Luahan HATI Ayah BILAL “Banyak Benda Boleh Dipermain Tapi Anak Ni Rasa Dia Lain Sikit”. Perkongsian Haris Ismail yang terbaru menerusi akaun Instagramnya tentang anak kesayangan Bilal mendapat perhatian pengikutnya.
Terdahulu, seorang netizen telah mendedahkan gambar anak pasangan popular Neelofa dah Haris, Bilal hingga mencetuskan pelbagai kontroversi. Malah Neelofa juga meluahkan rasa terkilan apabila wajah anaknya disunting serta disebarkan tanpa keizinannya.
Apa yang membangkitkan kemarahan netizen, individu terbabit juga seperti tidak menghormati keputusan Neelofa yang mahu menunjukkan sendiri gambar anaknya.
“Bilal Sayang Semoga Menjadi Anak Yang Baik Dan Soleh” Komen Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan yang terbaik buat Bilal.
“Betul tu, bab anak jgn buat main, mmg sensitif sgt, semoga Bilal membesar menjadi anak soleh Dan dpt tarik ummi Dan abah ke syurga, Amin yrb” roselle_bakery
“Auto sebak …semoga sifat kasih dan sayang sesama manusia terus bertebaran ni bumi Malaysia dan seantero pelusuk dunia dan alam cakerawala,” cik_eeta
“Semoga diberikan kekuatan dan kebahagiaan dunia akhirat..buat Bilal sayang Semoga menjadi anak yg baik dan soleh kelak..Aamiinn” suesweet11
“Smg Muhammad Bilal syg terus membesar dgn sihat menjadi anak soleh dan dlm lindungan Allah selalu dari segala bahaya dan keburukan Allahumma aamiin Aamiin ya mujiib” _safiyyah8073
Ads
“sending love to Bilal n semua ank ank kesayangan kita semua” farhannamzf
Menjadi anggota pasukan keselamatan seperti polis dan tentera antara cita-cita paling popular dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Ia sebaliknya dianggap tidak sinonim dengan wanita kerana memerlukan kelasakan dan ketangkasan.
Kini sebenarnya ramai wanita diangkat menduduki jawatan kanan dalam pasukan beruniform. Dek kerana sejak kecil melihat ibu dan arwah ayahnya segak mengenakan uniform, wanita perkasa, Siti Fazilah Mohd Redzuan, 32 telah menanam cita-cita untuk menyarung uniform yang sama.
Impiannya itu tercapai dan kini bergelar Kopral Penjara dan sekaligus mewarisi pekerjaan ibu dan arwah ayahnya yang merupakan anggota pegawai penjara. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga berkahwin dengan seorang anggota pegawai penjara dan kini merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.
Wanita yang kini bertugas di Penjara Tapah, Perak dari zaman sekolah telah terlibat dengan Kadet Polis dan Unit Trafik Sekolah. Akui memilih kerjaya lasak ini kerana minat yang mendalam dalam unit beruniform.
“Bak kata pepatah bapa borek anak rintik, begitu juga dengan saya. Sejak kecil saya melihat ibu dan juga arwah abah segak berpakaian baju seragam. Apatah lagi semasa zaman sekolah saya turut aktif dan terlibat dalam pakaian beruniform.
“Seleps tamat persekolahan saya terus memohon SPA untuk meminta beberapa jenis pekerjaan. Saya pernah pergi temuduga untuk memenuhi jawatan tentera laut dan polis tetapi tidak berjaya. Akhirnya mendapat tawaran sebagai Pegawai Penjara KA19. Saya melaporkan diri di Depot Pati Tahanan Lenggeng, Negeri Sembilan pada 6 Ogos 2007. Seterusnya menjalani latihan asas di Pusat Latihan Pegawai Penjara (PLPP) di Taiping, Perak dan berjaya menamatkan latihan selama tiga bulan.
“Apabila Depot Pati tahanan diserahkan pada pihak Imegresen saya di posting pula ke Penjara Tapah, Perak pada 31 Mac 2008 sehingga kini. Saya telah berkhidmat selama 12 tahun di Institusi Penjara Tapah dan kini bertugas di Unit Kawalan dan Pencegahan(UKP),” terang anak ketiga dari lima beradik ini.
Wanita yang mendapat pendidikan di SMK Tun Syarifah Rodziah sehingga tingkatan 6 ini, dahulunya memegang jawatan KA19 dan kini memangku jawatan KA20 sebagai Kopral Penjara. Ditanya tentang tugas dan tanggungjawabnya Siti Fazilah akui tugas pegawai penjara semenangnya cukup berat.
“Sebagai pegawai penjara kami bertanggungjawab membentuk satu pasukan yang berkemahiran untuk mengawal situasi yang menggugat keselamatan dan ketenteraman penjara dari dalam mahupun di luar tembok penjara. Selain itu melahirkan anggota yang aktif, cergas, bersatu sentiasa dan patuh pada arahan.
“Kami juga menjadi kekuatan tambahan jika berlaku sebarang insiden seperti rusuhan, mogok dan kelarian banduan. Kawalan pengiringan banduan berisiko seperti Banduan Akhir ke mahkamah atau rawatan di hospital. Melakukan pemeriksaan ke atas banduan baru masuk, melaksanakan pemeriksaan dan rondaan di setiap bangunan dan sel banduan supaya keselamatan terjamin. Kami juga membanteras segala artikel larangan yang di bawa mausk oleh banduan contohnya seperti tembakau, duit, telefon bimbit, dadah dan sebagainya,” ungkap Siti Fazilah.
Siti Fazilah yang peramah ini juga menerangkan untuk menjadi anggota badan beruniform seseorang itu perlu memiliki hati yang cekal.
“Syarat utama mesti punyai hati yang cekal, berani dan sanggup menerima kritikan dari pihak atasan mahupun masyarakat luar. Mental dan fizikal harus kuat dan tidak mudah putus asa. Pada masa yang sama harus ada sikap toleransi ke atas tahanan atau banduan yang ditahan.
“Antara pengalaman manis saya selama bekerja sebagai anggota pegawai penjara adalah pernah mengikat tali pusat bayi yang baru dilahirkan di sel penempatan banduan kerana tidak sempat membawa banduan tersebut ke hospital.
“Pengalaman sukar pula apabila melihat seorang ibu dan anak terpaksa dipisahkan atas sebab anak telah mencapai had umur yang ditetapkan yang membolehkan anak tersebut tidak boleh tinggal di dalam penjara,” kongsinya lagi.
Disentuh tentang cabaran sebagai anggota beruniform, Siti Fazilah akui banyak cabara yang perlu ditempuhi.
“Cabaran utama memerlukan kita sentiasa peka terhadap banduan supaya mereka mendengar arahan yang telah ditetapkan iaitu apabila mengiring banduan merbahaya ke hospital dan mahkamah.
“Cabaran paling sukar sebagai seorang wanita adalah membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Saya juga harus utamakan keluarga walau macam mana letih dengan tugasan harian. Saya juga bekerja mengikut syif pagi dan mainshift. Anak-anak akan diletakkan dalam jagaan pengasuh sementara saya dan suami keluar bekerja. Namun kini saya sudah lali dengan kerjaya ini dan anak-anak juga memahami kerjaya kami suami isteri,” kata Siti Fazilah.
Sebagai seorang srikandi Siti Fazilah juga sentiasa menjaga pakaiannya agar kelihatan kemas selalu.
“Sememangnya kami mementingkan penampilan dan sentiasa kelihatan kemas. Selain itu saya juga sering menjaga tingkah laku diri semasa melayan karenah pelawat atau orang awam dengan sistematik dan sopan supaya tidak mencalarkan imej kita.
“Malah saya juga memegang tegas prinsip di mana perlu displin, tegas,amanah dan berbakti kepada jabatan dan agama,” akurnya.
Siti Fazilah juga berkongsi kisahnya yang aktif bersukan kerana memerlukan stamina yang kuat sewaktu menjalankan tugas.
”Dalam mengekalkan stamina tiada masalah bagi saya kerana saya adalah seorang yang aktif bersukan semenjak sekolah lagi. Saya terlibat dalam sukan bola jaring ke peringkat mewakili Jabatan Penjara Malaysia (MAKSAK),” akhiri Siti Fazilah.
SIRIM tegaskan tak pernah uji produk Skin Dessert, founder muat naik gambar depan bangunan mereka. Rezeki ada berbagai cara. Ramai yang ingin kaya tapi kaya yang bagaimana, tepuk dada tanya selera. Tak salah jadi kaya dan itulah yang dicari oleh ramai manusia.
Dalam pada itu isu mengenai produk mengandungi racun berjadual dan disebut sebagai produk timbang kilo mula meraih perhatian ramai selepas kosmetik Skin Dessert antara yang disenaraikan dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah lima hari lalu.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) dalam sidang media memaklumkan, telah membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk tersebut ialah Sweet 13 Skincare Treatment Cream, Ninaskincare Skin Puteh Moisturizer dan Skin Dessert Cream, masing-masing mengandungi merkuri manakala Haemun Cream mengandungi miconazole dan Karisma Birds Nest Gel (hydroquinone dan tretinoin).
“Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Notifikasi produk kosmetik terbabit dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” katanya dalam kenyataan lima hari lalu.
Dalam pada itu, di fb seorang founder Skin Dessert, Zirra Abdullah ada memuat naik kenyataan bahawa dirinya tidak berdiam diri dan memohon doa dari semua orang selepas produknya antara yang disenaraikan oleh pihak KKM mengandungi racun berjadual.
Isu ini tidak habis kerana selepas produk ini diban oleh KKM, pihak Sirim ada membuat kenyataan seperti di atas pada fb founder berkenaan pada perkongsian 4 Oktober lalu.
“SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my.
Mungkin sebelum ini, trending di media sosial yang meminta pertolongan abang bomba. Sedangkan video itu hanyalah sekadar untuk hiburan sahaja, memandangkan viral tentang anggota keselamatan ini semasa pembarisan hari kemerdekaan bulan lalu.
Di sebalik viral anggota keselamatan ini, satu video tentang yang dikongsikan oleh seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Malah, kemalangan itu menjadi titik perhubungan wanita itu dengan abang bomba.
Inilah baru dikatakan ‘The Real Abang Bomba’. Ikuti perkongsian wanita yang dikenali sebagai Zati dalam video tiktoknya.
Pada waktu tersebut, dia memandu sendirian dan di dalam perjalanan pulang ke rumah sambil ditemani rakan lelakinya itu menerusi panggilan video.
Menurutnya, pada ketika itu mereka hanyalah sekadar kawan sahaja dan lelaki itu melakukan panggilan video itu untuk memastikan dia selamat tiba di rumah.
Oleh kerana hujan lebat dan keadaan jalan yang gelap menyebabkan wanita itu terlibat dalam kemalangan selepas gagal mengelak sebuah kenderaan yang keluar dari simpang. Sebaik sahaja mendengar jeritan wanita itu, lelaki tersebut bergegas ke lokasi kejadian memandangkan dia tahu di mana wanita itu berada.
Lelaki yang bekerja sebagai anggota bomba itu sempat menelefon balai bomba tempatnya bekerja dan meminta bantuan ambulans. Semasa tiba di lokasi kejadian, lelaki itu kemudian masuk ke dalam kereta dan membantu membawa wanita itu keluar.
Dikatakan, sebelum ini mereka hanya berkawan saja. Tapi selepas kejadian itu, mereka ambil keputusan untuk bertunang dan sekarang dalam fasa menghalalkan hubungan.
Mingguan Wanita : Semoga dipermudahkan dan bertemu dengan pasangan yang baik-baik buat yang masih menunggu jodoh.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.