Sumber / Sumber Foto : Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

“Kerja seawal Subuh balik waktu malam, anak-anak sudah tidur” Datuk Seri Siti Nurhaliza terdetik perlahankan kerjaya seni. Sememangnya bergelar seorang isteri dan ibu yang bekerjaya amat mencabar.

Justeru itu, wanita perlu bijak mengatur masa mereka sebagai ibu, isteri dan pekerjaan untuk memastikan tugasan berjalan lancar.

Apatah lagi bergelar seorang penyanyi tersohor negara dan juga bergelar usahawan wanita hebat. Figura, Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya disegani ramai.

Malah ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga dilihat begitu gigih menyempurnakan tugasnya sebagai penghibur, usahawan dan rumah tangga.

“Kerja Seawal Subuh Balik Waktu Malam, Anak-Anak Sudah Tidur” Siti Terdetik Perlahankan Kerjaya Seni

“Kerja Seawal Subuh Balik Waktu Malam, Anak-Anak Sudah Tidur”

Berbicara tentang urusan kerjaya dan rumah tangga, Siti akui dirinya juga pernah terfikir untuk untuk memperlahankan kerjaya seninya.  Malah dia juga berhasrat untuk memberi tumpuan lebih kepada dua anaknya iaitu Siti Aafiyah, 4 dan Mohd Afwa yang baru berusia setahun.

“Saya akui pernah terdetik untuk memperlahankan kerjaya seni demi keluarga terutama anak-anak.

“Ada waktu saya perlu keluarga bekerja seawal Subuh dan balik waktu malam. Anak-anak pun sudah tidur.

“Saya rasa kasihan lebih-lebih lagi terhadap Afwa yang masih kecil. Afwa pun sudah pandai merajuk dan tidak mahu lepaskan saya. Jadi saya rasa bersalah.

IKLAN

“Tapi saya pun ada tanggungjawab terhadap pekerja-pekerja saya. Jadi saya akan cuba bahagikan masa sebaik mungkin,” katanya seperti mana dipetik menerusi Astro Gempak.

Suami Ambil Berat Jadual Kerja Siti  

Suami tersayang Datuk Seri Khalid atau Datuk K begitu mengambil berat jadual kerja Siti dan bagi memastikan anak-anak mendapat kasih sayang sepenuhnya, Datuk K berbincang dengan pihak pengurusan agar jadual Siti seimbang.

Akui Siti dia bertuah kerana suami memahami dan begitu mengambil berat jadual seharian Siti.

“Datuk K mengambil berat tentang jadual saya. Maklumlah anak-anak dah makin membesar pasti mahu tumpuan sebab itu Datuk K pun sama-sama berbincang dengan pihak pengurusan sama ada dalam bidang perniagaan atau hiburan supaya jadual saya tidak dibuat terlalu padat agar ada masa untuk bersama keluarga.

“Jika bulan ini saya sibuk menguruskan perniagaan, bulan seterusnya saya akan fokus pada nyanyian.

“Jadi saya dapat bahagi-bahagikan masa.

IKLAN

“Jadi dalam seminggu tu adalah dalam tiga hari saya di rumah dan tak sibuk dengan komitmen supaya dapat meluangkan masa bersama anak-anak,” sambungnya.

“Kerja Seawal Subuh Balik Waktu Malam, Anak-Anak Sudah Tidur” Siti Terdetik Perlahankan Kerjaya Seni

Baca Disini : Siti Nurhaliza Pernah Terfikir Hentikan Perniagaan Kosmetik, Bangkit Bertahan Berkat Sokongan Datuk K

Siti Nurhaliza Ringankan Beban Keluarga Punya Anak Kecil “Hari Ini Kita Terus Kuat Bersatu”

IKLAN

Mingguan Wanita : Sebagai wanita sudah tentu bijak dalam menguruskan segala hal terutama karier dan rumah tangga. Salute Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sumber : Astro Gempak

Sumber Foto : Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Berisi selepas kahwin? 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI