Kesan dan akibat menjalankan pernikahan di sempadan atau menerusi sindiket tak boleh dipandang ringan. Wanita kena ambil tahu agar tidak tertipu dan menanggung masalah lebih besar pada masa akan datang,
“Betul kata puan, saya nikah di Seremban tapi diuruskan oleh pegawai JAIS dan dapat surat nikah JAIS. Bila dah cerai ni, saya nak daftar kes, baru tau surat nikah tu palsu…” – perkongsian seorang klien yang menyangka nikahnya selamat sebab tak bernikah di Siam.
Kes Berbeza
Realitinya, terdapat dua kes yang berbeza berkaitan kahwin di Siam tersebut. Pertama, sekiranya nikah tersebut dilakukan di wilayah Thailand oleh mereka yang ditauliahkan oleh Kerajaan Malaysia.
Maka permohonan boleh dilakukan di pejabat agama daerah terdekat dalam tempoh enam bulan dari tarikh perkahwinan untuk mendapatkan pengesahan dan mendaftarkan perkahwinan tersebut. Denda juga akan dikenakan terhadap pasangan ini kerana berkahwin di luar negara tanpa kebenaran.
Kedua, perkahwinan dilakukan di wilayah Thailand oleh mereka yang tidak bertauliah. Ia akan merumitkan keadaan untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Thailand juga kerana dibimbangi pernikahan tersebut tidak sah. Apabila keadaan ini berlaku maka ianya akan dikendalikan oleh Unit Penguatkuasa.
Sebagai peringatan kepada golongan wanita malah gadis, elakkan perkahwinan yang melanggar undang-undang terutamanya yang melibatkan nikah di sempadan. Ia akan membawa kesan yang buruk di belakang hari.
Namun, kepada mereka yang telah melakukannya, pastikan perkahwinan itu mendapat pengesahan pihak berkuasa tempatan dan didaftarkan. Ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku di masa depan kerana perkahwinan yang tidak didaftarkan secara sah akan menghalang seseorang isteri menuntut sebarang hak di dalam perkahwinannya apatah lagi selepas perkahwinannya.
Tak Perlu Lalui Prosedur Undang-Undang
Cara nikah yang menjadi pilihan kebanyakan pasangan kebelakangan ini juga ialah perkahwinan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertauliah atau bertauliah tetapi tidak perlu melalui prosedur ditetapkan undang-undang. Ini yang dinamakan nikah atau kahwin sindiket.
Ads
Perkahwinan ini dijalankan di kawasan sempadan Thailand atau di mana-mana kawasan lain di Malaysia oleh satu kumpulan atau orang perseorangan yang tidak mendapat kebenaran menjalankan upacara pernikahan daripada pihak berkuasa kerajaan.
Kebiasaannya, kumpulan atau orang perseorangan ini akan menyediakan segala kemudahan untuk pasangan melangsungkan perkahwinan termasuk menyediakan saksi dan wali untuk pihak perempuan.
Kesan Bila Perkahwinan Diragui
Masalah akan timbul kerana perkahwinan ini adalah diragui kesahihannya dan tidak dapat didaftarkan kerana surat perakuan nikah yang dikeluarkan adalah palsu. Sebagai contoh, perkahwinan dijalankan di sempadan Kedah/ Thailand tetapi sijil perakuan yang dikeluarkan ialah sijil negeri Perak.
Terdapat dua kesan yang berbeza berkaitan dengan kahwin sindiket ini. Sekiranya perkahwinan itu melibatkan wali yang sah maka perkahwinan tersebut adalah dianggap sebagai sah di sisi syarak. Perkahwinan ini hendaklah didaftarkan di Unit Nikah, Cerai dan Rujuk di pejabat agama yang berdekatan.
Kesan Buruk jika Berlaku Cerai
Kegagalan melakukan pendaftaran ini boleh menyebabkan implikasi yang lebih buruk pada masa hadapan terutamanya jika berlaku perceraian. Sebagai contoh, isteri tidak berhak menuntut sebarang hak daripada suaminya kerana tiada rekod pendaftaran perkahwinan antara mereka.
Ads
Sekiranya perkahwinan itu dijalankan menggunakan wali yang diragui sah maka perkahwinan tersebut juga diragui kesahihannya. Apabila keadaan ini berlaku maka akan timbul masalah untuk mendaftarkan perkahwinan itu. Satu siasatan terperinci terpaksa dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan kepastian sama ada perkahwinan tersebut sah atau tidak.
Jika didapati perkahwinan itu sah, maka pendaftaran akan dijalankan dan denda akan dikenakan kepada pasangan terlibat. Sebaliknya jika dibuktikan perkahwinan itu tidak sah, maka perintah ‘farak’ iaitu pengasingan antara suami isteri terlibat akan dikeluarkan. Pasangan ini hanya akan disatukan semula melalui akad nikah baru yang pasti kesahihannya.
Prosesnya Hampir Sama
Secara teorinya, proses perkahwinan secara sindiket adalah hampir sama dengan proses perkahwinan biasa. Namun, terdapat perbezaan dari segi praktikalnya. Di dalam perkahwinan biasa, pasangan pengantin yang perlu menyediakan wali dan saksi sebaliknya di dalam perkahwinan sindiket, kebiasaannya, wali dan saksi disediakan.
Kos bayaran bagi kahwin sindiket juga tinggi iaitu mencapai RM 3000.00 berbanding dengan kahwin biasa yang hanya menelan belanja antara 1% hingga 5% daripadanya. Contohnya di Selangor, kos yang dikenakan ialah sekitar RM 150.00.
Perkahwinan sindiket tidak melibatkan sebarang urusan dengan Jabatan Agama Islam sebaliknya perkahwinan biasa perlu didaftarkan di Unit Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam atau Pejabat Agama Daerah.
Saya merayu kepada anak gadis dan kaum wanita, jangan terlibat dengan nikah di Siam atau nikah sindiket. Jika si lelaki benar cinta, pastikan anda menjadi miliknya dengan cara yang dijamin mudah, bukan hanya untuk hari nikah tapi juga hari-hari selepasnya.
Tidak boleh hidup tanpa suami kacak, wanita ini sanggup merana selama tiga tahun dalam rumah tangga toksid. Tenyata cinta itu memang buta.
Walaupun tak bahagia, wanita ini kuat menempuh dugaan selama tiga tahun biarpun realitinya dia tak bahagia.
Tidak Boleh Hidup Tanpa Suami Kacak
Seorang wanita di Hunam, China dikatakan sanggup bertahan didera dari segi mental dan fizikal oleh suaminya selama tiga tahun kerana suaminya yang mempunyai wajah yang kacak.
Lapor portal berita Mirror Press, lelaki itu pada awal perkahwinan hanya melemparkan perkataan kesat dan lama kelamaan mula naik tangan.
Sanggup Merana
“Wanita itu dikenali Li sanggup memaafkan suaminya setiap kali lelaki itu meminta maaf dan mendakwa tidak boleh hidup tanpa suaminya,” ujar portal berita itu.
Wanita itu turut didakwa sudah bertahan dengan sikap suaminya itu kerana lelaki itu mempunyai wajah yang kacak dan merupakan cinta pertamanya.
Menurut sumber, ibu bapa dan ahli keluarga juga sudah menasihati wanita tersebut untuk berpisah dengan suami, namun wanita itu enggan mahu melepaskan.
Malahan menerusi portal berita itu, suaminya yang berwajah kacak itu sudah bersetuju menceraikan isterinya yang sedang mengandung itu dan berjanji akan menjaga bayi dalam kandungan itu.
Mingguan Wanita : Mungkin wanita ini memberi peluang kepada suami, tetapi tempoh tiga tahun yang diberi bukan satu jangka waktu yang pendek. Cukup-cukuplah dan sayangilah diri sendiri dan anak yang bakal lahir.
Terlampau sakit hati, isteri nekad simbah asid ke muka suami yang curang di belakangnya. Benarlah bila emosi menguasai diri, apa saja mampu dilakukan.
Jika tidak mana mungkin seorang isteri sanggup menyimbah asid ke wajah suami sendiri. Bila emosi tak terkawal, seseorang tidak mampu membezakan yang mana baik dan mana buruk.
Terlampau Sakit Hati
Seorang wanita di Jakarta, nekad menyimbah air campuran cuka dan asid ke muka suaminya sehingga mangsa mengalami cacat kekal selepas mengetahui lelaki itu berlaku curang, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Suspek bernama Fitriyani, 41, dilaporkan melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di Gudang Pupuk Dusun Lingga Kuamang, Kabupaten Bungo dalam wilayah Jambi.
Isteri Nekad Simbah Asid Ke Muka Suami Yang Curang
Menurut laporan polis, Fitriyani berasa marah selepas mengetahui suaminya curang dengan wanita lain dan merancang perbuatan itu dengan niat.
“Ketika disoal siasat polis, suspek berkata bahawa dia tidak sanggup menanggung rasa sakit hati kerana dicurangi dan tidak menyesal menyimbah campuran cecair itu ke muka suaminya.
“Berdasarkan pemeriksaan doktor, mangsa mengalami kesan melecur serius di bahagian mata dan wajahnya,” kata Ketua Polis Kabupaten Bungo, Asisten Komisioner Besar, Guntur Saputro. – Agensi
Mingguan Wanita : Bila rasa marah menguasai diri isteri, suami perlu berhati-hati. Jangan disangka isteri yang selama ini lemah-lembut tidak mampu berbuat sesuatu di luar jangkaan. Betul tak?
Suami orang jadi pilihan wanita bujang, romantik, kewangan stabil dan pandai urus rumah tangga. Matang, kehidupan stabil dan romantik antara ciri-ciri utama mengapa wanita bujang lebih selesa memilih suami orang sebagai pasangan hidup berbanding lelaki bujang.
Suami Orang Jadi Pilihan Wanita Bujang
Ramai wanita bujang mengakui lelaki yang sudah berkahwin telah terbukti pandai menguruskan rumah tangga, bertanggungjawab dan boleh menjadi pelindung serta pembimbing kepada mereka. Situasi itu seolah-olah sudah menjadi trend apabila ramai wanita yang masih belum berkahwin lebih cenderung memilih suami orang sebagai calon suami.
Romantik, Kewangan Stabil & Pandai Urus Rumah Tangga
Terdapat beberapa sebab yang mungkin menjadikan suami orang sebagai pilihan bagi sesetengah wanita. Berikut adalah beberapa faktor yang sering disebut:
Kestabilan dan Keselamatan
Lelaki yang sudah berkahwin sering dianggap lebih stabil dari segi emosi dan kewangan. Wanita yang tertarik dengan lelaki seperti ini mungkin mencari keselamatan dan kestabilan yang mereka rasa boleh diberikan oleh lelaki itu.
Pengalaman dalam Perhubungan
Lelaki yang sudah berkahwin mempunyai pengalaman dalam hubungan yang serius, jadi sesetengah wanita mungkin melihat mereka sebagai pasangan yang lebih matang dan mampu mengendalikan perhubungan.
Tarikan Terlarang
Kadangkala, tarikan kepada suami seseorang boleh dicetuskan oleh rasa ingin tahu atau terpesona dengan sesuatu yang dilarang atau sukar diperoleh. Ini boleh memberikan sensasi tertentu untuk sesetengah wanita.
Mendapat perhatian daripada suami orang juga boleh dianggap sebagai pengiktirafan atau penegasan daya tarikan peribadi seseorang. Ini mungkin memberikan rasa yakin pada wanita bujang.
Kurang Kesedaran
Kadangkala, wanita mungkin tidak menyedari sepenuhnya atau mengabaikan hakikat bahawa lelaki yang mereka minati adalah suami orang lain, lebih-lebih lagi jika lelaki itu tidak terbuka tentang status perkahwinannya.
Keselesaan dan Keakraban
Jika wanita itu mempunyai sejarah perhubungan atau persahabatan sebelum lelaki itu berkahwin, mungkin ada rasa selesa dan keakraban yang sudah terjalin yang membuatkan wanita itu berminat untuk meneruskan perhubungan selanjutnya.
Setiap situasi adalah unik dan alasan seseorang untuk memilih pasangan boleh menjadi sangat kompleks. Selain itu, nilai moral dan tanggungjawab peribadi turut memainkan peranan dalam keputusan seperti ini.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...