Ada masanya memang kita memang terpaksa beli sayur yang dah layu di kedai sebab tiada pilihan dan dan digunakan untuk memasak. Bahkan ada juga sayur-sayuran yang dalam peti sejuk, yang tak sempat dimasak jadi layu dan hampir kering.

Menerusi perkongsian di TikTok @muaketom jika sayur-sayuran yang layu jangan dibuang, membazir. Sebaliknya boleh rendam seketika dengan pencuci Sunghlight Extra Nature Mineral Salt & Aloe Vera untuk kembalikan kesegarannya dan sekaligus membersihkan kotoran pada sayur tersebut. Memang terbukti berkesan! Ia akan kembali segar bugar, macam baru lepas dipetik

Menurut wanita ini lagi, kebiasaannya sayur atau buah dicuci dengan garam, namun boleh juga guna pencuci Sunghlight Extra Nature Mineral Salt & Aloe Vera yang memang selamat dan khas untuk mencuci botol susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Cara-caranya:

1. Masukkan sayur dalam bekas dan masukkan sedikit pencuci Sunghlight Extra Nature Mineral Salt & Aloe Vera .

2. Kemudian masukkan air secukupnya dan biarkan seketika dalam 5 minit.

IKLAN

3. Selepas itu, bolehlah dibilas sayur-sayur tersebut dengan air bersih.Asingkan daun yang buruk, rosak dan tangkainya.

4. Kemudian bilas sekali lagi.Boleh nampak hasilnya.Sayur kembali segar bugar macam baru lepas dipetik.

IKLAN

5. Siap! Boleh digunakan.

@muaketomlemahhhh kan bila tengok sayur layu x segar♬ Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim

@muaketom Reply to @muaznmarsha ♬ original sound – Mua Ketom

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Tip Pokok Layu Kembali Segar, Tak Perlu Curah Air, Rendam Sejam Dalam Besen

Sayur Kekal Segar Tahan Lama, Lapik Tisu Simpan Dalam Bekas!

Mingguan Wanita: Wahh boleh cuba tip ni. Dedaun yang layu tu, terus nampak segar bugar macam baru lepas dipetik malah dapat bersihkan kotoran dan mikroorganisma yang kita tak nampak dengan mata kasar juga.

Sumber: TikTok Mua Ketom

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita