Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadan kali ini. Biar pun jadual berubah secara total, tetapi perasaan rindu pada bulan ramadan sukar diungkap. Maklumlah bila memiliki keluarga, segalanya perlu dirancang teliti termasuklah menu bersahur dan berbuka. Tetapi mak-mak ni paling bimbang bilanya anaknya tidak mahu bangun sahur, takut tiada tenaga nak habiskan puasa satu hari.

Tahun ini anak sulung saya, Syaqif Aryan telah mencecah tujuh tahun. Jadi sedari awal kami laki, bini bagi tazkirah keramat pada dia mula berpuasa kali ini. Selama ini kononnya kecik lagi, so kali memang kena puasa apa cara sekali pun sebab sudah bersekolah.

Tengok kepada semangat tu, memang sampai bintanglah. Di hari pertama ramadan, bangun sahur tanpa dipaksa-paksa. Bangunnya pun mudah tanpa perlu digertak.

Nampak macam ready mental dan fizikal gayanya. Bila dihulur nasi tak mahu, katanya nak makan lemang yang daddynya bawa balik malam semalam. Layankan sahaja kemahuannya, habislah sepiring kecil yang terisi beberapa ketul lemang dan rendang ayam pedas.

Ibu dari awal, kenyang ke dia makan lemang jer, silap-silap angin budak ni. Tetapi kasihan pula nak dipaksa makan nasi, selesai makan dan minum air, sengaja suruh dia tidur semula. Lagi pula hari ini sekolah agama cuti. So bolehlah dia tidur lama sikit.

Walaupun dalam hati risau jugak mesti budak ni tak tahan lapar kalau di rumah adik-adiknya yang lain makan depan muka. Dengan hati berbelah bahagi, umi tinggalkan dia dengan harapan bapaknya mampu menghalang anaknya berbuka.

IKLAN

Tetapi harapan tinggal harapan, setelah ditanya dari semasa ke semasa, akhirnya tepat jam 11 pagi, Syaqif dengan rasminya berbuka puasa bila dia tengok lebihan lemang sahur tadi. Tak tahan daulat lah tu, hantu pulut. Mungkin mungkin depan dia mulai bersekolah pagi dan petang, dia dapat berpuasa dengan tempoh yang lebih lama. Harap-harapnyalah.

Mak-mak Ni Takut Kalau Anaknya Tak Nak Bersahur, Takut Tengahari Mintak Berbuka Jer
Budak yang berbuka jam 12 tengahari pada 1 Ramadan.

Tip Untuk Galakkan Anak Berpuasa

* Pastikan anak tidur lebih awal untuk memberinya masa yang cukup sebelum dikejutkan bangun sahar esoknya.

IKLAN

* Sediakan menu yang berkhasiat atau menu kegemaran anak untuk menu bersahur bagi mengalakkan anak mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.

* Ingatkan anak agar mengambil air kosong lebih banyak di waktu malam agar dia tidak dehidrat.

* Berbincang bersama anak tentang menu berbuka setiap hari, agar menjadi pembakar semngat untuk dia teruskan puasa.

IKLAN

* Jangan patahkan semangat dan paksa anak berpuasa penuh di luar kemampuannya.

* Jika ganjaran diperlukan apa salahnya, sebagai umpan dia puasa penuh sepanjang ramadan.

Harapnya esok anak ummi dapat berpuasalah sepanjang hari. Insyallah.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI