Memang hebat dan cukup istimewa apabila dapat menguasai bahasa lain. Lebih-lebih lagi apabila dapat bercakap, membaca dan menulis bahasa tersebut.
Menguasai bahasa selain bahasa Melayu yang juga Bahasa Kebangsaan tidak melenyapkan identiti bangsa atau melupakan bahasa itu, tetapi dianggap kelebihan dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.
Itu pandangan ibu lima anak, Arba’a Ali, 51, yang mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi banyak video bersama anak perempuannya, Fatimah Noryyah Mohd Noor Kosygin, 15, berbual dalam bahasa Mandarin dan menerima banyak komen positif.
Boleh Berbual, Membaca & Menulis Bahasa Mandarin
Suri rumah itu berkata, dia dan Fatimah Noryyah bukan saja bercakap dalam bahasa Mandarin, malah boleh membaca dan menulis dalam bahasa itu kerana mereka pernah belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
Menurutnya, dia belajar di SJKC sehingga berusia 15 tahun sebelum bersekolah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bharu manakala anaknya belajar di SJKC sehingga tahun enam sebelum ke sekolah menengah kebangsaan (SMK).
“Dalam keluarga, hanya kami berdua saja boleh bercakap bahasa itu manakala anak lain hanya tahu sikit-sikit saja dan mereka belajar dengan mendengar kami cakap bahasa Mandarin di rumah.
“Walaupun kami boleh cakap Bahasa Mandarin, tetapi itu bukan bermakna kami lupakan bahasa Melayu dan identiti bangsa. Di rumah, kami guna tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.
Ads
“Paling penting sesebuah institusi keluarga harus memberi pendidikan agama dan moral supaya anak mempunyai jati diri yang kuat,” katanya.
Menambah Kemahiran Diri
Arba’a berkata, dia berpandangan seseorang individu yang boleh menguasai bahasa lain, selain bahasa Kebangsaan mempunyai kelebihan istimewa dan menambah kemahiran diri.
Menurutnya, disebabkan itu dia membuat video untuk dikongsi di TikTok kerana mahu memberi pilihan ruang kepada netizen mempelajari bahasa Mandarin dengan permulaan ayat dan kosa kata mudah.
Ads
“Malah, secara tidak langsung kami dapat memperkasakan lagi kemahiran kosa kata dan tatabahasa. Alhamdulillah, saya dapat komen positif netizen.
“Jumlah pengikut di TikTok semakin meningkat, bukan saja orang Melayu, malah Cina dan India. Namun yang paling terkejut ialah saya juga dapat pengikut dari China,” katanya.
Katanya, negara sudah mencapai kemerdekaan selama 66 tahun dengan melalui kehidupan majmuk berbilang kaum yang mana kemampuan memahami bahasa lain juga dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
Anita Baharom Selamat Bernikah. Tahniah diucapkan buat pelakon Anita Baharom yang telah selamat bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin.
Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita diijabkabulkan menerusi sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City.
Anita Baharom Selamat Bernikah
Sebelum ini Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi, namun, meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Ibu kepada tiga cahaya mat aitu, selamat bergelar isteri selepas suaminya, Engku Isyamuddin melafazkan sekali akad jam 11.50 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan abang Anita, Zulkifly Baharom dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.
“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” kongsi Anita.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun bersama arwah suami, Anita dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.
Kenali Suami Sejak 2017
Majlis pernikahan pagi tadi dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.
Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.
Anita dan suami juga memanjatkan rasa bersyukur selepas segala yang dirancang telah selamat.
Ketika dalam tahanan, suspek pembunuhan kejam rakan sekolah sendiri mendedahkan motif tragedi yang meragut nyawa Allahyarham Siti Nur Surya Ismail. Dakwa suspek, mangsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin.
Memandangkan ibunya hanya seorang tukang cuci. Dan bapanya pula bekerja kampung. Jauh nak dibandingkan dengan kehidupan keluarga Allahyarham yang senang.
Kononnya Allahyarham suka mengejek dengan mengatakan dirinya tidak cantik. Berbeza dengan mangsa dan disebabkan itulah suspek masih tak ada teman lelaki.
Kata mengata dan sindir menyindir itulah menjadi punca dirinya sering memendam rasa.
Dan akhirnya membuatkan suspek dipercayai nekad membunuh rakan sekolah sendiri di ruang tamu kediaman dekat Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.
Demikian yang dikongsikan Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud.
Semalam sekitar 7.30 pagi rakan Allahyarham ini tampil ke Balai Polis Telemong dengan ditemani ibunya. Bagi membantu siasatan. Namun, timbul keraguan dalam keterangannya. Di tangannya pula ada kesan gigitan dan kecederaan. Pihak polis kemudian menahannya sekitar jam 8.15 pagi.
Susulan itu, siasatan lanjut dilakukan di rumah suspek. Dan polis menjumpai barang-barang yang hilang dari rumah Allahyarham Siti Nur Surya. Seperti telefon bimbit, wang tunai dan alat solek.
Bunuh Bersendirian Atau Bersama Individu Lain?
Sehingga ke saat ini siasatan masih terus dijalankan. Palis masih mencari jawapan sama ada pelajar perempuan Tingkatan Enam ini melakukan pembunuhan berseorangan atau bersama orang lain.
Dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bahan bukti lain termasuk kesan tapak kaki dipercayai suspek bersendirian.
Malah, pihaknya memohon sekiranya ada pihak mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Mangsa Dan Suspek Bergelut, Kesan Tusukan Di Leher
Berkemungkinan pergelangan tangan mangsa dipotong sehingga putus ketika dia masih hidup. Kemudian, mangsa ditikam dileher dengan senjata yang sama sehingga mati.
Malah, terdapat kesan tusukan pada leher mangsa selain beberapa kecederaan lain.
Maklumnya lagi, mangsa dan suspek dipercayai bergelut berdasarkan helaian rambut yang ada dalam genggaman mangsa. Ujian asid deoxyribonucleic (DNA) sudah pun dijalankan dan pihaknya masih menunggu pengesahan.
Suspek juga direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suami perlu pakai bantuan oksigen, selebriti popular Datin Paduka Eina Azman mohon orang ramai mendoakan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah agar diberikan kesembuhan dari virus Covid-19.
Malah Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman juga menerangkan tahap kesihatan suaminya semakin merosot.
Suami Perlu Pakai Bantuan Oksigen
“Assalamualaikum semua…
“Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.
“Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus COVID-19. Sebab oxygen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oxygen,” tulis Eina.
Eina sebelum ini ada berkongsi suasana sedih yang menyelubunginya sempena ulang tahun perkahwinan ketujuh apabila dia dan suami serta dua pembantu rumah mereka disahkan positif Covid-19.
Pasangan yang dikurniakan sepasang kembar berusia lima tahun, Ariana Aubrey dan Karl Kareef ini juga menerangkan sebelum ini mereka sering menjalani rawatan dan pemeriksaan berkala setiap dua hari sekali.
Menurut Eina, pemeriksaan tersebut dilakukan akibat mengalami simpton demam dan batuk manakala suaminya pula berhadapan situasi agak teruk dengan suhu badan tinggi selain tahap oksigen tidak menentu.
Dihujani Doa Kesembuhan Buat Datuk Paduka Kaiser
Sumber / Sumber Foto : Instagram Eina Azman
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Wanita koma lepas lahirkan anak meninggal dunia selepas tujuh tahun terlantar. Kisah benar Mohd Saiful yang setia menjaga isterinya, Nor Fadila, hingga ke hujung nyawa.