Makan sekali nak lagi. Tak cukup 2 – 3 biji. Sekali makan tak reti nak stop. Siapa suka buat kuih gomok abu atau kuih tepung gomok inti kelapa bersalut tepung beras sangai?
Atas permintaan, saya share resipi cara ibu saya buat ye. Doakan ibu bapa saya sentiasa sihat selalu.
Bahan Inti
1 biji Kelapa parut muda
Gula melaka @ nis’san- ikut kemanisan
Gula – kalau kurang manis, tak boleh nak gentel
2 sudu tepung beras pulut @ gandum
Ads
Cara Buat Inti
Semua bahan-bahan ini dicampur dan dikacau di dalam kuali sehingga kering dan boleh digentel. Bila sejuk, gentel sebesar ibu jari.
1 bungkus tepung pulut.
Air pandan
Air kapur sedikit
2 cawan tepung beras – disangai
Ads
Cara Buat
Uli doh macam nak buat ondeh-ondeh atau buah melaka itu. Setelah siap, masukkan tepung inti ke dalam doh. Sama macam nak buat buah melaka. Jangan tebal sangat. Selepas siap, bolehlah rebus dengan cara sama buat buah melaka itu.
Ads
Siap direbus, boleh angkat. Tos sekejap. Tak perlu tunggu kering. Terus golekkan dalam tepung beras yang telah disangai itu.
Nota: Untuk bahagian luar, biasanya orang lain guna tepung kacang. Tetapi saya guna tepung beras yang disangai dulu. Rasanya tak sama ye. Nampak remeh, tapi bila makan, awaklah Juara! Sebab itu orang panggil kuih gomok abu, bila makan putih seput la kat mulut!
Mudah sahaja hendak buat sandwich telur. Paling penting kena ada roti dan bahan-bahan isinya. Setelah siap, bolehlah hidangkan sandwich telur ini untuk keluarga.
Kalau nak jual dan buat berniaga pun boleh. Laris jualan.
Banyak versi resipi dan cara buat sandwich telur ini. Kalau ada yang teringin nak buat sandwich telur yang dicampur dengan sosej bolehlah buat ikut resipi berikut.
Boleh Cuba Buat Sandwich Telur Yang Dikongsikan Oleh Zaky Mat Ali ini.
Resipi Sandwich Telur
“Saya ikhlas berkongsi resipi ni. Nak buat makan sendiri boleh, nak buat berniaga pon boleh.Ramai yang jual sandwich ni laris jualan.Boleh tambah pendapatan musim pkp ni.
“Scroll ke bawah Facebook saya Zaky Mat Ali untuk banyak lagi resipi sedap dan mudah.”
Bahan-Bahan
Roti
Telur
Salad
Tomato
Sosej
Mayonis
Sos cili
Serbuk lada hitam
Mentega
Cara Buat (Boleh Ikut Langkah Demi Langkah Seperti Yang Ditunjukkan Pada Gambar)
1-Sosej yang telah digoreng + mayonis + sos cili + serbuk lada hitam. Telur yang telah dihancur + mayonis
2-Roti kepingan pertama disapu mentega. Bubuh telur hancur. Kemudian bubuh hirisan tomato.
3-Kepingan kedua. Bubuh Salad + sosej + telur hancur. Ambil kepingan ketiga roti. Letak atas kepingan kedua roti tadi. Setelah siap, hiris setiap bahagian tepi roti.
4-Siap Sandwich Telur.
MW: Bolehlah cuba buat sandwich telur ini. Kalau rasa sedap dan sesuai untuk dibuat berniaga, bolehlah mula menjualnya. Dapat juga tambah pendapatan sampingan.
Sedapnya makan Nasi Mandy@Kabsah. Letak dalam dulang makan beramai-ramai satu keluarga bulan puasa ni, memang meriah! Jika selalu beli je di restoran Arab, mak-mak boleh buat sendiri je Nasi Arab ni di rumah.
Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah ni. Resipi lengkap rempah,nasi,ayam,kambing,sos@sayur salata yang digunakan setiap kali mengambil tempahan daripada pelanggan.Nampak macam renyah Nasi Mandy ni, tapi mudah je malah lebih jimat dan berbaloi. Tak perlu beli rempah atau pes Nasi Arab lagi.
RESEPI NASI MANDY saya setiap kali tempahan. Tak ada terkurang atau terlebih. Apa yang saya buat pada customer saya, macam tu saya akan bagi resepinya.
Saya sediakan step by step sampai akhir kalau tak tahu caranya, boleh tengok disetiap gambar dari rempah,nasi,ayam,kambing,sos@sayur salata.
Selamat Mencuba!
8-10 ORANG MAKAN
Bahan-Bahan REMPAH NASI MANDY@KABSAH :
2 Sudu Besar Biji Ketumbar
1 sudu besar kayu Manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar buah pelaga
1 sudu kecil Bunga cengkih
1 biji limau kering
1 biji buah pala kering /nutmeg
1 helai daun salam/bayleaves
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Membuat:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali (tanpa minyak) sangaikan dengan API perlahan selama 10 minit dan sehingga naik bau.
2. Masukkan kesemua bahan tadi kedalam tempat pengisar kering/atau blender kering, kisar sehingga halus.Simpan di dalam tempat yang bertutup.DAH SIAP STOCK UNTUK REMPAH NASI MANDY DAN KABSAH.
Bahan-Bahan NASI MANDY:
4 pot beras basmati
1½ pot air x 4 (Sebanyak 4 Kali diulang) air rebusan kambing/air biasa
KAMBING ATAU AYAM
3 sudu besar Minyak sapi
1½ sudu besar Rempah nasi Mandy
Bawang besar 1 biji (dipotong dadu@dihiris)
2@3 batang Cili hijau
10 ulas Bawang putih
1@2 keping Bayleaves/daun salam
1 biji Limau kering
1 batang Kayu Manis
2 biji Bunga cengkih
2 biji Buah pelaga
2 pokok Akar daun ketumbar
1 kiub ayam@daging
Bahan Hiasan Nasi
Daun ketumbar
Kismis
Bawang goreng
Kacang gajus/badam
Cara Membuat:
1.Rendam Beras Basmati selama 20-30 minit dan toskan.
2.Sediakan kuali atau periuk besar.
3.Tumis minyak sapi, masukkan kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih,limau kering ,daun salam,cili hijau,bawang putih,bawang merah,kiub ayam@daging dan rempah,masak sehingga naik bau.
4.Dalam periuk nasi masukkan beras dan air mengikut sukatan yang betul.Saya menggunakan 1½ pot air rebusan sebanyak 4 kali. Jika mahu guna air biasa pun boleh.
5.Perasakan dengan garam jika perlu.
6.Masukkan daging kambing yang dimasak sekali dengan kuahnya(pastikan kambingnya empuk).
***JIKA MENGUNAKAN AYAM,AYAMNYA PERLU DIBAKAR,TIDAK PERLU DIMASAK BERSAMA KUAH
7. Tekan butang periuk nasi dan biarkan ianya masak sempurna.
8. Selepas 10 minit nasi sudah masak,lubangkan kepada 4 bahagian,masukkan pewarna oren@kuning(agak-agak),biarkan seketika dalam 5 minit dan gamburkan nasi perlahan-lahan agar nasinya tidak patah.
10.(BAKAR ARANG).Sediakan aluminium foil dan letakkan minyak ke dalamnya dan masukkan arang yang telah dibakar tadi. Bakar di atas API dapur,tutup periuk nasi biarkan ianya diasap selama 5-10 minit.
11.Taburkan kacang,kismis,daun ketumbar dan bawang goreng ,angkat nasi dan sedia untuk dihidang.
