bawang merah goreng

Patutlah ramai yang sanggup buat bawang merah goreng ni ya, rupanya dia tahan lama dan boleh jadi penyedap makanan.

Apa lagi, alang-alang Puan Salamah Amat ini dah bongkarkan rahsia buat bawang merah goreng rangup ini, jom lah godek kejap!

Bawang Merah Goreng Rangup

Pagi ni saya nak share cara buat bawang merah goreng garing cara saya

Bawang merah goreng ni boleh letak dalam sup, bubur sebagai penyedap rasa.

Saya buat stok bawang merah garing ni untuk mix dengan garlic crunchy yang saya buat.

IKLAN

Cara-caranya:

  1. Kupas bawang merah, bersihkan dan toskan.

2. Kalau guna bawang merah yang besar, boleh potong 4 sebelum parut. Kalau guna bawang merah kecik,boleh terus parut je.

3. Campur bawang merah yang telah diparut denganl tepung beras, ratakan tepung dan ramas perlahan-lahan supaya tepung menjadi rata dan bawang tak patah.

4. Kemudian goreng bawang tadi dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.

IKLAN

5. Goreng bawang sehingga menjadi warna perang dan nampak garing.

6. Toskan minyak yang berlebihan sebelum disimpan di dalam bekas tertutup.

7. Bawang merah ni boleh tahan sehingga 4 atau 5 bulan kerangupannya jika disimpan dalam bekas tertutup dengan baik.

IKLAN

Tip Sebelum Goreng Bawang

Letak sedikit serbuk kunyit dan garam halus dalam minyak yang telah dipanaskan sebelum masukkan bawang merah untuk menggoreng. Ini untuk menambahkan lagi rasa rangup bawang dan sedikit warna kekuningan.

 

Bawang merah rangup ni pun sedap diratah begitu saja sebab rasenya yang sedikit manis.

Selamat mencuba kawan-kawan!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI