Penjara…sesiapa pun gerun mendengarnya. Seolah-olah burung yang terbang bebas, terkurung di dalam sangkar tanpa boleh terbang ke mana-mana. Begitulah gambaran kehidupan di balik tirai besi. Terpenjara menjalani hukuman dalam tempoh masa tertentu, ada juga yang tertulis ajalnya di penjara ekoran hukuman jenayah yang dilakukan.
Ironinya, jangan tak tahu masih wujud juga penjara yang menggunakan pendekatan ihsan dalam menyantuni penghuninya. Berikut adalah perkongsian mengenai lima penjara unik dalam artikel ini memberi dimensi baru buat anda, mengenai kisah pelik lima tirai besi di dunia.
1. Penjara San Pedro, Bolivia
Penjara yang paling unik, kerana bukan sahaja banduan malah keluarga pun boleh turut serta dan menginap di dalam sel tahanan. Aneh bukan? Setiap banduan yang baru pertama kali melangkah masuk ke dalam penjara ini, perlu membayar wang pendaftaran kepada ketua penjara tersebut. Wang itu bertujuan bagi membayar kos penginapan mereka di sel penjara.
Bagi banduan yang membawa anak dan isteri mereka menetap bersama. mereka terpaksa menanggung risiko berdepan dengan penjenayah seksual berhati kering yang dipenjarakan atas kesalahan rogol, bunuh dan jenayah seksual lain. Untuk menampung kos penginapan dan hidup selama di penjara, banduan perlu bekerja. Antara pekerjaan yang ditawarkan adalah tukang kebun, tukang kasut serta bekerja di unit pembuatan dadah yang sah; iaitu salah satu punca penjana ekonomi penjara tersebut. Sel di penjara itu terbahagi kepada kategori paling daif, sederhana dan berkelas mewah.
2. Penjara Halden, Norway
Bak hotel lima bintang! Penjara ini amat menitik beratkan keselesaan penghuninya. Dikenali sebagai penjara paling ‘manusiawi’ di dunia dilihat menawarkan servis berkelas lima bintang kepada tahanannya. Reka bentuk penjara yang moden, dimana penghuninya tidak mempunyai pakaian seragam banduan sepertimana di penjara lain.
Ads
Tahanan bebas melakukan aktiviti bersukan, bermain muzik di studio khas, bersenam di dalam gimnasium yang lengkap dengan fasiliti terkini, bilik sel yang selesa persis bilik asrama dan diberi kebenaran menggunakan dapur untuk memasak makanan sendiri. Tujuan tahanan ini diberi layanan sebaiknya agar mereka menghargai kebebasan dan berazam untuk menjalani hidup yang lebih positif dan bebas jenayah sebaik melangkah keluar dari penjara. Hasilnya bilangan pesalah yang direkodkan kembali semula ke penjara hampir tiada. Tindakan penjara ini menggunakan pendekatan sebegini wajar di puji.
3. Penjara Aranjuez, Sepanyol
Mendapat jolokan penjara mesra keluarga, banduan yang mempunyai anak mendapat keistimewaan untuk membawa anak dan isteri sama-sama menetap di dalam sel dikhususkan untuk keluarga yang mempunyai 36 unit kesemuanya. Di dalam bilik tersebut katil khusus untuk bayi yang dihiasi dengan permainan comel menjadi penyeri buat anak-anak mereka.
Sebaik anak mereka berusia tiga tahun, ibu bapa tersebut perlu berpindah ke sel lain dan anak-anak di serahkan kepada penjaga atau keluarga. Lazimnya sebelum anak-anak kecil tersebut berusia tiga tahun, ramai banduan wanita ataupun isteri si pesalah lelaki, akan berusaha untuk hamil dan melahirkan anak lagi. Dengan harapan mereka boleh sama-sama tinggal dalam sel yang sama seperti keluarga normal lain.
Ads
4. Apac, Association for Protection & Assistance to Convict, Brazil
Sekali lagi elemen kekeluargaan menjadi sebahagian dari identiti pusat pemulihan di Brazil ini. Adalah normal, keluarga pesalah akan hadir menziarahi pesalah terutamanya apabila melibatkan hari-hari perayaan tertentu.
Sebaliknya di pusat pemulihan ini, mereka menggunakan pendekatan berbeza. Di mana pesalah dibenarkan pulang menziarahi keluarga mereka untuk beberapa hari. Tujuannya bagi mencambahkan rasa ingin berubah dikalangan banduan dan mereka boleh kembali kepangkuan keluarga dan masyarakat dengan semangat positif.
Apac juga menggalakan si pesalah ini bekerja di dalam penjara dengan melakukan aktiviti pertanian, pertukangan, menjahit dan pelbagai ilmu kemahiran lain yang mana boleh dimanfaatkan sebaik mereka melangkah keluar dari pusat ini.
Ads
5. Penjara Bastoy, Norway
Penjara yang mendapat gelaran ‘penjara paling baik’ di dunia kerana layanannya terhadap tahanan. Keselesaan penghuni penjara menjadi fokus utama penjara ini, setiap seorang tahanan layak menghuni sel selesa sendirian. Mereka perlu berkongsi penggunaan dapur untuk memasak makanan mereka sendiri.
Setiap hari, tahanan akan diberi makan hanya sekali sahaja. Sekiranya rasa lapar, mereka diberi kebenaran membeli bekalan makanan di pasar raya tertentu dengan menggunakan wang elaun yang diberi oleh pihak penjara berjumlah $90 sebulan.
Selain itu untuk mendapatkan duit tambahan, tahanan ditugaskan menguruskan tanaman, menjaga kuda, memperbaiki basikal, melakukan kerja-kerja pertukangan dan pemuliharaan kemudahan yang terdapat di Pulau Bastoy. Penjara yang terletak di pulau itu mempunyai hanya 69 kakitangan penjara yang mengawal hamper 115 tahanan. Hanya lima pegawai ditugaskan bagi menjaga tahanan ketika sesi malam.
Tahanan diberi kelonggaran untuk pergi ke gereja, perpustakaan dan melibatkan diri dengan aktiviti riadah seperti memancing, menunggang kuda dan bersukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Telah selamat jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira jam 1.45 tengahari tadi.
Pilunya kehilangan wira negara ini masih lagi dirasai. Bukan saja di hati tunang tercinta, keluarga tersayang, bahkan seluruh rakyat Malaysia.
Pengorbanan allahyarham semasa hayatnya, ketika bertugas dibelasah tanpa belas hanya niatnya mahu memadamkan api marak pada kenderaan.
Sungguh! ini perbuatan kejam.
Tiada perikemanusiaan, dan untuk orang-orang sebegini perlu diadili setimpal mengikut jenayah yang mereka lakukan.
Terkesan dengan pemergian allahyarham Muhammad Adib, pendakwah bebas catatkan doa untuknya. Semoga kehilangan wira negara ini mendapat pembelaan yang selayaknya.
Bomba Bukan Bawa Senjata, Bawa Air Sampai Begini Mereka Kerjakan – Ebit Lew
Sebak pilunya hati ini. Hari tangisan buat seluruh Malaysia dan seluruh insan di dunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. pemergian Allahyarham Muhammad Adib b Mohd Kassim.
Anggota bomba yang syahid dipukul kerana sedang menjalankan tugas ingin menyelamatkan manusia.
Ya Allah anugerahkanlah pahala syahid buat dirinya.. bangkitkannya bersama Nabi-nabi dan Syuhada.
Berilah Ketabahan Dan Kekuatan Buat Seluruh Ahli Keluarganya
Ya Allah letakkanlah dirinya dalam syurga FirdausMu.
Ya Allah buat seluruh ahli keluarganya berilah ketabahan dan kekuatan. Jagalah seluruh ahli keluarganya.. sayangilah dan berilah rahmat kasih sayangMu.
Tak pernah terfikir begini jadinya di Malaysia. Anggota bomba nak padam api kena begini. Bomba bukan bawa senjata. Bawa air sampai begini mereka kerjakan.
Pembunuhan kejam.. terbuka.
Setiap yang menjadi penyebab perlu diberi balasan seberat-beratnya. Tiada hati manusia yang ada perasaan tidak bersedih hari ini..
Ya Allah ya Hayyu Ya Qoyyum ya Aziz Al Jabbar Al Mutakabbir hanya padaMu kami mengadu.
Siapa sahaja yang menjadi sebab berilah mereka pengajaran sebenarnya. Hanya padaMu kami bermohon. Kaulah sebaik-baik yang akan mengadili nanti.
Berangannya nak jejak pulau Maldives, tempat glamour yang Hanis Zalikha dan Hairul Azreen pernah sampai tu. Tapi kos cuma mampu jalan-jalan dalam Malaysia je. Janganlah rasa Malaysia ni tak best, sebab dekat Kepulauan Mersing, Johor pun cantiknya macam dekat Maldives.
Seronok tengok percutian yang dikongsikan oleh Yusniza Yusoh dengan rakan-rakannya ini. Itu percutian 2 hari 1 malam menjelajah beberapa buah pulau yang ada di Kepulauan Mersing.
Trip Daytrip Ke Kepulauan Mersing, Johor
Perjalanannya bermula dari Jengka -Kuantan. Sekitar jam 8.15 menaiki bas Transmalaya. Tiket bas dari Kuantan-Mersing adalah RM18.20.
Jam 11.45 malam pula kumpulan ini naik Plusliner dari Terminal Sentral Kuantan dan sampai di pekan Mersing sekitar 3 pagi.
Bagi mereka yang naik bas dari Kuala Lumpur, boleh terus beli tiket di TBS. (Terminal Bersepadu Selatan – iaitu terminal bas utama di bahagian selatan di Kuala Lumpur. Pakcik bas akan turunkan dekat tepi jalan.
Tapi jangan risau, kawasan jeti dekat kawasan situ juga. Nanti anda perlu jalan kaki dalam 10 minit gitu je. “Kami berjalan dan melepak di kedai mamak sementara tunggu pagi.”
Hostel sebelah mamak tu je iaitu Riverside Hotel. Ambil family room kosnya dalam RM132.27. Kami request chek ini awal. Jadi check ini dalam pukul 710 pagi untuk letak barang dan bersiap.
Keluar Ke Jeti Mersing
Lepas tu kami keluar semula pukul 8.30 untuk ke jeti. Jalan kaki lagi dalam 10 minit. Lenggang kangkung saja. Kalau lenggang bayam, cepat la sikit. Hihihi..
Untuk pengetahuan, kawasan pekan Mersing ini sangat mudah diakses. Jeti, terminal bas, hotel, restoran, dobi, semuanya dekat.
Jadinya tak perlu risau. Terutama untuk siapa-siapa yang terlintas nak pergi tapi tak berapa berani.
Panduan yang dikongsikan Yusniza ini cukup-cukup membantu untuk anda menikmati perjalanan adventure percutian yang indah dan menenangkan.
Sebaik Sampai Jeti
Sampai jeti, breakfast sambil tunggu boatman dengan planner pakej yang kami guna. Kami ambil pakej daripada Chekgu Murni (info lanjut ada dalam posting Yusniza). Mereka ambil pakej daytrip dengan kos RM140 per pax.
Sekitar jam 9.30 pagi kami naik boat dan menuju ke destinasi iaitu Pulau Sibu, Pulau Lima Besar dan Lima Kecil. Kami juga membuat hiking di Pulau Sibu Kukus, Gua dan Pulau Tinggi.
Setelah puas meronda, kumpulan ini menikmati makan tengah hari di Pulau Sibu Kukus. Snek dan air unlimited untuk dimakan di atas bot.
“Bagi mereka yang mabuk laut, makan ubat mabuk laut siap-siap sebelum naik bot dan sediakan ubat angin untuk kecemasan“.
Air di Mersing berombak agak kuat jadi pastikan jaket keselamatan dipakai siap-siap sebelum bot berjalan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Balik Semula Ke Jeti Mersing
Pukul 6 petang, kumpulan kami balik ke jeti Mersing. Pulang ke hotel dan rehat.
Esok pagi, check out hotel pukul 10 pagi, makan tengah hari di kedai sebaris dengan hotel dan naik bas Plusliner ke Kuantan pukul 12 tengah hari. Total perjalanan saya untuk jelajah daytrip ke ke Kepulauan Mersing tambah tolak dalam RM 250.
Semoga panduan dan info yang dikongsikan oleh Yuniza Yusoh ini membantu anda yang berhasrat mahu ke Kepulauan Mersing.
Tak rugi datang ke tempat ini, cepat pemandangannya memang cantik, air lautnya jernih membiru. Ini pun boleh masuk dalam senarai destinasi percutian bebas tress.
Kongsi Nornafishah Zamry, tak semua orang yang ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) keluarkan RM 10 K, ada yang cuma dapat keluarkan RM300 saja sebab cuma itu yang tersisa.
Itu pun keluarkan untuk beli baju raya anak-anak.
Tak Semestinya Kaya
Jadinya tak perlu fikir semua orang yang ada KWSP tu raya nanti mesti banyak duit. Elakkan lah bergurau bab duit sebab ada orang yang sensitif sebab dia tak ada pun sampai 10K tu.
“Haaa pegi salam mintak duit raya dekat maksu tu , dia banyak duit tu dapat 10K ”
Jangan ya ajar anak meminta-minta duit raya dekat orang. Tak elok.
Mingguan Wanita : Tak perlulah sindir orang yang keluarkan duit KWSP tanpa usul periksa. Lagi satu, itu duit dia biarlah dia nak keluarkan atau tidak dan terserahlah pada dia bagaiamana nak uruskan duit itu ke mana… Betul tak?
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...