Bahan-Bahan PERAPAN AYAM:
1 ekor Ayam
1 sudu besar Rempah Mandy
1 Sudu besar Serbuk Cili
½@ Hujung Sudu Kecil Pewarna Oren atau Kuning
Garam
Serbuk Perasa
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas, ratakan kesemuanya dan sapukan kepada ayam.Sapu rata dan perapkan ia paling kurang 1@2 jam.
2. Panaskan oven, bakar pada suhu 220c.(25-40 minit)
3. Apabila ayam sudah masak, minyak ayam jangan dibuang. Taburkan pada nasi yang telah dimasak di dalam rice cooker (jika mahu).
Bahan-Bahan SUP/KUAH:
½ biji bawang besar(dihiris)
6 ulas bawang putih
3 batang cili hijau
1 sudu kecil rempah Mandy
1 kiub ayam
garam (jika perlu)
secukup rasa(masukkan sedikit kunyit jika perlu)
kentang
lobak merah
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak,tumiskan bawang besar yang telah dihiris),bawang putih,cili hijau,rempah Mandy, kiub ayam dan garam, masak sehingga mendidih. Masukkan pula secukup rasa dan sedikit kunyit jika perlu.
2. Boleh letak kentang atau lobak merah (jika mahu).
Bahan-Bahan SOS SALATA:
4 biji besar Tomato
5 biji Cili hijau
2 ulas Bawang putih
2 sudu besar Daun Ketumbar (dihiris)
1 sudu besar Jus Lemon
5@6 sudu besar air masak(jika perlu)
Cara Membuat:
Kisar semua bahan sehingga hancur, letak kedalam mangkuk, siap untuk dihidang.
Bahan-Bahan Penyediaan Sayur:
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji Tomato dipotong dadu
1 biji Timun dipotong dadu
1 Biji Lobak merah dipotong dadu
Hiris Daun ketumbar 1 sudu besar
Cara Membuat:
Gaulkan kesemua bahan dan letak ke dalam mangkuk. Siap untuk dihidang
Selamat mencuba!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Telur Pindang selalunya diberikan sewaktu kenduri kahwin di kawasan selatan tanah air. Lebih tepat, bagi orang-orang Johor. Telurnya berwarna coklat gelap, berempah dan rasanya sangatlah sedap. Namun nak buatnya agak renyah, memerlukan pelbagai rempah ratus dan macam-macam jenis dedaun.
Secara tradisinya, tempoh merebus telur pindang ini agak lama menggunakan api kecil dan memakan masa sehingga berhari-hari barulah siap. Namun sekarang, buat mak-mak yang suka makan telur pindang ni tak perlu susah payah lagi, boleh rebus dalam periuk serbaguna Noxxa je. Guna tetapan ‘slow cook’ dalam masa satu jam dah siap, dan boleh terus makan telurnya.
Boleh cuba resipi dan cara buat telur pindang daripada Puan Izzah Farizzah ini:
Daun Manggis
Daun jambu batu
Daun lengkuas
Daun serai
Daun limau purut
Daun senduduk
Daun mengkudu
Daun pandan
Daun salam
Kulit bawang
2 sudu besar Jintan manis
2 sudu besar Jintan putih
2 sudu besar Ketumbar
5 batang Serai (diketuk)
Garam
2 inci Halia (dipotong nipis)
Kicap pekat dalam mangkuk kecil
5 sudu Gula
30 biji Telur Ayam
Cara Membuat:
1. Letak daun tu agak-agak je semua.
2. Selepas itu, susun telur lapis daun lagi dan buat sampai siap.
3. Kemudian masukkan air paras telur tersebut.
4. Slow cook dalam periuk Noxxa selama 60 minit.
Siap!
Selamat Mencuba.
MW: Sedapnya telur pindang berempah ni. Jika teringin nak makan telur ni dah boleh buat sendiri bila-bila masa. Tak perlu tunggu bila ada kenduri je.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...