi harga pula selalu dengar orang cakap harga yahudi, maklumlah tanamnya di Malaysia tapi harganya bukan main mahal sampai boleh mencecah puluhan ringgit bagi satu kilogram.

Kalau dikira berapa biji dengan harga berpuluh ringgit sekilogram, mahunya mencecah beratus ringgit harganya. Sampaikan ada orang mempertikaikan isinya tidaklah banyak dan berat hnaya pada kulit saja.

Mungkin orang yang berada mampu membeli harga ratusan ringgit tapi bagaimana dengan orang yang kurang kemampuan. Tak dapat merasa raja buah yang menjadi sebutan sekarang ini.

Sebenarnya, semua ini bergantung pada diri kita. Tak perlu pertikaikan sebab ada fiqh tentang jual beli durian seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Lariba ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rekaan Seluar Jeans Unik Dengan Kesan Basah Dijual Pada Harga RM 293

Beli Motorsikal Harga RM8,742 Guna 31 Beg Plastik Berisi Duit Syiling!

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Durian – Jual Beli

Dah tiba musim durian yang kebetulan dalam masa PKP.

Bila tinggal di KL tahu sajalah harga-harga durian berbanding tempat lain.

Bila dah beli durian sedikit dan tengah makan durian, teringat nak share sedikit-sebanyak tentang fiqh jual-beli durian.

Soalan 1:
Saya beli durian tak ada pun akad jual-beli. Dia tak sebut dia jual berapa harga pun.

Jawapan: Untuk barang-barang yang kecil dan/atau tidak perlu urusniaga yang kompleks seperti ada warranty dan sebagainya, cuma ada harga, tak perlu lafaz akad jual-beli. Bai’ mu’atoh iaitu jual-beli dengan meletakkan harga dan diambil barangnya – tiada keperluan lafaz ijab dan qabul secara lahir. Majoriti Mazhab-mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali mengatakannya harus sebab jelas pembeli redha atas harga dan penjual redha atas barang, akad termeterai walaupun tanpa lafaz.

Soalan 2: Saya penjual buat apa nak letak harga. Bila orang nak beli barulah beritahu harga.

Jawapan: Tak letak harga adalah bersalahan di sisi agama dan undang-undang. Di sisi agama ialah ia ghabnun sebab boleh terlibat dengan penipuan harga terutama sekali kepada orang yang tidak faqih atau peka berkenaan dengan harga pasaran. Seperti kalau datang orang biasa dia jual RM30 sekilo tetapi bila datang pelancung Jepun atau USA dia jual RM50 sekilo.
Tidak meletakkan harga juga adalah salah di sisi undang-undang negara mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999. Kita orang Islam wajib patuh kepada undang-undang.

Soalan 3: Bukan ke haram jual dengan kulit-kulit sekali?

Jawapan: Terpulanglah kepada peniaga nak jual dengan kulit atau tidak. Sebab buah-buahan yang lain pun dijual dengan kulit sekali. Seperti rambutan, mangga, cempedak, pisang, manggis. Ada yang tidak dijual dengan kulit tetapi harga berbezalah. Ia mengikut urf atau kebiasaan setempat dan kerelaan pembeli itu sendiri.

IKLAN

Adab Jual Beli Durian, Mahal Atau Murah Usah Pertikaikan, Belilah Mana Yang Mampu

Soalan 4: Mana boleh harga jual tanpa kulit lagi mahal daripada harga tanpa kulit?

Jawapan: Boleh jual harga berbeza sebab bila tiada berkulit itu jual buah sahaja maka harga biasanya lebih tinggi sebab dikira berbeza kualiti. Ikan dan ayam pun kalau dah disiang harga berbeza kalau tak disiang. Samalah juga dengan buah-buahan. Ini juga mengikut urf atau kebiasaan setempat. Hukum harus diletakkan berdasarkan konsep umum balwa dan sebabnya ialah sukar untuk dielakkan. Ianya termasuk di dalam kategori perkara yang sukar dielakkan oleh semua manusia dalam satu keadaan. Namun penjual perlu beri jaminan jika bila buah dibuka buah tidak elok seperti dimakan ulat, peniaga wajib ambil balik dan tukar dengan buah yang elok. Itu diberi nama khiyar al-aib atau opsyen kecacatan dalam muamalat.

Soalan 5: Boleh ke tawar-menawar?

Jawapan: Boleh… Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya jual beli itu dengan cara sukarela.” Perbuatan ini boleh dilihat sebagai kayu ukur kepada kecerdasan seseorang dalam mendapatkan barangan keperluan dan kehendaknya pada harga yang berpatutan dan munasabah. Maka diharuskan tawar-menawar. Pembeli ada hak minta kurangkan harga, dan peniaga juga ada hak tidak kurangkan harga. Akhirnya, pembeli perlu buat keputusan sama ada meneruskan jual-beli dengan harga muktamad daripada penjual.

Soalan 6: Harga durian sekarang terutama sekali D24, Musang King, IOI dan Udang Merah macam harga Yahudi dah. Macam mana orang miskin nak beli? Tidakkah itu haram atau harga Yahudi?

Jawapan: Bukan semua benda sesuai untuk semua orang. Setiap orang adalah berbeza. Ada yang mampu beli motor saja atau kereta proton saja, ada yang mampu beli mercedes atau mini cooper. Hairan orang tak panggil Mercedes itu harga Yahudi. Maka dari segi kebiasaan, setiap yang berkualiti tinggi, harganya pun tinggi jugalah. Oleh kerana durian D24, Musang King, IOI dan Udang Merah dianggap berkualiti tinggi, maka harganya sesuai dengan kualitinya juga, iaitu harganya lebih tinggi daripada jenis durian yang lain. Jika kita tidak mampu beli durian Musang King, makanlah durian kampung saja. Kalau tak mampu langsung, bukan wajib pun beli durian, makanlah makanan lain yang kita mampu.

Untuk penjual pula, jangan buat harga kartel atau berpakat naikkan atau tetapkan harga. Ini dipanggil ihtikar dalam Islam dan haram cara berniaga macam ini.

Saya cari di luar KL untuk harga yang lebih murah, itu pun saya rasa masih mahal. Kalau saya tak mampu beli, saya makan saja buah-buahan yang lain. Sebab kalau mahal sangat, lebih baik saya belanja wang itu ke arah yang lebih bermanafaat seperti ambil kursus online, beli kitab dll.

IKLAN

Harap bermanafaat.
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Wallahu’alam…

Mingguan Wanita : Moga ia bermanfaat untuk semua. Raja buah, memanglah mahal tambah-tambah bila awal musimnya, maklumlah semua orang teruja nak makan.

Sumber: Ustaz Lariba

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI