Makan

Lesung Batu Ada Kesan Kunyit Melekat, Ini Cara Nak Hilangkan

Share

Lesung batu yang ada kesan-kesan kunyit yang melekat tebal memang agak payah untuk dihilangkan. Kesan kekuningan itu seakan sudah sebati. Menjadi masalah bila hendak tumbuk ramuan masakan lain seperti rencah untuk sayur, nasi goreng, habis semua berwarna kuning.

Lesung Batu Biasa Kesan Kunyit Melekat

Ada cara yang boleh dipraktikkan bagi menghilangkan kesan kunyit tebal yang melekat pada permukaan lesung batu. Secara tidak langsung, lesung batu yang lama kelihatan macam baru.

Bahan yang diperlukan:

Pes cuci pinggan

Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. Jangan pilih pes cuci pinggan jenis terlalu keras. Nanti susah hendak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.

Ini Cara Nak Hilangkan

1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung.

2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut.

3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai.

 

 

4. Kemudian cuci dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyitnya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih.

5. Beginilah hasilnya. Nampak macam lesung batu baru.

Sumber: Namakucell

Baca artikel lain yang berkaitan: Tip Jaga Lesung Batu, Tumbuk Garam Kasar Selalu Untuk Tajamkan Matanya

Nabila Kongsi Keisha Masak Nasi Goreng, Lucu Bila Anak Lesung Batu Diguna Terbalik

 

IKLAN