Baru-baru ini viral video keletah seorang kanak-kanak perempuan yang menyanyikan lagu ‘PKP Datang Lagi’ sambil merias wajah seorang kanak-kanak lain yang cukup mencuit hati. Video tersebut telah ditonton lebih dua juta kali di satu akaun Facebook. Namun siapa sangka disebalik keceriaan dan keletah anak ini, rupanya dia seorang anak yatim yang baru sahaja kehilangan ayah pada Januari lalu.
Ibu kanak-kanak tersebut, Nor Riha Wagimun, 33, berkata, dia tidak menyangka video genit anak tunggalnya itu, Nur Medina Irene Mohd. Firdaus, 6, yang dimuat naik terlebih dahulu oleh salah seorang anak saudaranya menerusi aplikasi TikTok tular dalam media sosial.
“Medina memang seorang anak yang sangat cerdik dan menghiburkan. Sejak Medina kehilangan ayahnya pada 16 Januari lalu akibat serangan jantung, dia yang menjadi penyeri dan peneman hidup saya.
“Saya sendiri tidak menyangka video itu akan menjadi tular dan sejak itu Medina selalu menerima kiriman hadiah daripada orang ramai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Raja Alias 4.
Aktiviti Masa Lapang
Tambah Noriha, Mediana memang menggemari aktiviti permainan solekan malah seorang lagi kanak-kanak di dalam video itu merupakan sepupu anaknya itu yang sering menjadi ‘mangsa’ solekan.
“Kadangkala dia solek muka sendiri dan kadangkala dia solek muka sepupunya yang tinggal bersama kami.
“Sekarang sedang PdPR, jadi selepas membuat kerja sekolah, tidak boleh nak keluar berjalan dan dia mengisi aktiviti masa lapang dengan membuat video dan bermain bersama sepupunya,” katanya lagi.
Pernah Jalani Kuarantin
Dalam pada itu, dia mengingatkan orang ramai terutama yang mempunyai anak kecil supaya sentiasa berhati-hati di musim wabak Covid-19.
“Covid-19 tak mengenal usia apatah lagi kanak-kanak kecil, kalau boleh janganlah bawa mereka keluar.
Ads
“Kita yang dewasa pun ada ketika culas menjaga SOP, apatah lagi anak-anak. Mereka adalah tanggungjawab kita dan kita harus memastikan mereka terhindar dari wabak ini,” katanya yang turut memberitahu dia dan Medina pernah melalui proses kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.
Mingguan Wanita : Sangat berbakat adik Nur Medina Irene ini. Memang ceria dan terhibur melihat video-videonya. Siapa sangka disebalik keceriaan tersebut, adik ini merupakan anak yatim dan baru sahaja kehilangan ayah. Semoga terus berjaya iya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Demi keselamatan bersama, kerajaan menolak keputusan sebelum ini yang mencadangkan tiga kaedah untuk menjual makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan iaitu Pandu Lalu, Tempahan Awal, Bungkus dan Ambil, serta penghantaran e-hailing.
Setelah menilai buruk dan baik segala segi, hanya penghantara e-hailing sahaja yang dibenarkan. Rata-rata menyambut baik keputusan ini bagi memutuskan rantaian Covid-19. Walaupun ramadan kali ini kurang meriah tanpa bazar ramadan, tetapi jika ini yang terbaik sudah tentu semua pihak akur dengan keputusan pihak berkuasa.
Sebarang Bentuk Bazar Tidak Dibenarkan
Kerajaan memutuskan tidak membenarkan sebarang bentuk bazar atau gerai dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat hari ini selepas meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Ismail Sabri berkata, bagaimanapun, perkhidmatan e-hailing seperti sekarang boleh terus beroperasi ketika Ramadan.
Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan mencadangkan tiga kaedah untuk menjual makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan iaitu Pandu Lalu, Tempahan Awal, Bungkus dan Ambil, serta penghantaran e-hailing.
Sumber: Harian Metro
MW: Inilah masanya mak-mak mengasah bakat memasak tanpa perlu ke bazar. Mungkin inilah juga masanya untuk kita berjimat-cermat dan mengamalkan pemakanan yang seimbang pada bulan ramadan kali ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27 tahun, anak kelahiran Sungai Petani ini mula meniti di bibir peminat apabila berjaya melakonkan watak antagonis yang dipegangnya dalam Hello Mr Perfect yang bergandingan dengan Fattah Amin pada tahun 2014. Itulah antara pembuka mata orang ramai terhadap kemampuan dan kewujudannya dalam persada seni.
Orangnya kecil molek, mudah mesra, cantik dan peramah, tidah hairanlah ia turut menjadi rebutan pengarah drama dan filem. Baru-baru ini, sempat wartawan menemuramahnya di sebuat majlis yang turut dihadiri Ruhanies.
MW: Rasanya macam sudah lama Ruhanies menyepi diri?
RUHANIES: Sebenarnya Anies masih dalam industri seni. Anies baru sahaja selesai penggambaran drama berjudul ‘Ara’ yang mungkin akan disiarkan di salah satu stesyen televisyen pada awal tahun ini. Selesai penggambaran itu, jadual kerja Anies bersambung pula dengan penggambaran filem. Tajuknya? Kena rahsia dulu. Tunggu.
MW: Sebagai pelakon, apa yang Anies tekankan untuk bertahan dalam industri ini?
RUHANIES: Disiplin dan komitmen yang tinggi sangat penting bagi setiap pelakon. Bagi saya, setiap perkara yang membabitkan kerja, saya akan memberikan komitmen yang tinggi fokus dan buat bersungguh-sungguh. Sebolehnya saya cuba elak daripada ‘buat perangai. Alhamdulillah, setakat ini rasanya saya belum ada isu tentang disiplin.MW: Berbalik tentang kisah peribadi Anies, bila nak perkenalkan teman istimewa?
RUHANIES: Seperti yang diketahui, saya memang mempunyai kekasih – Mr. E. Tetapi buat masa sekarang, lebih selesa menyembunyikan wajahnya dan mungkin suatu hari akan dedahkan kepada umum.
MW: Bila ingin melangsungkan hari bahagia?
RUHANIES: Buat masa sekarang, kami lebih selesa berkawan dan masih mengenali hati budi masing-masing. Bila tiba masanya, saya akan umumkan kepada semua. Sekarang ini, saya tunggu kakak, Risteen Munim kahwin dahulu. Saya tidak mahu langkah bendul.
MW: Apa istimewanya Mr. E?
RUHANIES: Bagi saya, Mr. E seorang yang sangat bertanggungjawab, menyokong dan memahami kerjaya saya. Paling penting, dia sayangkan saya sebagaimana keluarga sayangkan saya. Boleh dikatakan ciri-ciri lelaki idaman ada pada dirinya.
MW: Bagaimana Anies jaga hubungan jarak jauh dengan MR. E?
RUHANIES: Saya kenal dia memang jarak jauh. Dia sentiasa on off Kuala Lumpur dan London dan balik pun sebulan sekali atau dua bulan sekali. Walaupun jarang jumpa tetapi kami saling percaya antara satu sama lain dan banyak berkomunikasi. Sekarang ini, kerjayanya pun kerap di Kuala Lumpur dan kurang di London. Jadi, tak adalah rindu sangat kan. Cuma, kami kena saling jujur dan percaya serta berserah pada jodoh.
MW: Sering dimanjakan kekasih dan bagaimana hadapi dengan komen netizen?
RUHANIES: Bagi saya tidak salah dia manjakan saya. Lagipun, bila ada rezeki lebih, dia sudi kongsi rezeki sama-sama. Rasanya setiap pasangan patut ada sikap macam ini iaitu ambil hati pasangan supaya hubungan tidak statik, boring dan cara untuk kekalkan hubungan. Bagi komen netizen tu, Anies tidak ambil kisah, yang penting, saya jaga batas-batasnya dan mereka tidak tahu apa yang kita lalui. Walau bagaimanapun, Anies ambil apa yang positif sahaja.
Di samping sibuk dengan dunia lakonan, Ruhanies turut menceburkan diri dalam perniagaan dan bergelar usahawan. Kini, dia telah berjaya membuka sebuah kafe miliknya Bites Dessert, khas untuk peminat pencuci mulut yang bertempat di Plaza Arcadia, Desa Park City.
Foto: INSTAGRAM RUHANIES
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selama ini macam mana kita kupas kerang. Rebus dulu, bila dah terbuka sikit baru kupas satu persatukan? Tapi salah rebus, kerang boleh hilang gebu. Dengan langkah mudah kupas kerang yang diajarkan ini, membuatkan kerja mengupas kulit kerang jadi tersangat mudah. Paling penting isi kerang gebu gebas dan ‘juicy’ walaupun telah direbus seketika.
Sebelum kerja-kerja mengupas dijalankan, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan kerang. Boleh bersihkan dengan dua cara. Pertama, masukkan kerang dalam bekas besar, laga-lagakan kerang sesama sendiri. Cara kedua, bersihkan dengan berus.
Sebaiknya gunakan sarung tangan getah. Kalau tak, boleh terluka jari jemari yang mulus tu. Kulit kerang ini keras, lagi-lagi kalau guna teknik melaga-lagakan kerang tu. Salah laga, jari anda yang terluka. Selepas dibersihkan bolehlah rujuk cara-cara di bawah:
4 Langkah Mudah Kopek Kerang
1. Didihkan air dalam periuk. Biarkan sampai menggelegak.
2. Masukkan kerang yang dah dibersihkan. Selepas 30 saat, cepat-cepat angkat.
3. Tutup api dan toskan kerang.
4. Terus tuang ke dalam bekas berisi AIS dan AIR. Kerang boleh terus dikupas.
Kredit foto : miszsheyla.blogspot.com
Kenapa Teknik Kupas Kerang Ini Perlu Diikut
√ Masa ini kerja mengupas jadi lebih mudah.
√ Kerang pun nampak lagi bersih dan gebu.
√ Teknik sebegini cukup sesuai digunakan buat mak-mak yang nak mencuba resipi kerang masak serai.
Nak Kerang Masak Serai Lebih Cantik
Jangan kupas seluruh kulit kerang, tapi kupaslah sebelah kulit saja. Agar masakan anda lebih menarik dan lebih terasa keenakannya.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...